Ketika mengumpulkan hadis,Imam Bukhari telah berguru kepada berpuluh-puluh ulama sama ada yang dekat atau jauh.Suatu hari beliau telah mendengar bahawa ada seorang ulama yang mengetahui hadis tentang suatu perkara,tapi tempat tinggalnya jauh.Imam Bukhari pun ke sana dan setelah menempuh jarak lebih kurang 200 batu,sampailah beliau ke tempat ulama yang di maksud.Tiba-tiba Imam Bukhari melihat yang hendak diambil hadisnya itu memanggil kudanya sambil menunjukkn bakul kosong.
"Tuan Guru!Apa yang ada di dalam bakul itu?"Tanya Imam Bukhari.
"Tidak ada apa-apa di dalamnya,sekadar untuk membuat supaya kuda itu datang sahaja,"jawab ulama itu.
Setelah menyaksikan perkara tersebut,Imam Bukhari menjadi tawar hati untuk mengambil hadis daripada ulama itu.Ketika itu juga beliau naik ke atas kenderaannya,lalu balik meninggalkan ulama tersebut tanpa mahu mendengar satu hadis pun daripadanya.
"Mengapa engkau tidak mengabil hadis daripada ulama itu?"Tanya teman-temannya.
"Aku telah melihat guru itu sanggup menipu kudanya,bagaimana aku akan mengambil hadis daripadanya?,kata Imam Bukhari.
No comments:
Post a Comment