Mukjizat al-Quran dalam bentuk perundangan dan susunan bahasanya amat tinggi dan tidak dapat di atasi selama-lamanya walaupun jin dan manusia berkumpul bersama unuk mencabarnya.
Al-Quran di jaga oleh Allah SWT sebagaiman firman-Nya yang bermaksud:"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."(al-Hijr:9).
Satu keistimewaan al-Quran yang perlu disedari bersama ialah pembaca mestilah membacanya dengan bertajwid.
Tajwid bermaksud menyebut huruf al-Quran dengan sebutan,tepat dan sahih.
Perkara ini tidak berlaku pada semua kalam atau perkataan makhluk kecuali al-Quran.
Ulama bersepakat dalam memberi pandangan bahawa wajib membaca al-Quran secara bertajwid.Dalil dari al-Quran menunjukkan perkara tersebut ialah firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzamil ayat 4 bermaksud:"Bacalah al-Quran secara tartil."
Ali Ibn Abi Talib r.a. menafsirkan tartil bermaksud memperelok sebutan huruf dan mengetahui wakaf.
Bacaan al-Quran dari Surah al-Fatihah hingga Surah al-Nas iaitu 30 juzuk yang dibaca pada hari ini diterima secara bersambung sanadnya hingga kepada Rasulullah SAW.
Membaca huruf izhar secara izhar,huruf idgham diidghamkan,membaca huruf ikhfa' secara ikhfa',hukum iqlab dibaca dengan iqlab adalah bacaan yang dibaca oleh Rasulullah SAW.Begitu juga dengan hukum mad(panjang)dan hukum tajwid yang lain.
Pernah satu ketika Abdullah Ibn Masud r.a mengajar seorang membaca al-Quran.Ketika lelaki itu sedang membaca al-Quran kalimah al-Fuqara' dalam Surah at-Taubah ayat 60 dengan memendekkan suaranya,Abdullah Ibn Masud menegurnya dengan berkata bukan begitu caranya Rasulullah SAW mengajar aku membaca al-Quran.
Lelaki itu bertanya:"Bagaiman Rasulullah SAW mengajar kamu wahai Ibn Masud?"Beliau menjawab,"memanjangkannya."
Teguran Ibn Masud kepada lelaki tersebut yang membaca dengan kadar harakat yang tidak cukup pada kalimah fuqara' memberi faham kepada kita bahawa ia adalah satu perkara yang diambil perhatian oleh Rasulullah SAW ketika mengajar para sahabat membaca al-Quran.
Walaupun sebenarnya panjang dan pendek suara pada kalimah fuqra' tidak memberi kesan kepada perubahan makna.
Objektif utama ilmu tajwid ialah menjaga lidah dari membuat kesilapan ketika membaca al-Quran.Ini menunjukkan bahawa tajwid menjaga nas al-Quran itu dibaca dengan bentuk yang tepat dan sahih semenjak ia diturunkan hinggalah ke hari kiamat.
Ibn al-Jazari menyatakan bahawa tidak syak bahawa adalah ibadat.Turut dipanggil ibadat dalam berusaha memperbetulkan sebutan lafaz al-Quran dan sebutan hurufnya sebagaimana sifat yang diterima oleh imam-imam qiraat daripada Rasulullah SAW.
Al-Quran yang wujud di pasaran begitu banyak,hiasan dalamannya dan bentuk kahtnya amat menarik perhatian.Namun apakah kita membacanya dengan tajwid yang betul???
Jika bacaan kita menepati ilmu tajwid kita bersyukur kepada Allah SWT dan sebaliknya jika belum menepati hukum tajwid berusahalah mempelajarinya daripada guru-guru al-Quran yang berada berhampiran dengan kita.
No comments:
Post a Comment