Monday, August 2, 2010

DIA TIDAK SEHEBAT ASHIKIN


"Abang minta izin untuk menikah lagi."
Ashikin yang sedang melipat kain,terdiam seketika.Agak terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya di lafazkan di dalam TV,sementelah TV juga di pasang.
Tapi,ah,bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan syampu,mustahil sudah ada siri baru iklan itu?Dia menghela nafas panjang.Dia menarik nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Anwaar Firdaus,kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap di lipat di tepi,bangun lantas menuju ke dapur.Langkahnya di atur tenang.Segelas air sejuk di teguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah dan Fatimah.Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.Kemudian dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua,si kembar,Soleh dan Abu Bakar.
Amalan ini sudah menjadi rutin semenjak putera puterinya masih kecil lagi.Bermula dengan solat berjemaah,suaminya akan memegang sebatang rotan kecil memerhati dan memeriksa bacaan Muqaddam anak-anak.Selanjutnya,suaminya akan bercerita kisah-kisah nabi dan teladan.Kini,anak-anak kian beranjak remaja.Telatah suaminya juga kian sukar untuk di telah.Bukan dia tidak berasa perubahan agak ketara sikap suaminya.Tetapi,sebagai isteri dan pendamping suaminya selama 16 tahun,dia tidak akan mudah melatah.Tidak akan meluru bertingkah seteru.Pengalaman dan didikan ibu ayah tersemat kemas di hati
Penghabisan rutin dia kembali kepada suaminya.Menghadap suaminya dengan wajah penuh kasih sayang.Riak cemburu atau rasa marah sukar untuk di cari pada seraut wajah itu.Di letakkan segelas air suam kesukaan suaminya dengan perlahan.Suaminya tidak gemar minuman manis.Air suam atau air kesihatan itulah yang di saji.Ashikin merenung wajah suaminya.Sementelah suaminya menunduk,lagaknya seperti orang menanti hukuman.
"Sudah ada calonnya?"
Angguk.
Ashikin menghela nafas.
"Berikan sayang masa."
Riak wajah sang suami tergambar ceria.Wajah isteri tetap juga manis.
Dia amat mengenali isterinya.Jodoh yang di atur usrah hampir 16 tahun yang lalu menghadiahkan dia sebuah usrah yang bahagia.



Cinta Diduga



Ashikin adalah ikon isteri solehah.Gadis sekampung lulusan STAM,anak seorang imam.Pakej menantu solehah,memikat hati ibu dan ayahnya.Dia sewaktu itu hanya berjawayan Kerani Kewangan lulusan SPM.Dengan gaji yang tidak seberapa dia mengatur hidup bersama Ashikin.Kesanggupan Ashikin untuk bersusah-payah menguruskan rumah tangga membuatkan dirinya tidak terpandang wanita lain.Atas kesungguhan dan dorongan Ashikin,dia mula mengatur langkah demi langkah.Memyambung pengajian demi usrah.Akhirnya kini dia sudah berjawatan Akauntan Kanan di salah sebuah Kementerian.Semuanya atas pengorbanan isterinya.


Namun,kehadiran Solehah,gadis genit yang menjawat jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia tidak tentu arah hidup.Suara Solehah,gadis Bumi Kelantan sentiasa terngiang-ngiang.Lebih merdu daripada suara Ashikin mengalunkan taranum Baihaqi.Lenggok Solehah sentiasa terlayar,malah sentiasa berulang-ulang kali tayangannya.Malam kini di temani mimpi-mimpi indah bersama Solehah.Tidurnya sudah berkalih arah.Tidak seperti selalu.Kalau dulu ke arah menghadap kiblat,kini sudah menghadap dinding.



Gambar Solehah yang tersimpan rahsia dalam telefon genggamnya itu pantas menemani setiap malam.Sangat asyik.Seperti baru menginjak di usia remaja.Aduhai,penangan Solehah kacukan Melayu Kelantan-Arab amat mengugah kehidupannya.



"Kau mampu Anwaar.Gaji kau pun masih ada lebihnya kalau di bahagi dua nanti."



Sokongan Khairul,teman sepejabat menguatkan lagi hujah untuk dia berdepan dengan Solehah.



"Abang Anwaar,Solehah sanggup bermadu jika itu yang di takdirkan.Bimbinglah Solehah,Solehah perlukan seseorang yang mampu memimpin Solehah."Masih terngiang-ngiang bicara lunak Solehah.



Sungguh,saat ini akalnya tidak mampu menilai antara bicara menggoda dengan bicara penuh kejujuran.



Akhir-akhir ini,panas punggung dia di rumah.Pagi-pagi,seusai solat Subuh,cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.Tidak seperti kelaziman,dia akan bersarapan berjemaah bersama anak-anak.



"Honey,sayang setuju dengan permintaan honey.Tapi,sayang nak berjumpa dengan wanita itu."



Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu,Ashikin bukan seorang yang panas baran.Ashikin terlalu sempurna.Terlalu baik.Tetapi jiwanya seakan bernyanyi lagu muda,matanya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.



"Bawa dia ke sini,tinggalkan dia bersama sayang selama satu hari,boleh?"



Pelik benar permintaan isterinya.Hendak diapa-apakan buah hatinya itu?



Namun,tanpa sedar dia mengangguk,tanda setuju.Sebab,dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bersifat keburukan.



Ada satu hakikat yang dia terlupa.Hakikatnya dia seharusnya bersyukur.Harus terlalu bersyukur.Kalaulah isterinya itu wanita lain,alamatnya perang dunia meletus jawabnya.Melayanglah periuk belanga.



Eh,itu zaman dulu-dulu.



Zaman sekarang ini,isteri-isteri lebih bijak.Teringat dia kisah seorang tentera yang di simbah dengan asid,gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.Kecacatan seumur hidup di terima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.



Dan dia,hanya senyuman daripada Ashikin tatkala hasrat hati untuk beristeri muda di suarakan.



"Apa!Nak suruh Solehah jumpa dengan isteri abang?"terjegil bulat mata Solehah yang berwarna coklat,hasil kecantikan palsu contact lens.



"Kak Ashikin yang minta,"masih lembut dia memujuk Solehah.



Biar betul,apa dia nak buat dengan Solehah?"



"Takut Solehah,silap haribulan dia bunuh Solehah!"terkejut Anwaar Firdaus.



"Percayalah Solehah,Ashikin bukan macam itu orangnya.Abang sudah lama hidup dengannya.Abang faham perangainya."



Langsung dia tidak terkesan akan sikap Solehah yang merona marah.Langsung hilang kelembutan menggodanya itu.



Solehah mengalih pandangannya.Mahu apakah bakal madu berjumpa dengannya?Dia sering di sogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.



Heh,ini Solehahlah.Jangan harap jika nak membuli aku.Desis hati kecil Solehah.



Isteri Solehah



Hari ini genap seminggu Solehah bercuti.Seminggu jugalah dia merindu.Puas di cuba untuk menghubungi Solehah,namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Solehah pergi.



Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Solehah untuk ditemuduga oleh Ashikin.Sedangkan dia di minta oleh Ashikin bermunajat di Masjid Putra.Di masjid itu,hatinya benar-benar terusik.Sekian lamanya dia tidak menyibukkan diri dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.



Dulu,sebelum dia mengenali Solehah,saban malam dia akan bersama dengan Ashikin serta anak-anaknya,berjemaah dengan kariah masjid.Kemudian menghairi majlis kuliah agama.Membaca al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.Namun,lenggok Solehah melalaikannya.Haruman Solehah memudarkan bacaan taranumnya.Hatinya benar-benar sunyi.Sunyi dengan tasbih,sepi dengan tasmid yang sering di lagukan.



Seharian di Masjid Putra,dia cuba mencari dirinya,Anwaar Firdaus yang dahulu.Anwaar Firdaus anak Imam Pasir Tumbuh.Anwaar Firdaus yang asyik berzanji.Anwaar Firdaus yang tidak mudah tergoda dengan keindahan duniawi semata-mata.



Menitis air mata lelakinya.Berjurai-jurai bak mutiara keinsafan.Kekhilafan dengan bisikan syaitan laknatullah telah menghijabkan hatinya daripada menilai antara yang baik dan juga buruk.Namun,jalan yang telah di lalui harus di tempuhi juga kerana tiada jalan untuk berundur.Kini,dia sedang menanti penilaian Ashikin.



Genap seminggu pertemuan antara Ashikin dan bakal madunya.Hatinya masih tertanya-tanya,apakah yang telah terjadi pada hari itu?Ashikin menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa.Tiada kurangnya layanan Ashikin.Melihatkan Ashikin masih mampu tersenyum manis,masih beramah mesra malah keluhuran hati Ashikin dalam menunaikan tanggungjawabnya menyebabkan hati Anwaar Firdaus tersentuh.Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Ashikin.



"Honey,sayang ingin meminta izin untuk pulang ke kampung,"Anwaar Firdaus tersentak.Tutur lirih isterinya membuatkan hatinya berkocak hebat.Jarang benar isterinya pulang tanpa dia menemani.



"Abang izinkan,"hanya itu sahaja yang mampu di lafazkan.



Sedangkan hatinya sangat sayu mengenangkan kepulangan isterinya adalah kerana dia.



Pagi ini dia sedang menyemak kantung mel elektroniknya.Terpandang satu e-mel daripada Solehah,gadis yang mencuri hatinya sedikit waktu dahulu.



Assalamu'alaikum
Salam hormat buat seorang lelaki bertuah kerana memperisterikan seorang wanita solehah.Salam demi kemuliaan seorang wanita yang Solehah sanjungi.




Anwaar Firdaus,
Saat saudara membaca e-mel ini,gadis yang bernama Solehah sedang merenung hakikat diri,sedang berusaha untuk berubah demi satu kehidupan agar lebih di redhai.Ketahuilah wahai lelaki yang bertuah,saat diri ini dipertemukan dengan wanita bernama Ashikin itu adalah satu kebajikan pada dirimu.



Pertemuan itu telah membuka hijab diri yang selama ini kelam lagi hitam dengan kenikmatan duniawi.Sungguh dirimu lelaki bertuah.Wanita yang telah dirimu nikahi itu adalah wanita yang memiliki ciri-ciri wanita penghuni Syurga.



Saudara yang di hormati,
Ashikin langsung tiada cela.Harus bagaimana saya harus menelah perasaan jika saya berada pada keadaannya itu.Saya dilayan bak seorang adik.Jauh sekali sebagai seorang wanita yang perampas suaminya,memusnahkan kebahagiaannya.Tidak sama sekali.



Semasa pertemuan itu,dia menjadi imam pada setiap solat yang Allah beri kesempatan untuk saya beribadah bersamanya.Saya terkial-kial dalam menyucikan diri dengan wuduk,lalu diajarkan dengan lembut.Saat saya termangu-mangu mencari arah kiblat,dia membentangkan sejadah dan mengenakan telekung agar tubuh saya sempurna untuk menghadap Tuhan.Tingkahnya bak seorang ibu kepada anaknya.Tiada walau sebesar hama tindakannya yang memalukan saya melainkan saya sendiri yang malu dengan diri saya.



Anwaar Firdaus,
Pesan Ashikin pada saya selaku wanita,jagailah diri.Pesannya lembut lagi berhikmah,bukan kata-kata makian lagi cacian seperti yang saya gambarkan.Dia meredhai untuk perkongsian suami.Katanya,mengapa harus diharamkan sesuatu yang nyata dihalalkan oleh Allah SWT.Dia merestui malah meredhai!!!



Sepersalinan telekung yang di hadiahkan pada saya cukup membuatkan saya terharu.Saya memilih untuk berfikir dan akan berfikir mengenai aturan yang kita rancangkan.



Saya tidak sehebat Ashikin.Dia isteri yang hebat.



Tetapi saya akan berusaha untuk menjadi sehebat Ashikin,untuk suami saya.



Dengan ini saya mengundur diri.



Terima Kasih.
Nur Solehah binti Mohd Soleh.



Anwaar Firdaus terpana seketika.Bagaikan melekat setiap butir dalam mel ringkas itu.Kunci dicapai.Langkah diatur.Pesan pada Setiausaha pejabatnya,dia bercuti kecemasan hari ini.




Sampai di laman,ibu dan ayah sedang rancak berbual-bual.Kehadirannya membuatkan mereka agak terkejut.




Lekas bersalam,dia bertanyakan Ashikin.Ibunya menunjuk ke dalam rumah.




Dia melangkah kedalam biliknya.Indah di hias,harum mewangi.Ini adalah bilik pemgantinnya 16 tahun dahulu.Di atas katil itu,sepasang kelengkapan untuk solat tersedia.Dia tersenyum.



Sungguh Ashikin isteri yang hebat.....:-)





~Cerita ini di tuju khas buat kurratun ain~

2 comments: