Saturday, December 25, 2010
KEWAJIPAN MENUTUP AURAT
WAHAI Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik0maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah SWT adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzab:59)
Huraian
Allah SWT mewajibkan lelaki mahupun perempuan untuk menutup aurat mereka dengan menggariskan cara menutup aurat itu.Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah Allah SWT.
Memakai pakaian yang menutup aurat seperti yang digariskan syarak bererti mentaati perintah-Nya.Apabila menutup aurat merupakan suatu ketaatan,maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula ialah suatu kederhakaan.
Tuntutan menutup aurat in tidak boleh dipandang ringan.Ancaman dan balasan Allah SWT terhadap mereka yang tidak melaksanakan tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras.
Islam telah memberikan garis panduan berpakaian dan menutup aurat untuk golongan wanita Islam iaitu dengan cara melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya semasa keluar rumah.
Ia agar wanita islam mudah dikenali dan dilihat sebagai perempuan yang baik.Ia juga adalah untuk mengelakkan fitnah dan gangguan dan juga sebagai satu kaedah bagi menjaga maruah dan kehormatan seseorang muslimah.
Kewajipan menutup aurat ini juga meletakkan kedudukan wanita di tahap yang tinggi kerana Islam sentiasa memartabatkan dan memuliakan golongan wanita.
Dengan berpakaian menutup aurat seperti yang digariskan oleh Islam,perbezaan identiti dan jati diri yang nyata antara seseorang wanita Islam dengan yang bukan Islam dapat dilihat dengan jelas dalam masyarakat.
Kesimpulan
Islam amat menitikberatkan adab sopan dan sahsiah yang tinggi dalam pembinaan diri seseorang Muslim.
Pemakaian seperti yang digariskan kepada wanita Muslim merupakan satu bentuk penghormatan terhadap golongan wanita dan membuktikan ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Saturday, December 18, 2010
TAJWID MEMELIHARA KESUCIAN AL-QURAN
Mukjizat al-Quran dalam bentuk perundangan dan susunan bahasanya amat tinggi dan tidak dapat di atasi selama-lamanya walaupun jin dan manusia berkumpul bersama unuk mencabarnya.
Al-Quran di jaga oleh Allah SWT sebagaiman firman-Nya yang bermaksud:"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."(al-Hijr:9).
Satu keistimewaan al-Quran yang perlu disedari bersama ialah pembaca mestilah membacanya dengan bertajwid.
Tajwid bermaksud menyebut huruf al-Quran dengan sebutan,tepat dan sahih.
Perkara ini tidak berlaku pada semua kalam atau perkataan makhluk kecuali al-Quran.
Ulama bersepakat dalam memberi pandangan bahawa wajib membaca al-Quran secara bertajwid.Dalil dari al-Quran menunjukkan perkara tersebut ialah firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzamil ayat 4 bermaksud:"Bacalah al-Quran secara tartil."
Ali Ibn Abi Talib r.a. menafsirkan tartil bermaksud memperelok sebutan huruf dan mengetahui wakaf.
Bacaan al-Quran dari Surah al-Fatihah hingga Surah al-Nas iaitu 30 juzuk yang dibaca pada hari ini diterima secara bersambung sanadnya hingga kepada Rasulullah SAW.
Membaca huruf izhar secara izhar,huruf idgham diidghamkan,membaca huruf ikhfa' secara ikhfa',hukum iqlab dibaca dengan iqlab adalah bacaan yang dibaca oleh Rasulullah SAW.Begitu juga dengan hukum mad(panjang)dan hukum tajwid yang lain.
Pernah satu ketika Abdullah Ibn Masud r.a mengajar seorang membaca al-Quran.Ketika lelaki itu sedang membaca al-Quran kalimah al-Fuqara' dalam Surah at-Taubah ayat 60 dengan memendekkan suaranya,Abdullah Ibn Masud menegurnya dengan berkata bukan begitu caranya Rasulullah SAW mengajar aku membaca al-Quran.
Lelaki itu bertanya:"Bagaiman Rasulullah SAW mengajar kamu wahai Ibn Masud?"Beliau menjawab,"memanjangkannya."
Teguran Ibn Masud kepada lelaki tersebut yang membaca dengan kadar harakat yang tidak cukup pada kalimah fuqara' memberi faham kepada kita bahawa ia adalah satu perkara yang diambil perhatian oleh Rasulullah SAW ketika mengajar para sahabat membaca al-Quran.
Walaupun sebenarnya panjang dan pendek suara pada kalimah fuqra' tidak memberi kesan kepada perubahan makna.
Objektif utama ilmu tajwid ialah menjaga lidah dari membuat kesilapan ketika membaca al-Quran.Ini menunjukkan bahawa tajwid menjaga nas al-Quran itu dibaca dengan bentuk yang tepat dan sahih semenjak ia diturunkan hinggalah ke hari kiamat.
Ibn al-Jazari menyatakan bahawa tidak syak bahawa adalah ibadat.Turut dipanggil ibadat dalam berusaha memperbetulkan sebutan lafaz al-Quran dan sebutan hurufnya sebagaimana sifat yang diterima oleh imam-imam qiraat daripada Rasulullah SAW.
Al-Quran yang wujud di pasaran begitu banyak,hiasan dalamannya dan bentuk kahtnya amat menarik perhatian.Namun apakah kita membacanya dengan tajwid yang betul???
Jika bacaan kita menepati ilmu tajwid kita bersyukur kepada Allah SWT dan sebaliknya jika belum menepati hukum tajwid berusahalah mempelajarinya daripada guru-guru al-Quran yang berada berhampiran dengan kita.

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH SWT
Sungguh besar kekusaannya....tengah tidur,baby lelaki ni tidak menjatuhkan tangan kirinya...
Ana ambil picture baby ni masa hadiri satu walimah sahabiah baik di Terengganu baru-baru ni.Cara baby ni tidur menarik perhatian.apalagi...terus ana ambil picture nya,hehehe.
TAZKIRAH SEBENTAR
Bagaimana Menghilangkan Perasaan Marah
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong(ego).Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang.Jika tinggi kedudukan seseorang,besar pangkatnya,banyak hartanya,ramai pengikutnya,maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.Sebaliknya,jika kurang segalanya,maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah???
Telah berkata Mujahid didalam sebuah bait syair:"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian buat kita.Allah SWT mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah SWT dengan mengucapkan "Inna lillahi wainna lillahi raji'un."Pernah di tanya Ahnaf bin Qais,bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.Ahnaf menjawab:"Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais,tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak,kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman."Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim,kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah SWT.Jika dia bertindak memarahi hambanya,maka hakikatnya dia memarahi Allah SWT.Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali.Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah SWT.Yang bila sampai ketikanya Allah SWT akan ambil kembali.
Kita mesti mengubati hati kita.Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah:-
(a)Mula-mula kita perlu malu dengan Allah SWT akan segala tindak-tanduk kita.Allah SWT
memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
(b)Bila datang rasa hendak marah,ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
(c)Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah SWT agar Allah selamatkan kita daripada
sifat marah.
(d)Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada
permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
(e)Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah.Ianya lebih buruk daripada
perlakuan seekor binatang jika anda dalam keadaan marah.
(f)Apabila datang marah,banyakkan baca Ta'awwuz(A'uzubillahiminas Syaitanirrajim)kerana api
marah itu datangnya dari syaitan.
(g)Apabila marah sedang memuncak,ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api
kemarahan yang sedang membara.
Jika tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,hendaklah tidur.Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
Tauhid kita perlu tepat.Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah SWT dan akan kembali kepada Allah SWT.Kenapa kita perlu marah.Jika kita bersalah,kita tidak suka orang memarahi kita.Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan,juga tidak suka dimarahi.Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
~Solehah Ruman Asrar~

MUTIARA KATA
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."
~Khalifah Abdul Malik Marwan~
"Orang yang melakukan sesuatu hari ini dari itu dilakukan oleh orang bodoh 3 hari kemudian,adalah orang yang bijak."
~Abdullah Al-Mubarak~
"Manusia yang paling pintar ialah manusia yang mengambil ktibar daripada apa yang dilihatnya dan menerima nasihat yang di dengar."
~Hamka~
"Orang yang tidak berilmu hatinya menjadi sakit dan mati tetap,dia tidak akan menyedarinya kerana sikap menhilangkan kepedihan luka buat seketika meskipaun luka masih ada."
~Iman Al-Ghazali~
Rasulullah saw bersabda;-
"Ilmu itu pemimpin dan amalan itu pengikutnya."

~Hadis Riwayat Muadz~
"Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,kerana seribu sahabat belum banyak.Jauhilah seorang musuh,kerana seorang musuh yang seorang itu sudah lebih daripada seorang."
Lima jenis racun dan lima penawarnya......
(1)Dunia ini racun,zuhud itu ubatnya.
(2)Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
(3)Perkataan sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
(4)Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
(5)Seluruh tahun itu racun,ramadhan itu ubatnya.
"Hanya orang yang tidak membuat apa-apa tidak pernah membuat kesilapan.Jangan takut membuat kesilapan asalkan kamu tidak mengulanginya untuk kali kedua."
Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali.....
1.Aku rumah terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah daku dengan selalu solat malam.
3.Aku ruumah penuh dengan tanah dan debu,maka bawalah amal soleh sebagai hamparan.
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5.Aku rumah pertanyaan mungkar dan nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah,Muhammadur Rasulullah',supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
WAHAI UKHTIKU SAYANG.....
Apabila berkawan dengan muslimin,ingatlah ada 2 pilihan terbentang,satu kamu jadi seperti kelapa yang senang diperoleh,di paruh,diperah dan di ambil santannya.Lepas itu hampasnya dibuang.Kedua kamu boleh menjadi seperti sebutir mutiara di dasar lautan yang tersimpan rapi di dalam kulitnya bukan senang nak mendapatkannya.Hanya orang bertuah dapat memperolehnya.Sebab itu harganya mahal sekali dan orang akan menyimpannya mutiara itu buat selama-lamanya.Jadi kamu pilihlah,sama ada hendak jadi kelapa@pun mutiara......
~Solehah Ruman Asrar~
Friday, December 17, 2010
BICARA TENTANG CINTA
Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharapkan yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan
Memberikan daku cahaya sinari kehidupan
Walau ku tahusegala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi
Indahnya hidup ini....
Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti sinar bahagia menanti....
Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika dikau di sisi
Walau ku tahu segala suratan Esa
Pasti tenang dikau
Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan
Yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja
Yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi...(2x)
Dikau yang ku sayangi

INSAN BERNAMA KEKASIH
Debar hatiku
Membisikkan rindu
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman....ooo...ooo...
Adakah mungkin
Kau ku miliki
Untuk aku jadikan
Insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar
Lukisan untuk iman
Bersulamkan pemindahan
Satu perkataan
Bagai putih salju mengingat
Adat perasaan
Menusuk segala resah....dijiwa..
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan bisikkan khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabar darinya
Padaku kau mengundang rasa
Padamu oh Tuhan
Kekasih yang ku damba
Kekal hingga ke Syurga....
Hanya satu yang ku pinta
Khabar darinya agar dipeliharakan
Tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan dan bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu pada diriku
Menghiasi ruang hatiku
Dengan wujud kesyukuran
Ku harap jalinan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepada-Nya
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan kau bisikkan khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabar darinya
Padaku kau mengundang rasa
Kau yang ku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan Bernama Kekasih......
Membisikkan rindu
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman....ooo...ooo...
Adakah mungkin
Kau ku miliki
Untuk aku jadikan
Insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar
Lukisan untuk iman
Bersulamkan pemindahan
Satu perkataan
Bagai putih salju mengingat
Adat perasaan
Menusuk segala resah....dijiwa..
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan bisikkan khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabar darinya
Padaku kau mengundang rasa
Padamu oh Tuhan
Kekasih yang ku damba
Kekal hingga ke Syurga....
Hanya satu yang ku pinta
Khabar darinya agar dipeliharakan
Tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan dan bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu pada diriku
Menghiasi ruang hatiku
Dengan wujud kesyukuran
Ku harap jalinan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepada-Nya
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan kau bisikkan khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabar darinya
Padaku kau mengundang rasa
Kau yang ku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan Bernama Kekasih......
Monday, December 13, 2010
ANTARA DUA CINTA
Apa yang ada,jarang disyukuri
Apa yang tiada,serring dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu,timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia.....
Ibarat air laut diminum hanya
menambah haus
Nafsu....
bagaikan fatamorgana
di padang pasir
Panas yang membahang
disangka air
Dunia dan nafsu
bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang.
Tuhan,leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak kumampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu
yang kuharap tumbuh
Dibajai bangkai
dunia yang kubunuh.
Pahrol Mohamad Juoi
(Lirik lagu nyanyian Raihan)
Apa yang tiada,serring dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu,timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia.....
Ibarat air laut diminum hanya
menambah haus
Nafsu....
bagaikan fatamorgana
di padang pasir
Panas yang membahang
disangka air
Dunia dan nafsu
bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang.
Tuhan,leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak kumampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu
yang kuharap tumbuh
Dibajai bangkai
dunia yang kubunuh.
Pahrol Mohamad Juoi
(Lirik lagu nyanyian Raihan)
TATKALA CINTA DIUNGKAP!!!
Ya Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun!
Syukurku rafakkan lewat sujud ini
izinkan aku mengungkap resah cinta pada-Mu
dalam desah terbenamnya sinar mentari di kaki langit
sewaktu aku berdiri di tubir usia ini
lantas kutoleh ke belakang tabir masa
gumpalan dosa tampak jelas menggunung di sana
ampunkan aku ya Allah!
Pada sisa usia yang masih ada
memang masih banyak permohonan buat-Mu
namun malunya aku hingga tunduk terkesima kelu
apa masih bolehkah aku terus meminta?
Sesungguhnya Engkau memang Amat Pemaaf....
biarpun terus dikhianati dengan ketidaktaatan
oleh hamba-hamba-Mu yang kerap bermungkir dalam janji
namun rahmat-Mu terus berlimpahan
tanpa henti bagaikan aliran Sungai Nil
nan terus mengalir tanpa tunduk dalam sebarang perhentian.
Ya Rabbul Izzati,
pada-Mu jua nikmat rahmat terus kupinta
ketika kelam senja melabuhkan tirai ini
doa kudus terus kupohon diperpanjangkan tanpa goyah
agar berilah aku peluang untuk terus mengungkap cinta buat-Mu
biarpun tidak sekudus cinta Rabiatul Adawiyah
nan pasti cintaku juga luhur
kerana mohon belas kasih-Mu agar aku terus
disayangi dalam limpahan kasih-Mu tanpa henti!
Dalam bait-bait doa zikir yang dialun
segalanya kuserahkan buat-Mu
kerana Engkau-lah yang layak menerima
cinta tulus nan hakiki!
Kukuhkan nuraniku agar terus kuperjuangkan
cinta kasihku yang satu hanya pada-Mu jua..........

Subscribe to:
Posts (Atom)