Sunday, August 1, 2010

HATI


'Hati' seperti mana yang kita tahu dalam istilah kamus harian ialah seketul daging yang berada dalam tubuh badan tetapi mengikut kamus Islam ialah satu pusat pendidkan bagi manusia untuk membentuk diri mereka sama ada mengikut jalan yang di redhai atau di murkai oleh Allah SWT.
Oleh itu,haruslah kita ketahui bahawayang baik akan menyebabkan seluruh tubuh badan menjadi baik,sekiranya hati itu menjadi jahat maka sebaliknya.Kita telah tahu bahawa hati yang bersih ialah hati yang sentiasa ingat kepada Allah SWT danmematuhi segala perintahnya.Manakala hati yang rosak adalah hati yang sentiasa mendedahkan diri kepada nafsu dan syawat yang jahat.Maka rosaklah anggota badan angkara hati yang telah rosak.Pada hakikatnya,hati penuh dengan rahsia dan seribu satu keajaiban.Ianya adalah pusat yang menentukan segala tingkah laku dan perbuatan manusia.
Kita harus sedar mendidik hati bukanlah satu perkara yang mudah kerana di zaman yang serba moden ini,seribu satu macam pancaroba yang akan menujah di iringi pula nafsu dan syaitan yang durjana.
Maka pada dasarnya,hati akan dapat di didik dengan ilmu,dan amal.Ilmu adalah perkara yang lebih utama dalam mendidik hati daripada kerana dengan ilmu kita dapat menambahkan iman serta mengukuhkan iman jika di sertakan dengan amal.Di riwayatkan bahawa suatu hari Nabi Muhammad saw masuk ke pintu masjid dan melihat syaitan di tepi pintu itu lalu baginda menegur:"Hai iblis,apakah engkau perbuat di sini?"Syaitan menjawab:"Aku mahu masuk ke dalam masjid untuk mengganggu solat orang ini tapi saya takut terhadap orang yang tidur berdekatan dengannya".Nabi saw bertanya lagi:"Hai iblis,mengapa engkau tidak takut dengan orang yang sedang solat ini sedang ianya sedang beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT dan engkau justeru takut kepada orang sedang tidur,sedangkan dia dalam keadaan lalai".Syaitan menjawab:"Orang sedang solat itu bodoh dan mudah di ganggu tetapi yang tidur itu orang yang alim.Jikalau aku berjaya mengganggunya dan menjadikan solatnya rosak@batal,maka aku khuatir bila mana orang yang alim itu terbangun dan segera membetulkan solat orang itu".Setelah itu Nabi saw bersabda:


"Tidurnya orang yang alim itu lebih baik daripada ibadahnya orang yang bodoh itu."
(Al-Hadith)


Pelbagai cara pula mendidik hati dengan amal,di antaranya ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan banyak lagi.
Kesimpulannya,hati yang bersih dapat menjadikan anggota itu bersih tetapi jika hati itu kotor maka seluruh anggota badan itu kotor atau rosak.Maka kita wajib menjadikan hati itu bersih supaya hidup kita akan mendapat keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment