Monday, August 30, 2010

APAKAH ANDA SUDAH BELAJAR?


Ana belajar,
Bahawa ana tidak boleh memaksa orang lain
mencintai ana,
Ana hanya dapat melakukan sesuatu
untuk orang yang ana cintai........
Ana belajar,
Bahawa butuh waktu bertahun-tahun
untuk membangun kepercayaan&hanya
beberapa detik saja untuk menghancurkannya.....
Ana belajar,
Bahawa sahabat terbaik ana
dapat melakukan banyak hal&kami
selalu memiliki waktu terbaik.......
Ana belajar,
Bahawa orang yang ana kira
adalah orang yang jahat,
justeru adalah orang yang membangkitkan
semangat hidup ana kembali serta
orang yang begitu perhatian pada ana.....
Ana belajar,
Bahawa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh
walau dipisahkan oleh jarak yang jauh
beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati......
Ana belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
seperti yang ana inginkan
bukan bererti bahawa dia tidak mencintai ana.......
Ana belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
mereka pasti pernah melukai perasaan ana......
&untuk ana harus memaafkannya....
Ana belajar,
Bahawa ana harus mengampuni diri sendiri
&dan orang lain...
Kalau tidak mahu di kuasai perasaan
bersalah terus-menerus.....
Ana belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi ana
tapi ana harus bertanggunggjawab
untuk apa yang ana telah lakukan......
Ana belajar,
Bahawa 2 manusia dapat melihat sesuatu benda,
tapi kadang dari sudut pandangan yang berbeza.....
Ana belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang ana miliki
tapi yang penting adalah siapa ana yang sebenarnya......
Ana belajar,
Bahawa tidak ada yang instant@
serba cepat di dunia ini,
semua butuh proses&pertumbuhan
kecuali ana ingin sakit hati.....
Ana belajar,
Bahawa ana harus memilih
apakah yang menguasai sikap&emosi
@sikap&emosi itu yang menguasai ana....
Ana belajar,
Bahawa ana punya hak untuk marah
tetapi itu bukan bererti
ana harus benci&berlaku bengis.......
Ana belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
adalah saat perpisahan dengan
orang yang ana cintai....
Ana belajar,
Bahawa orang-orang yang ana kasihi
justeru sering diambil segera dari
kehidupan ana.........




Selamat belajar,semoga anda sedar......!!!!!!!




Love does't make the world go around
Love is what makes the ride worth while.



Tolong sebarkan pada teman anda yang masih perlu belajar.....

SIFAT PEMAAF RASULULLAH SAW



Dan(sebaliknya)hendaklah mereka memaafkan kesalahan
orang-orang itu.Tidakkah kamu suka kalau Allah mengampunkan
dosa kamu?Dan (ingatlah)Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani.
(An-Nur:22)

Nabi Muhammad SAW ialah seorang nabi dan rasul yang memiliki akhlak terpuji.Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkam kesalahan orang lain.
Pada suatu hari,ketika baginda sedang berehat-rehat,datanglah seorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang.
Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah SAW amat gemar kambing panggang.
Bahagian kegemaran baginda ialah paha kanan bahagian depan.Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu.
Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.
Setelah melihat hidangan itu,maka Rasulullah pun berasa lapar.Selepas membaca bismillah,baginda pun makam dengan berselera sekali.
Baginda makan bersama seoramg sahabat,Bisyir bin Barra bin Ma'rur.Namun,sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu,timbul perasaan was-was di hati.
Rasulullah SAW pun meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang di kunyah.
Ternyata suara hati baginda itu benar.Bisyir bin Barra bin Ma'rur telah menjadi korban.Sahabat baginda itu meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut.
Rasulullah SAW pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku tanpa berselindung berkata:"Aku mahu menguji kamu.Jika engkau seorang Rasul,sudah pasti engkau mendapat petunjuk mengenai hal ini.Tetapi kalau engkau hanya orang biasa,maka aku pasti merasa puas kerana dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyak membawa kemusnahan kepada kaum Yahudi."
Rasulullah SAW mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang.Kemudian,baginda pun memaafkan wanita itu.Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu telah mengakibatkan kematian seorang sahabat baginda.
Baginda sanggup memberi kemaafan kepada seorang wanita yang ternyata mahu membunuh baginda.


KAWAN BAIK KE KAWAN YANG BAIK



Buat renungan bersama


Bukan senang nak cari kawan yang baik
Bukan senang juga nak jadi kawan yang baik.


Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya
untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat
perkara yang bureuk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yanh selalu menasihati kawan baiknya untuk
berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan di cari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada
di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan denga
kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai
kawan baik,kerana kawan yang baik tahu apa yang lebih baik untuk kawan baiknya
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baiknya di dunia dan akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak pandai menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kpepada kawan-kawannya,bukan
kerana terpaksa,bukan kerana suka-suka,tetapi untuk di jadikan pendoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.



Dan jika kita nak dapat kawan yang baik,kita mesti lebih dahulu menjadi kawan yang baik.....kepada kawan yang baik kita.



Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.....!!!!

KURRATUN AIN ZAUJAHKU



Ana suka tengok jari-jemari kurratun ain ana,cantik betul.Sungguh!Sampai ana takut nak pegang.Bukan takut jari-jemarinya patah,tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.



Ana suka sangat tengok rambutnya.Cantik sungguh.......sungguh.Sebab tu ana belikan dia tudung.Bukan sebab ana cenburu orang lain tengok,bukan!Tapi sebab ana mahu rambutnya sentiasa di tutup macam dalam iklan.........dot.......dot........dot.......itu sampai bila-bila.......takut nanti dibakar dek api neraka,di suatu hari yang amat dahsyat.



Ana suka sangat tengok body kurratun ain ana......solid sungguh....sungguh!Sebab tu ana belikan dia telekung supaya semasa berdating dengan kekasihnya ana yang utama,dia jaaaaauuuuuuuh........lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.Ana pun tumpang dapat pahala.Syoknya.......



Ana sedih sangat bila tengok kurratun ain ana dia tak tidur,tidak makan sebab rindukan ana.Ana pun macam tu juga.Si dia tanya,"Apa ubatnya abang?".Ana pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa......semoga dia cintakan-Nya lebih daripada ana......



Ana sedih tengok dia selalu je pesan macam-macam:"Makan,minum,jaga diri,jalan elok-elok......nanti awak sakit ana juga yang susah hati.......bla.....bla.....bla...."tapi bila berbual sama-sama terlepas sembahyang macam tu saja,dia tak kata satu apa pun.Aduh........berdosanya ana....




Ana memang sayang sangat pada dia.Ana mahu jumpa dia,bersama dia,cinta secintanya.Cinta yang kekal abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat,ber'dating' di Syurga kerana di situlah tempat yang kekal abadi selamanya........




Doakan kami saling ingat-mengingati,insaf-menginsafi.Ya Allah,ampunilah kami.....semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya di Syurga nanti......








~Jagalah diri dari terjatuh dalam cinta Adam.Salam sayang buat semua perjuang Islam~

SEPOTONG ROTI PENEBUS DOSA


Diriwayatkan oleh Abu Burdah bin Musa al-Asy'ari ketika menjelang wafatnya Abu Musa,lelaki itu berkata kepada puteranya:"Wahai anakku,ingatlah kamu akan cerita perihal seseorang yang mempunyai sepotong roti.
Zaman dulu,di sebuah tempat ibadat,ada seorang lelaki yang sangat tekun menjalankan suruhan Allah SWT dan di lakukannya kira-kira 70 tahun selain tidak pernah meninggalkan tempat ibadat itu kecuali pada hari yang di tentukannya.
Bagaimanapun,satu hari dia di goda seorang wanita sebelum bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari.Selepas tersedar,dia bertaubat dan mengembara selain tidak pernah lupa untuk menjalankan suruhan-NYA.
Akhirnya,dalam pengembaraannya,dia sampai ke sebuah pondok yang di huni 12 fakir miskin.Kerana keletihan,dia tertidur di pondok berkenaan bersama kumpulan fakir miskin itu.
Di sebelah pondok berkenaan,tinggal seorang lelaki yang memberi sebuku roti kepada setiap fakir miskin di sana setiap malam.
Pada satu hari,datang individu lain memberikan sebuku roti kepada setiapa daripada mereka.
Bagaimanapun,seorang daripada fakir miskin berkenaan tidak menerima roti kerana bahagiannya sudah diberikan kepada lelaki yang bertaubat itu.
Bertanyalah fakir miskin itu:"Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku?"Individu berkenaan menjawab:"Kamu dapat melihat sendiri,roti yang aku bahagikan semuanya sudah habis dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih daripada sebuku roti setiap seorang."
Mendengar ungkapan individu yang membahagikan roti,lelaki yang bertaubat itu mengambil roti di terimanya dan di serahkan kepada fakir miskin yang tidak mendapat bahagiannya.Keesokan harinya,dia meninggal dunia.
Di depan Allah SWT,di timbang amal ibadat yang pernah dilakukan lelaki berkenaan selama kira-kira 70 tahun dengan dosa tujuh malamnya.Ternyata hasil daripada timbangan itu,amal ibadatnya di kalahkan oleh maksiat terbabit.
Bagaimanapun,ketika dosa yang di lakukannya selama tujuh malam di timbang dengan sepotong roti yang pernah di berikankannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukan,ternyata amal sepotong roti itu dapat di kalahkan perbuatan dosa terbabit.
Kepada anaknya.Abu Musa berkata:"Wahai anakku,ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu."

Saturday, August 21, 2010

HADIATUN BUATMU SODIQOH



"Persahabatan umpama al-Quran..semakin seseorang suka
padanya,semakin ikhlas dia membacanya,semakin gembira dia
mendekatinya,semakin tenang dia untuk memahaminya....
semakin dia cinta dia kepadanya,semakin setia dia menghafaznya....
&semakin itulah al-Quran itu terlekat di hatinya sampai bila-bila."
~SOLEHAH RUMAN ASRAR~


Sodiqohku Sayang,
Pernahkah ukhti mendengar kata-kata hikmah ini;
"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari
sahabat dan orang yang paling lemah daripada itu ialah
orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di carinya..."



Sodiqohku Sayang,
Kata-kata hikmah ini cukup membuatkan aku takut,
Takut kerana dirimu yang besar dan tinggi dariku??
La ya sodiqohku,
Sebenarnya aku takut jika ana mensia-siakan
sahabat yang telah ana cari;-(



Sodiqohku Sayang,
Sejuk badanku mengigil ketakutan
di hadapan Allah SWT kelak jika di tanya tentang ukhuwah ini;-(
Sungguh aku takut;-(



Sodiqohku Sayang,
Aku mahu jadi yang terbaik di depan matamu,
dalam hatimu dan juga di luar hatimu jua....



Sodiqohku Sayang,
Aku bersyukur kerana Allah SWT menemukan kita,
Aku bersyukur mengenali dirimu yang lebih
jauh bersih dari diriku;
Aku bangga dengan dirimu yang memiliki
jiwa dan peribadi wanita solehah yang
lebih baik dari diriku yang tak sempurna.



Sodiqohku Sayang,
Jauh di lubuk hatiku,
Aku harap engkau menjadi seperti
mana yang aku harapkan,insyaALLAH...




Sodiqohku Sayang,
Aku ingin dirimu seceria seperti Azani,
Aku ingin dirimu selembut seperti Sarah,
Aku ingin dirimu aktif seperti Ila,
Aku ingin imanmu seteguh seperti Asma,
Aku ingin kata-katamu mampu merubahku seperti Iman,
Aku ingin sikapmu mampu membuatkanku menangis seperti Sharifah Ruqayyah,
Aku ingin dirimu diam tapi berpengetahuan agama yang luas seperti Marlina,
Aku ingin dirimu selalu tersenyum seperti Fatihah,
Aku ingin dirimu sebijak Nik Nur Madihah,
Aku ingin dirimu seramah seperti Nursy,
Aku ingin dirimu sesopan Fatimah dan Mariam,
Aku ingin wajahmu seceria Huda,
Aku ingin dirimu sewarak Hayati,
Aku ingin dirimu selalu membeeri tazkirah seperti Hafizah,
Aku ingin dirimu mampu membuat diriku happy seperti Nuridayu,
Aku ingin dirimu sempurna seperti Maisarah,
Aku ingin dirimu baik seperti Munirah,
Aku ingin kata-kata semangat darimu seperti Aminata,
Aku ingin dirimu memiliki jiwa yang cintakan al-Quran seperti Akmal,
Aku ingin dirimu memiliki sifat malu yang mendalam seperti Bariyah,
Aku ingin dirimu mempunyai jihad yang tinggi seperti Mujahidah dan Muslimah.




Sodiqohku Sayang,
Jadilah segala-galanya kerana aku yakin,
Engkau mampu menjadi wanita
akhir zaman yang di janji Syurga.


Sodiqohku Sayang,
'Tangan yang menghayun buaian
mampu mengoncang dunia.'


Ketahuilah sodiqohku dunia akhirat,
"Aku menyayangi dirimu kerana agama
yang ada pada dirimu.Jikas kau hilangkan agama
yang ada pada dirimu,maka hilanglah
jasihku padamu."
(Imam Nawawi)


Sodiqohku Sayang,
Aku mencintai ukhuwwah ini kerana Allah SWT,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT.


Sodiqohku Sayang,
'Jika engkau hilang cinta manusia,engkau
tidak perlu gusar.....
Tetapi,
Jika engkau hilang cinta Allah,
Di manakah perlu engkau mengadu lagi.......



Salam Sayang,
SOLEHAH



~Maafkan ana kerana karya ana tidak sebaik yang di angan-angankan
kerana ana tak pandai berkarya sebenarnya,he3.
~Di kesempatan yang masih di izinkan oleh Allah SWT ini,ana ingin
memohon jutaan kemaafan di atas segala perilaku buruk ana
dan jazakallahu khairan khathira....

WARKAH BUATMU BONDA


Bonda
Detik saat kau melahirkan insan
Perit jerihnya kau bersabung nyawa
Demi menunaikan satu amanah
Dari Tuhan-Nya Maha Perkasa
Untuk di nobat.
Sebagai ibu
Pencorak iman bergelar wala,
Dari insan bergelar bayi
Hingga berjaya menempa dewasa.
Kasihnya bonda tak pernah ugah.Sayangmu jua tak pernah goyah
Begitulah kasihnya seorang Hawa
Yang tak terbalas dek mata wang insan
Kerana tiap jurai peluh dan air mata
Yang gugurnya bisa,
Menggegarkan haruman firdausi
Bonda
Jutaan kesyukuran dariku buatmu
Bajai insan dengan iman yang kental
Beserta siraman Nur Tauhid Yang Esa
Agar bertambah taqwa di jiwa
Sebagai pendoman memuji Ilahi
Pada hari bangkitnya insan
Setelah berabad lena di peradua.
Bonda
Di warkah daif penuh hina ini,
Jutaan keampunan inginku pohon,
Dari lahir jua batinku,
Andai terkesan di jiwa sanubari,
Dari apa yang telah terucap,
Jua setiap inci kezaliman yang terzahir,
Agar tak ku muflis di kemudian hari
Dari tangan kanan dan kiri
Moga-moga dengan selembar rahmatMU
Menjanjikan musafirkan di hari ini,
Beroleh kejayaan di kemudian hari.

Saturday, August 14, 2010

10 KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK



1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda,bersikap terbuka baik untuk anda.



2.Ingatlah satu pendoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka di perlakukan.Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.



3.Sedarlah tiada siapa yang sempurna,setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan,dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.



4.Hargai pendapat antara satu sama lain.



5.Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekaliputidak dapat bersama 24 jm.Bina minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.



6.Komunikasi sangat penting,kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda,beritahulah.



7.Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan(stress)menjejaskan persahabatan anda.baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada,tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan.....dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereeka pula.



8.Belajar daripada satu sama lain.




9.Jangan mengata di belakang kawan anda.




10.Pilih kata-kata anda denngan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

SABAR SEORANG ISTERI



Al-Ashma'i salah seorang menteri pada zaman Khlifah Al-Manshur keluar berburu pada suatu hari.Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan,dia terpisah daripada kelompoknya dan tersesat di tengah padang pasir.
Dia mula kehausan dan di kejauhan dia melihat sebuah khemah yang terasing.Dia memacu kudanya ke sana dan bertemu penghuninya,seorang wanita muda dan jelita.Dia meminta air.Wanita itu berkata."Ada air sedikit,tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku.Ada sisa minumanku.Kalau engkau ingin,ambillah."
Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada.Dia memandang kepulan debu dari kejauhan."Suamiku datang,"katanya.
Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih.Suami wanita itu seorang manusia kasar,lelaki tua yang bengis dan kasar.Mulutnya tidak henti-henti mengherdik isterinya.
Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut perempuan itu.Sebaliknya dia tenang membersihkan kaki suaminya,menyerahkan minuman dan memimpin suaminya dengan mesra masuk kekhemah.
Sebelum pergi,Al-Ashma'i bertanya,"Engkau muda,cantik,dan setia.Kombinasi yang jarang-jarang sekali terjadi.Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk itu?"
Jawab wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i,"Rasulullah saw bersabda,agama itu terdiri daripada dua bahagian:syukur dan sabar.Aku bersyukur kerana Allah SWT menganugerahkan aku kemudaan,kecantikan dan perlindungan.Allah SWT membimbingku untuk berakhlak baik.Aku telah melaksanakan separuh agamaku.Kerana itu,aku ingin menglengkapi agamaku dengan separuhnya lagi,yakni bersabar."

POKOK SEMALU



Untuk renungan bersama.......
Pada suatu hari,Rasulullah saw berjalan-jalan bersama puteri bagindaa,Saiditina Fatimah r.a.Setibanya merka berdua di bawah sebatang pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.Rasulullah saw dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut.Rasullah saw menyambung kata-katanya lagi.Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.Pertama,pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wannita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).
Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga,semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali,semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu,para wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Congratullation:-)


Alhamdulillah sudah selesai majlis konvokesyen di Darul Quran.....Tahniah semua....

Monday, August 2, 2010

DIA TIDAK SEHEBAT ASHIKIN


"Abang minta izin untuk menikah lagi."
Ashikin yang sedang melipat kain,terdiam seketika.Agak terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya di lafazkan di dalam TV,sementelah TV juga di pasang.
Tapi,ah,bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan syampu,mustahil sudah ada siri baru iklan itu?Dia menghela nafas panjang.Dia menarik nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Anwaar Firdaus,kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap di lipat di tepi,bangun lantas menuju ke dapur.Langkahnya di atur tenang.Segelas air sejuk di teguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah dan Fatimah.Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.Kemudian dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua,si kembar,Soleh dan Abu Bakar.
Amalan ini sudah menjadi rutin semenjak putera puterinya masih kecil lagi.Bermula dengan solat berjemaah,suaminya akan memegang sebatang rotan kecil memerhati dan memeriksa bacaan Muqaddam anak-anak.Selanjutnya,suaminya akan bercerita kisah-kisah nabi dan teladan.Kini,anak-anak kian beranjak remaja.Telatah suaminya juga kian sukar untuk di telah.Bukan dia tidak berasa perubahan agak ketara sikap suaminya.Tetapi,sebagai isteri dan pendamping suaminya selama 16 tahun,dia tidak akan mudah melatah.Tidak akan meluru bertingkah seteru.Pengalaman dan didikan ibu ayah tersemat kemas di hati
Penghabisan rutin dia kembali kepada suaminya.Menghadap suaminya dengan wajah penuh kasih sayang.Riak cemburu atau rasa marah sukar untuk di cari pada seraut wajah itu.Di letakkan segelas air suam kesukaan suaminya dengan perlahan.Suaminya tidak gemar minuman manis.Air suam atau air kesihatan itulah yang di saji.Ashikin merenung wajah suaminya.Sementelah suaminya menunduk,lagaknya seperti orang menanti hukuman.
"Sudah ada calonnya?"
Angguk.
Ashikin menghela nafas.
"Berikan sayang masa."
Riak wajah sang suami tergambar ceria.Wajah isteri tetap juga manis.
Dia amat mengenali isterinya.Jodoh yang di atur usrah hampir 16 tahun yang lalu menghadiahkan dia sebuah usrah yang bahagia.



Cinta Diduga



Ashikin adalah ikon isteri solehah.Gadis sekampung lulusan STAM,anak seorang imam.Pakej menantu solehah,memikat hati ibu dan ayahnya.Dia sewaktu itu hanya berjawayan Kerani Kewangan lulusan SPM.Dengan gaji yang tidak seberapa dia mengatur hidup bersama Ashikin.Kesanggupan Ashikin untuk bersusah-payah menguruskan rumah tangga membuatkan dirinya tidak terpandang wanita lain.Atas kesungguhan dan dorongan Ashikin,dia mula mengatur langkah demi langkah.Memyambung pengajian demi usrah.Akhirnya kini dia sudah berjawatan Akauntan Kanan di salah sebuah Kementerian.Semuanya atas pengorbanan isterinya.


Namun,kehadiran Solehah,gadis genit yang menjawat jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia tidak tentu arah hidup.Suara Solehah,gadis Bumi Kelantan sentiasa terngiang-ngiang.Lebih merdu daripada suara Ashikin mengalunkan taranum Baihaqi.Lenggok Solehah sentiasa terlayar,malah sentiasa berulang-ulang kali tayangannya.Malam kini di temani mimpi-mimpi indah bersama Solehah.Tidurnya sudah berkalih arah.Tidak seperti selalu.Kalau dulu ke arah menghadap kiblat,kini sudah menghadap dinding.



Gambar Solehah yang tersimpan rahsia dalam telefon genggamnya itu pantas menemani setiap malam.Sangat asyik.Seperti baru menginjak di usia remaja.Aduhai,penangan Solehah kacukan Melayu Kelantan-Arab amat mengugah kehidupannya.



"Kau mampu Anwaar.Gaji kau pun masih ada lebihnya kalau di bahagi dua nanti."



Sokongan Khairul,teman sepejabat menguatkan lagi hujah untuk dia berdepan dengan Solehah.



"Abang Anwaar,Solehah sanggup bermadu jika itu yang di takdirkan.Bimbinglah Solehah,Solehah perlukan seseorang yang mampu memimpin Solehah."Masih terngiang-ngiang bicara lunak Solehah.



Sungguh,saat ini akalnya tidak mampu menilai antara bicara menggoda dengan bicara penuh kejujuran.



Akhir-akhir ini,panas punggung dia di rumah.Pagi-pagi,seusai solat Subuh,cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.Tidak seperti kelaziman,dia akan bersarapan berjemaah bersama anak-anak.



"Honey,sayang setuju dengan permintaan honey.Tapi,sayang nak berjumpa dengan wanita itu."



Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu,Ashikin bukan seorang yang panas baran.Ashikin terlalu sempurna.Terlalu baik.Tetapi jiwanya seakan bernyanyi lagu muda,matanya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.



"Bawa dia ke sini,tinggalkan dia bersama sayang selama satu hari,boleh?"



Pelik benar permintaan isterinya.Hendak diapa-apakan buah hatinya itu?



Namun,tanpa sedar dia mengangguk,tanda setuju.Sebab,dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bersifat keburukan.



Ada satu hakikat yang dia terlupa.Hakikatnya dia seharusnya bersyukur.Harus terlalu bersyukur.Kalaulah isterinya itu wanita lain,alamatnya perang dunia meletus jawabnya.Melayanglah periuk belanga.



Eh,itu zaman dulu-dulu.



Zaman sekarang ini,isteri-isteri lebih bijak.Teringat dia kisah seorang tentera yang di simbah dengan asid,gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.Kecacatan seumur hidup di terima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.



Dan dia,hanya senyuman daripada Ashikin tatkala hasrat hati untuk beristeri muda di suarakan.



"Apa!Nak suruh Solehah jumpa dengan isteri abang?"terjegil bulat mata Solehah yang berwarna coklat,hasil kecantikan palsu contact lens.



"Kak Ashikin yang minta,"masih lembut dia memujuk Solehah.



Biar betul,apa dia nak buat dengan Solehah?"



"Takut Solehah,silap haribulan dia bunuh Solehah!"terkejut Anwaar Firdaus.



"Percayalah Solehah,Ashikin bukan macam itu orangnya.Abang sudah lama hidup dengannya.Abang faham perangainya."



Langsung dia tidak terkesan akan sikap Solehah yang merona marah.Langsung hilang kelembutan menggodanya itu.



Solehah mengalih pandangannya.Mahu apakah bakal madu berjumpa dengannya?Dia sering di sogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.



Heh,ini Solehahlah.Jangan harap jika nak membuli aku.Desis hati kecil Solehah.



Isteri Solehah



Hari ini genap seminggu Solehah bercuti.Seminggu jugalah dia merindu.Puas di cuba untuk menghubungi Solehah,namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Solehah pergi.



Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Solehah untuk ditemuduga oleh Ashikin.Sedangkan dia di minta oleh Ashikin bermunajat di Masjid Putra.Di masjid itu,hatinya benar-benar terusik.Sekian lamanya dia tidak menyibukkan diri dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.



Dulu,sebelum dia mengenali Solehah,saban malam dia akan bersama dengan Ashikin serta anak-anaknya,berjemaah dengan kariah masjid.Kemudian menghairi majlis kuliah agama.Membaca al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.Namun,lenggok Solehah melalaikannya.Haruman Solehah memudarkan bacaan taranumnya.Hatinya benar-benar sunyi.Sunyi dengan tasbih,sepi dengan tasmid yang sering di lagukan.



Seharian di Masjid Putra,dia cuba mencari dirinya,Anwaar Firdaus yang dahulu.Anwaar Firdaus anak Imam Pasir Tumbuh.Anwaar Firdaus yang asyik berzanji.Anwaar Firdaus yang tidak mudah tergoda dengan keindahan duniawi semata-mata.



Menitis air mata lelakinya.Berjurai-jurai bak mutiara keinsafan.Kekhilafan dengan bisikan syaitan laknatullah telah menghijabkan hatinya daripada menilai antara yang baik dan juga buruk.Namun,jalan yang telah di lalui harus di tempuhi juga kerana tiada jalan untuk berundur.Kini,dia sedang menanti penilaian Ashikin.



Genap seminggu pertemuan antara Ashikin dan bakal madunya.Hatinya masih tertanya-tanya,apakah yang telah terjadi pada hari itu?Ashikin menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa.Tiada kurangnya layanan Ashikin.Melihatkan Ashikin masih mampu tersenyum manis,masih beramah mesra malah keluhuran hati Ashikin dalam menunaikan tanggungjawabnya menyebabkan hati Anwaar Firdaus tersentuh.Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Ashikin.



"Honey,sayang ingin meminta izin untuk pulang ke kampung,"Anwaar Firdaus tersentak.Tutur lirih isterinya membuatkan hatinya berkocak hebat.Jarang benar isterinya pulang tanpa dia menemani.



"Abang izinkan,"hanya itu sahaja yang mampu di lafazkan.



Sedangkan hatinya sangat sayu mengenangkan kepulangan isterinya adalah kerana dia.



Pagi ini dia sedang menyemak kantung mel elektroniknya.Terpandang satu e-mel daripada Solehah,gadis yang mencuri hatinya sedikit waktu dahulu.



Assalamu'alaikum
Salam hormat buat seorang lelaki bertuah kerana memperisterikan seorang wanita solehah.Salam demi kemuliaan seorang wanita yang Solehah sanjungi.




Anwaar Firdaus,
Saat saudara membaca e-mel ini,gadis yang bernama Solehah sedang merenung hakikat diri,sedang berusaha untuk berubah demi satu kehidupan agar lebih di redhai.Ketahuilah wahai lelaki yang bertuah,saat diri ini dipertemukan dengan wanita bernama Ashikin itu adalah satu kebajikan pada dirimu.



Pertemuan itu telah membuka hijab diri yang selama ini kelam lagi hitam dengan kenikmatan duniawi.Sungguh dirimu lelaki bertuah.Wanita yang telah dirimu nikahi itu adalah wanita yang memiliki ciri-ciri wanita penghuni Syurga.



Saudara yang di hormati,
Ashikin langsung tiada cela.Harus bagaimana saya harus menelah perasaan jika saya berada pada keadaannya itu.Saya dilayan bak seorang adik.Jauh sekali sebagai seorang wanita yang perampas suaminya,memusnahkan kebahagiaannya.Tidak sama sekali.



Semasa pertemuan itu,dia menjadi imam pada setiap solat yang Allah beri kesempatan untuk saya beribadah bersamanya.Saya terkial-kial dalam menyucikan diri dengan wuduk,lalu diajarkan dengan lembut.Saat saya termangu-mangu mencari arah kiblat,dia membentangkan sejadah dan mengenakan telekung agar tubuh saya sempurna untuk menghadap Tuhan.Tingkahnya bak seorang ibu kepada anaknya.Tiada walau sebesar hama tindakannya yang memalukan saya melainkan saya sendiri yang malu dengan diri saya.



Anwaar Firdaus,
Pesan Ashikin pada saya selaku wanita,jagailah diri.Pesannya lembut lagi berhikmah,bukan kata-kata makian lagi cacian seperti yang saya gambarkan.Dia meredhai untuk perkongsian suami.Katanya,mengapa harus diharamkan sesuatu yang nyata dihalalkan oleh Allah SWT.Dia merestui malah meredhai!!!



Sepersalinan telekung yang di hadiahkan pada saya cukup membuatkan saya terharu.Saya memilih untuk berfikir dan akan berfikir mengenai aturan yang kita rancangkan.



Saya tidak sehebat Ashikin.Dia isteri yang hebat.



Tetapi saya akan berusaha untuk menjadi sehebat Ashikin,untuk suami saya.



Dengan ini saya mengundur diri.



Terima Kasih.
Nur Solehah binti Mohd Soleh.



Anwaar Firdaus terpana seketika.Bagaikan melekat setiap butir dalam mel ringkas itu.Kunci dicapai.Langkah diatur.Pesan pada Setiausaha pejabatnya,dia bercuti kecemasan hari ini.




Sampai di laman,ibu dan ayah sedang rancak berbual-bual.Kehadirannya membuatkan mereka agak terkejut.




Lekas bersalam,dia bertanyakan Ashikin.Ibunya menunjuk ke dalam rumah.




Dia melangkah kedalam biliknya.Indah di hias,harum mewangi.Ini adalah bilik pemgantinnya 16 tahun dahulu.Di atas katil itu,sepasang kelengkapan untuk solat tersedia.Dia tersenyum.



Sungguh Ashikin isteri yang hebat.....:-)





~Cerita ini di tuju khas buat kurratun ain~

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN


Antara cinta dan persahabatan
andai di beri peluang,
akan ku pilih kedua-duanya......
Cinta ibarat ar di padang pasir
Ibarat bulan purnama yang
menerangi malam yang kelam.


Persahabatan ibarat pen dan kertas.
Saling memerlukan antara
satu sama lain
Kesakitan.......
Bukan saat kita di tinggalkan kekasih
tetapi,
kesakitan sebenar adalah di saat
kita hilang rakan setia......


Jangan gadaikan harga sebuah
persahabatan kerana cinta yang tak pasti.
Di saat berkasih,segalanya nampak indah.
Seperti semut mendapat gula.
Seperti lebah jumpa madunya.
Tetapi,saat kita di tinggalkan kekasih,
Segalanya tampak begitu sukar.Perit.
Di saat itu,hanya sahabat yang manpu
memulihkan hati yang terluka.


Hargailah sebuah persahabatan kerana
ianya lebih penting dari cinta.
Seorang sahabat yang baik akan
memperdengarkan kembali alunan al-Quran
d saat kita lupa bait-baitnya......
Sahabat mampu membuat kita gembira
dan bebas ketawa.
Sebaliknya,cinta yang di khianati hanya
akan membuat kita termenung panjang.
Pada masa itu,sahabat akan kembali
pada kita.
Menolong dan kembali membawa cahaya
agar kita dapat bersinar semula.


Cinta yang tulus hanya cinta kepada
Allah SWT dan pada Rasul-Nya.
Cinta sejati tidak perlu di cari kerana ia akan
datang dengan sendiri.
Kita hanya perlu berusaha untuk mendapat
kebahagiaan.

KISAH WANITA DALAM NERAKA


Di utarakan penjelasan Rasulullah saw terhadap satu peristiwa yang di saksikan oleh baginda dalam perjalanan pada malam Israk dan Mikraj.


Adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu,ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya dari lelali yang bukan muhrimnya.


Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.


Perempuan yang kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi suci haid@nifas.


Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.


Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting neraka,kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing,bersolek dan berhias supaya kecantikannya di lihat oleh lelaki lain.


Perempuan yang di ikat kedua-duanya kakinya,tangannya di ikat ke arah ubun-ubun dan di suakan dengan ular dan kala,ianya boleh sembahyang dan puasa,tetapi tidak mahu mengerjakan solat,juga tidak mahu mengambil wuduk dan tidak mengerjakan solat,juga tidak mahu mandi janabah."





"KELEBIHAN MENUTUP AURAT DARI PANDANGAN SAINS"



*Melindungi rambut daripada sinaran mentari.
*Menyeri dan mencantikkan rambut serta paras rupa.
*Pakaian kelihatan kemas dan menarik.
*Pemakainya kelihatan anggun dan ayu.





Sabda Rasulullah SAW.........
"Sesungguhnya WANITA adalah AURAT,setiap kali mereka KELUAR,
SYAITAN pasti akan MENGIKUTNYA."

SINAR TAQWA



TAZKIRAH
Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh.....

Setiap hari yang mendatang ialah hari baru buat kita,hari ini adalah bukan hari yang semalam,hari esok juga bukan hari ini.Setiap hari adalah berlainan.Kita tidak akan ketemu dengannya lagi hinggalah hari kiamat.Oleh itu setiap hari itu mempunyai perhitungannya tersendiri,namun ia adalah saling berkait antara satu sama lain dalam permusafiran seorang insan dalam meniti usia sehinggalah kembalii ke rahmatullah.Lantaran itu setiap detik dalam kehidupan kita adalah merupakan proses taqarrub kita kepada Allah SWT sehingga ia di umpama emas,pedang dan sebagainya untuk menggambarkan peri pentingnya masa,betapa tinggi nilaiharganya dan bahaya sekiranya ia tidak di gunakan dengan sebetulnya.Firman Allah SWT maksudnya:("dan Dialah yang telah menjadikan malam dan siang silih berganti bagi sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan mahu bersyukur."-Al-Furqan)



Allah SWT juga bersumpah dengan menggunakan nama masa/waktu dalam banyak tempat di dalam al-Quran,seperti Wal'Asr?(demi waktu ASAR),WadDhuha(demi waktu dhuha),dan wallail(demi malam).Cuba kita lihat masa sekarang,banyak sangat benda-benda nak dikejar coz exam protgal berapa hari je lagi.Jika di fikirkan kesibukan kita study untuk exam ni,ada 1 kebaikan dan 1 keburukan.Yang baiknya,dengan sibuk inilah kita dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti lagha macam main game,tengok movie,entah apa-apa...apatah lagi benda yang haram seperti berdua-duaan dengan bf dan gf masing-masing(dating la tu).Alhamdulillah,tapi yang buruknya dengan busy inilah menyebabkan kita tak cukup masa nak cari ilmu agama dan buat amal ibadat.Semua makhluk sma-sama di kurniakan masa 24 jam sehari......yang membezakan ialah cara ita membahagikan masa.Hopefully kita pandai-pandailah bahagi masa but still ada juga yang tak sedar-sedar lagi,still main game and tengok movie karut(esok kahwin dapat anak tak kan nak ajar anak main game,tengok kartun,cerita-cerita korea)???So pandai-pandai la cari masa cari ilmu agama untuk diri sendiri dan untuk anak-anak kita juga,insyaAlah.




Sesungguhnya kita sering lalai dan lupa.Kita sering leka dengan kehidupan kita yang sementara,mengejar dunia yang pastinya fana.Tanpa bersungguh-sungguh mencari bekalan untuk kehidupan kekal abadi di negeri akhirat.Sering kecundang dengan nafsu,perasaan,dunia dan syaitan.



YA ALLAH,berilah kami kekuatan,kecekalan dan istiqomah dalam menempuh liku-liku kehidupan ini.Pimpinlah kami dengan taufek dan hidayahMu.Jauhkanlah kami dan segala tipu daya dan pesona yang palsu.Isikan jiwa kami engan nyalaan iman dan taqwa,perasaan kami dengan semangat,akal yang bernas dan tuntas serta akhlak peribadi dengan kemuliaan.....

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU


Kalau tidak ada
orang Islam yang pandai
matematik,sains,ilmu fardhu ain:-)
kedoktoran,ilmu ekonomi....
kita semua berdosa.Itu fardhu
kifayah namanya.



Pembahagian Fardhu


Fardhu Ain
Sesuatu perintah agama yang wajib di tunaikan oleh setiap diri orang Islam yang baligh dan berakal.Tidak terlepas kewajipannya jika di kerjakan oleh orang lain(wakil).Contohnya seperti solat lima waktu,puasa Ramadhan,menuntut ilmu dan lain-lain.Beroleh pahala jika di kerjakan dan berdosa apabila di tinggalkan.



Fardhu Kifayah
Sesuatu(perintah agama) yang wajib di tunaikan oleh sekalian orang Islam dan baligh serta berakal(kewajipan bersama).Tetapi jika sebahagian mereka telah mengerjakannya,terlepaslah kewajipan ke atas yang lainnya.Contohnya seperti menjadi doktor,guru,hakim,berniaga dan sebagainya.
Membantu memajukan perniagaan orang Islam yang berniaga di kelilingi peniaga-peniaga bukan Islam juga fardhu kifayah.Jika perniagaan orang Islam tersebut terpaksa di sebabkan kerana masyarakat Islam di kawasan itu tertumpu ke kedai-kedai milik orang bukan Islam,ia di kira berdosa.Termasuk dalam fardhu kifayah juga ialah menguruskan jenazah,bermula daripada memandikan,sampailah mengebumikan jenazah.
Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengintegrasikan kurikulum iaitu kurikulum sekolah agama juga di guna pakai di sekolah kebangsaan yang kebanyakannya adalah pelajar Islam.

Sunday, August 1, 2010

MENCARI ATAU MENJADI?


"Ana sedar ana tidaklah sehebat Fatimah,sebab itu ana perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing ana",kata seorang mahasiswi.


Ana memang tidak sebagus Ali,sebab itu ana pilah isteri yang sempurna macam Fatimah.Ana tak mampu memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!!",tegas seorang mahasiswa.Semua sibuk mencari.Mudahkah untuk mendapatkannya???


Semua sibuk mencari.Jika jumpa,mudahkah untuk mengekalkannya???


Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah.Alhamdulillah,imejnya berjubah dan bertudung labuh.Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita para benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga???


Dia mungkin akan di ubah oleh suasana kerja,dia mungkin akan di ubah apabila kembali ke pangkuan usrah,dia mungkin berubah atas pengaruh,atau paling utama,dia mungkin berubah kerana dia memang nak berubah.


Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga di pertahankan,jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dantidak buat,jadi atau tidak jadi????


Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh,dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna.


Semasa bercinta,dialah Ultraman,dialah Gaban.Tetapi siapa sangka,selepas berumahtangga,Ultraman berubah menjadi Raksasa!!!!!


Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat,kita akan hidup dan mati dalam pencarian.Pencarian yang tidak kesudahan.


Maka jika kita mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh,tetapi berusahalah menJADI yang solehah.Jika inginkan yang solehah,janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,tetapi berusahalah menJADI yang soleh.


Bertemu yang solehah,solehahnya dia belum tentu kekal.Bertemu yang soleh,solehnya boleh berubah......kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.


Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI,maka ramailah calon,dan mudahlah sedikit kehidupan.Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan 'itu' walaupun mungkin tidak 100%(30% pun belum tentu)mengenalinya.


Apa yang nak di bimbangkan,kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI,bukan MENCARI.

WANITA:AKALNYA SENIPIS RAMBUT.....


Jangankan lelaki biasa.Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada di dalam Syurga?Namun Adam tetap rindukan Hawa
Di jadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu
Untuk di luruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mna mungkin kayu yang belok
Menghasilkan baying yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang di tunjukkan oleh Allah SWT
Didiklah mereka dengan panduanNYA
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana mereka nantinya akan semakin liar
Kenalkan mereka pada zat Allah SWT...Zat yang kekal
Di situ punca kekuatan dunia!!!!!!
Akal senipis rambutnya,tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca,kuatkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana di situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan
Tuhan.........
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman,ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan mereka akan semakin bengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara
Lelaki janganlah pula mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin kepadaNYA
Jinakkan diri kepada Allah SWT
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRAH
Andai dirimu tidak sehebat SAIDINA ALI KARAMULLAHHUWAJAHAH
Amin ya Rabbal'alamin.......

HATI


'Hati' seperti mana yang kita tahu dalam istilah kamus harian ialah seketul daging yang berada dalam tubuh badan tetapi mengikut kamus Islam ialah satu pusat pendidkan bagi manusia untuk membentuk diri mereka sama ada mengikut jalan yang di redhai atau di murkai oleh Allah SWT.
Oleh itu,haruslah kita ketahui bahawayang baik akan menyebabkan seluruh tubuh badan menjadi baik,sekiranya hati itu menjadi jahat maka sebaliknya.Kita telah tahu bahawa hati yang bersih ialah hati yang sentiasa ingat kepada Allah SWT danmematuhi segala perintahnya.Manakala hati yang rosak adalah hati yang sentiasa mendedahkan diri kepada nafsu dan syawat yang jahat.Maka rosaklah anggota badan angkara hati yang telah rosak.Pada hakikatnya,hati penuh dengan rahsia dan seribu satu keajaiban.Ianya adalah pusat yang menentukan segala tingkah laku dan perbuatan manusia.
Kita harus sedar mendidik hati bukanlah satu perkara yang mudah kerana di zaman yang serba moden ini,seribu satu macam pancaroba yang akan menujah di iringi pula nafsu dan syaitan yang durjana.
Maka pada dasarnya,hati akan dapat di didik dengan ilmu,dan amal.Ilmu adalah perkara yang lebih utama dalam mendidik hati daripada kerana dengan ilmu kita dapat menambahkan iman serta mengukuhkan iman jika di sertakan dengan amal.Di riwayatkan bahawa suatu hari Nabi Muhammad saw masuk ke pintu masjid dan melihat syaitan di tepi pintu itu lalu baginda menegur:"Hai iblis,apakah engkau perbuat di sini?"Syaitan menjawab:"Aku mahu masuk ke dalam masjid untuk mengganggu solat orang ini tapi saya takut terhadap orang yang tidur berdekatan dengannya".Nabi saw bertanya lagi:"Hai iblis,mengapa engkau tidak takut dengan orang yang sedang solat ini sedang ianya sedang beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT dan engkau justeru takut kepada orang sedang tidur,sedangkan dia dalam keadaan lalai".Syaitan menjawab:"Orang sedang solat itu bodoh dan mudah di ganggu tetapi yang tidur itu orang yang alim.Jikalau aku berjaya mengganggunya dan menjadikan solatnya rosak@batal,maka aku khuatir bila mana orang yang alim itu terbangun dan segera membetulkan solat orang itu".Setelah itu Nabi saw bersabda:


"Tidurnya orang yang alim itu lebih baik daripada ibadahnya orang yang bodoh itu."
(Al-Hadith)


Pelbagai cara pula mendidik hati dengan amal,di antaranya ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan banyak lagi.
Kesimpulannya,hati yang bersih dapat menjadikan anggota itu bersih tetapi jika hati itu kotor maka seluruh anggota badan itu kotor atau rosak.Maka kita wajib menjadikan hati itu bersih supaya hidup kita akan mendapat keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

SIAPA KITA DI HADAPAN TUHAN



SUBUHNYA......
Di mana kita berada
Masih enak dalam kembu rindu
Sambil berpoya-poya dengan waktu
Masa bagaikan menderu
Langkah tiada arah tuju
Fikiran terus bercelaru
Terlupa kita semakin di hujung waktu
Siapa kita di depan Tuhan.


ZOHORNYA......
Kita lebih memikirkan kelaparan
Kehausan dan rehat lita
Kita lebih mementingkan
Tuntutan jawatan kita
Kita bertolak ansur dengan waktu
Kita gembira membilang keuntungan
Kita terlupa betapa besar kerugian
Jika kita mengadaikan sebuah ketaatan
Siapa kita di hadapan Tuhan.


ASARNYA.......
Kita lupa warna masa
Cepat berubah bagaikan di tolak-tolak
Kita masih dengan kopi
Terlalu panas tidak di hujung kepala
Kita masih bercerita
Terntang Si Tuah yang setia
Dan Si Jebat yang derhaka
Siapa kita di depan Tuhan.


MAGHRIBNYA......
Kita melihat warna malam
Tetapi kita masih berlegar
Di sebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yang singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
RUginya bertingkat-tingkat
Siapa kita di depan Tuhan.


ISYAKNYA.......
Kerana masa yang panjang
Kita membiarkan penat
Menghimpit dada
Kita membiarkan kelesuan
Mengganggu
Kita rela terlena
Sambil menarik selimut biru
Bercumbu-cumbu dengan waktu
Siaopa kita di depan Tuhan.


Kini aku masih tertanya-tanya
Sampai bila kita akan
Melambatkan sujud
Apabila azan berkumandang lagi
Ku harap kita tidak akan biarkan
Masjid menjadi sepi
Kerana di hujung hidup ada mati
Bagaimana jenazah
Akan di sembahyang di sini
Jika ruang di biarkan kosong
Jika wajah menjadi asing
Pada mentari dan juga bintang-bintang.



~SOLEHAH~

APA YANG KAMU LAKUKAN ITU,IQBAL?


Suatu ketika,cendiakawan dan ulama terlenal,Dr.Muhammad Iqbal(1877-1938) pernah menceritakan suatu peristiwa yang amat berkesan di hatinya.Cerita cendiakawan yang berasal dari Pakistan itu berkisar tentang dirinya,ayahnya dan al-Quran.Kata Iqbal....


"Saya biasa membaca al-Quran selepas solat Subuh,dan ayah selalu mengawasi,malah ayah juga bertanya.'Apa yang kamu lakukan itu,Iqbal?',padahal sudah jelas ayah tahu saya sedang mengaji.Saya menjawab,'Saya sedang membaca al-Quran,ayah.'


Pertanyaan itu ayah ulangi setiap pagi,setiap Subuh,selama 3 tahun penuh.Jawapan yang saya berikan juga sama,setiap pagi,selepas Subuh,selama 3 tahun penuh,bahawa saya sedang mengaji al-Quran.


Suatu hari saya memberanikan diri bertanya kepada ayah."Mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama,padahal jawapan saya juga sama?Jawab ayah,"Nak,bacalah al-Quran itu seolah-olah di turunkan langsung untukmu."



"Barulah saya faham mengapa setiap Subuh,ayah akan bertanyakan soalan tersebut.Sejak saat itu,saya sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran itu di turunkan untuk diri saya.


"Saya tidak sahaja membaca,tetapi juga cuba untuk mengerti,tetap juga untuk memahaminya.Tidak setakat memahaminya,saya cuba mengamalkannya.Bukan saja mengamalkannya,malah cuba untuk menyampaikan kembali isi al-Quran itu seperti yang saya fahami."


Maka pada hari ini,kita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorang tokoh besar Islam,yang bukan sahaja memahami dan mengamalkan isi al-Quran,malah berusaha menyamoaikannya seluas dan sebaik yang boleh.

CINTAKU HANYA UNTUK-MU


Inilah cinta yang sebenarnya cinta....dalam kehilangan kau temui iman.Tidak di biarkan engkau kehancuran.Yusofmu di sisi,Tuhanmu di hati.Hanya pengabdian bukti kesyukuran......Oh Zulaikha engkau alihkan cinta....Dari cinta hamba kepada penciptaNYA....Rindumu bukanlah pemusnah diri......Tetapi penemu cinta hakiki...Oh Zulaikha,kisahnu mempesona yang akhirnya bertemu cintaNya........

SALAM RAMADHAN BUAT SELURUH UMAT ISLAM


Assalamu'alaikum wbt sodiqoh2 semua....
Tak sabarnya tibanya bulan puasa,he3:-)
Nak puasa,nak solat terawih,nak tadarrus alQuran sama2....
Semoga puasa tahun ni kita manfaatkan ia dengan sebaik2 pengisian,insyaALLAH:-)
Ok lah...jumpa lagi...Wassalam.....

SALAM QIAMULLAIL


Pagi itu ku renung langit biru ciptaanMU,membayangkan betapa agung kekuasaanMU.Hatiku di telah gusar,di terjah bimbang memikirkan dosa-dosaku kepadaMU,pipiku di basahi air mata,sayu membayangkan siapa aku di sisiMU.Rasanya seperti tak lagi mampu untuk ku gagahi sendi-sendi ku lagi.Tapi ku sedar,aku juga tak mampu untuk lari dari rahmatMU.Mendustakan hati ini yang selama ini memang selalu merinduiMU,walaupun lidahku kering dari menyebut namaMU,walaupun amalanku jauh menyimpang dari perintahMU......Aku sudah bosan menginsafi perbuatanku,menitiskan airmata di depanMU,menabur janji-janji manisku padaMU,tapi kemudian mengingkarinya semula,kembali berpaling dariMU.Aku terlalu banyak berjanji kepadaMU,tetapi sebanyak itu jugalah aku memungkiriMU.
YA ALLAH,aku tak mampu lagi untuk berjanji,kurniakanlah aju keinsafan yang hakiki,taubat yang di dengari,agar aku tak kembali mengingkari,agar aku menjadi aku,hamba yang sejati,yang terlalu hina di sisiMU Robbi;-(