Suatu ketika,cendiakawan dan ulama terlenal,Dr.Muhammad Iqbal(1877-1938) pernah menceritakan suatu peristiwa yang amat berkesan di hatinya.Cerita cendiakawan yang berasal dari Pakistan itu berkisar tentang dirinya,ayahnya dan al-Quran.Kata Iqbal....
"Saya biasa membaca al-Quran selepas solat Subuh,dan ayah selalu mengawasi,malah ayah juga bertanya.'Apa yang kamu lakukan itu,Iqbal?',padahal sudah jelas ayah tahu saya sedang mengaji.Saya menjawab,'Saya sedang membaca al-Quran,ayah.'
Pertanyaan itu ayah ulangi setiap pagi,setiap Subuh,selama 3 tahun penuh.Jawapan yang saya berikan juga sama,setiap pagi,selepas Subuh,selama 3 tahun penuh,bahawa saya sedang mengaji al-Quran.
Suatu hari saya memberanikan diri bertanya kepada ayah."Mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama,padahal jawapan saya juga sama?Jawab ayah,"Nak,bacalah al-Quran itu seolah-olah di turunkan langsung untukmu."
"Barulah saya faham mengapa setiap Subuh,ayah akan bertanyakan soalan tersebut.Sejak saat itu,saya sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran itu di turunkan untuk diri saya.
"Saya tidak sahaja membaca,tetapi juga cuba untuk mengerti,tetap juga untuk memahaminya.Tidak setakat memahaminya,saya cuba mengamalkannya.Bukan saja mengamalkannya,malah cuba untuk menyampaikan kembali isi al-Quran itu seperti yang saya fahami."
Maka pada hari ini,kita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorang tokoh besar Islam,yang bukan sahaja memahami dan mengamalkan isi al-Quran,malah berusaha menyamoaikannya seluas dan sebaik yang boleh.
No comments:
Post a Comment