Sunday, April 20, 2014

LELAKI DI AKHIR ZAMAN INI

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir…
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang ku fikir.....

Tuesday, April 15, 2014

FITRAH ATAU FITNAH?


 "Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah." 

Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah...

--->Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan PERKAHWINAN...

Justeru, untuk apa dinikmati cinta sebelum PERKAHWINAN? (Tak perlu dating-dating, bergayut telefon, selalu SMS)" --> cukup dengan DOA yang berterusan...

---> Bimbang ianya menjadi tawar dan hambar...HILANG BARAKAH, HILANG KEMANISAN...

[Kuatkan diri dengan "bercinta dengan Allah" terlebih dahulu...itulah yang menjamin kebahagiaaan kita di dunia dan akhirat...]

--->Untuk melangkah ke gerbang PERKAHWINAN itu, perlukan banyak ilmu agama...kerana ia bukanlah perkara yang main-main, bukan SEKADAR UNTUK BERSERONOK...

TAPI melibatkan soal akhirat kita...melibatkan soal tanggungjawab besar...

Sunday, April 13, 2014

SURAT CINTA UNTUK JODOHKU

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu
amin ya rabbal 'alamin.

Wednesday, March 12, 2014

ZAUJ DAN ZAUJAH DI BILIK TIDUR



SUAMI : ayang apa kata malam ni kita tak payah tidur sama2.. abang tidur luar, ayang tidur dalam bilik
ISTERI : kenapa abang..?
SUAMI : haaa.. abang ada 1 permainan, ayang catatkan semua keburukan abang sebanyak mungkin dan abang pun catatkan tentang keburukan ayang sebanyak mungkin! esok pagi kita baca balik tentang apa yang kita dah tulis tu..
ISTERI : ok.
malam tu si suami senaraikan tentang keburukan isteri dia smpai tak tidur.. isteri dia di dlm bilik pun tak tidur hingga ke pagi
waktu sarapan,,
SUAMI : ha, macam mana, sapa nak mulakan dulu???
ISTERI : abang dulu mulakan..
SUAMI : ok ayang dengar tau,(sambil mengeluarkan 2,3 helai kertas yang dicatat nya malam tadi)
SUAMI : ayang tak romantik... ayang suka membebel.. ayang bla bla bla..bla bla bla.. ok dah, skang ayang plak..!
ISTERI : (dia mengeluarkan 3,4 helai kertas yang kosong...) ayang mintak maaf... takda apa yang ayang dapat senaraikn tentang keburukan abang.. sebab ayang terima abang seadanya.. dan segala keburukan abang ayang sentiasa maafkan.. dan ayang mintak maaf kalau ayang tak sempurna di mata abang...
si suami tergamam dan air mata jatuh berlinangan,,, terus die peluk dan memohon maaf pada isteri nya.. dia menyesal,, kerana telah mlukakan hati isteri nye..dia juga sedar dan bersyukur..bahawa isteri nya adalah insan yang terbaik yang telah dianugerah kan dan di amanah kan untuk-Nya~

P/s TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA BAIK DAN BURUKNYA KERANA DIALAH YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH UNTUK KITA MELAYARI KEHIDUPAN INI.

MUHASABAH DIRI

BERPURDAH biar bernilai SOLEHAH..
Untuk menutup PINTU FITNAH...
Untuk menjaga MARUAH dan AGAMA..
Semata-mata HANYA KERANA ALLAH..

Nilai sehelai kain itu AMAT MAHAL,
Bukan pada harganya, tapi pada nilainya yang tersendiri..
Nilai yang tersurat, juga nilai yang tersirat..
JANGAN MURAHKAN ia dengan ketidaksopanan pemakainya

--> Muhasabah diri <-- span="">

Wednesday, February 26, 2014

LUAHAN HATI SEORANG AYAH

Abah tahu kamu sukakan seseorang. Hanya dengan mendapat satu pesanan ringkas sahaja sudah membuatkan kamu tersenyum lebar. Siapakah gerangan yang mencuri hati anak perempuan Abah? Hendak juga Abah tahu. Agaknya senyuman kamu itu manis seperti itu ataupun tidak sekiranya Abah yang menghantar pesanan ringkas itu?

Abah suka tengok FB kamu, yelah, Abah sayang kamu. Abah hanya mampu pantau setiap pergerakan kamu melalui FB. Seronok melihat kamu berjalan-jalan dengan kawan-kawan kamu, gambar kamu pun banyak. Yang tak tutup aurat pun banyak. Kadang-kala Abah tegur juga tentang aurat kamu di FB, tetapi sayangnya, kamu marah Abah lantas kau remove dan block Abah daripada FB kamu. Abah sedih, tetapi takpe, Abah buat FB lain.

Sedang membelek FB kamu, tiba-tiba Abah terasa hendak menangis membaca satu post daripada FB kamu:

" Sekiranya berkahwin kelak, akan ku menutup auratku demi bakal suami tercinta."

Abah termenung sebentar. Kamu sanggup menutup aurat untuk bakal suami kamu tetapi untuk Abah kamu biarkan sahaja! Abah perlu tahu siapa yang benar-benar mencuri hati kamu ini. Kamu baru tingkatan 3! Mana boleh fikir tentang kahwin lagi!

Akhirnya ALLAH mempertemukan siapa jejaka yang mencuri hati kamu. OH! Terkejut Abah tengok lelaki itu. Namanya Keparat bin Kesengalan. Abah sungguh cemburu melihat kamu begitu mesra melayan dia sedangkan dengan Abah sendiri kamu tidak mahu pandang walau sedikit pun.

Apalah salah Abah ye? Kenapa kamu sanggup dengar kata lelaki itu sedangkan dengan Abah kamu tengking dengan mudah. Ya, Abah bukanlah begitu berharga buat kamu, tetapi jangan lupa satu perkara sahaja.

Jangan kerana cinta kamu lupa pada pelajaran kamu, keluarga kamu dan diri kamu itu sendiri. Benar syurga di bawah tapak kaki ibu, tetapi kuncinya ada pada Abah. Kamu buat jahat di dunia, di akhirat kelak, dengan kamu dan abah sekali masuk neraka. Abah tak sanggup melihat anak Abah hanyut macam tu.

Teringat pula kamu pernah berkata:

" Abah ni, kalau abang buat abah takpe, ni Mira buat semua tak boleh."

Hanya satu je mampu Abah katakan. Abah sayang kamu. Abang kamu orang lelaki, mereka kuat untuk menjaga diri sendiri. Tetapi anak perempuan Abah akan Abah lindungi sehingga mati. Abah tak nak anak Abah terluka.

Sekiranya benar lelaki itu mencintai kamu, panggillah dia untuk ke rumah. Berborak kejap, masuk minang, tiada masalah. Abah tak kisah.Yang Abah kisah ialah apabila kamu keluar dengan lelaki itu tanpa kebenaran Abah, kamu keluar pula dengan membawa busuk maksiat. Kalau ikutkan hati Abah yang kering, mahu sahaja Abah menghalau kamu. Tetapi Abah sayang kamu.

Untuk kesekian kalinya, Abah sangat menyanyangi kamu. Jagalah diri, jangan merosakkan diri Mira untuk kedurjanaan dunia. Sekiranya Abah meninggal dunia, Abah mengharapkan kamu berubah seperti dulu kala. 

Yang berkata,

Abah Mithali yang tersakiti.

p/s: Al-fatihah buat Ayah aku. Hargailah Abah atau Ayah anda selagi masih ada kerana aku sendiri sudah tiada wali yang bernama ayah melainkan saudara kandung lelaki aku.