WAHAI Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik0maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah SWT adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzab:59)
Huraian
Allah SWT mewajibkan lelaki mahupun perempuan untuk menutup aurat mereka dengan menggariskan cara menutup aurat itu.Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah Allah SWT.
Memakai pakaian yang menutup aurat seperti yang digariskan syarak bererti mentaati perintah-Nya.Apabila menutup aurat merupakan suatu ketaatan,maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula ialah suatu kederhakaan.
Tuntutan menutup aurat in tidak boleh dipandang ringan.Ancaman dan balasan Allah SWT terhadap mereka yang tidak melaksanakan tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras.
Islam telah memberikan garis panduan berpakaian dan menutup aurat untuk golongan wanita Islam iaitu dengan cara melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya semasa keluar rumah.
Ia agar wanita islam mudah dikenali dan dilihat sebagai perempuan yang baik.Ia juga adalah untuk mengelakkan fitnah dan gangguan dan juga sebagai satu kaedah bagi menjaga maruah dan kehormatan seseorang muslimah.
Kewajipan menutup aurat ini juga meletakkan kedudukan wanita di tahap yang tinggi kerana Islam sentiasa memartabatkan dan memuliakan golongan wanita.
Dengan berpakaian menutup aurat seperti yang digariskan oleh Islam,perbezaan identiti dan jati diri yang nyata antara seseorang wanita Islam dengan yang bukan Islam dapat dilihat dengan jelas dalam masyarakat.
Kesimpulan
Islam amat menitikberatkan adab sopan dan sahsiah yang tinggi dalam pembinaan diri seseorang Muslim.
Pemakaian seperti yang digariskan kepada wanita Muslim merupakan satu bentuk penghormatan terhadap golongan wanita dan membuktikan ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

No comments:
Post a Comment