Bagaimana Menghilangkan Perasaan Marah
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong(ego).Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang.Jika tinggi kedudukan seseorang,besar pangkatnya,banyak hartanya,ramai pengikutnya,maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.Sebaliknya,jika kurang segalanya,maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah???
Telah berkata Mujahid didalam sebuah bait syair:"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian buat kita.Allah SWT mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah SWT dengan mengucapkan "Inna lillahi wainna lillahi raji'un."Pernah di tanya Ahnaf bin Qais,bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.Ahnaf menjawab:"Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais,tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak,kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman."Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim,kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah SWT.Jika dia bertindak memarahi hambanya,maka hakikatnya dia memarahi Allah SWT.Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali.Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah SWT.Yang bila sampai ketikanya Allah SWT akan ambil kembali.
Kita mesti mengubati hati kita.Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah:-
(a)Mula-mula kita perlu malu dengan Allah SWT akan segala tindak-tanduk kita.Allah SWT
memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
(b)Bila datang rasa hendak marah,ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
(c)Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah SWT agar Allah selamatkan kita daripada
sifat marah.
(d)Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada
permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
(e)Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah.Ianya lebih buruk daripada
perlakuan seekor binatang jika anda dalam keadaan marah.
(f)Apabila datang marah,banyakkan baca Ta'awwuz(A'uzubillahiminas Syaitanirrajim)kerana api
marah itu datangnya dari syaitan.
(g)Apabila marah sedang memuncak,ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api
kemarahan yang sedang membara.
Jika tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,hendaklah tidur.Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
Tauhid kita perlu tepat.Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah SWT dan akan kembali kepada Allah SWT.Kenapa kita perlu marah.Jika kita bersalah,kita tidak suka orang memarahi kita.Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan,juga tidak suka dimarahi.Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
~Solehah Ruman Asrar~

No comments:
Post a Comment