Suatu hari,seorang wanita bersamanya suaminya menemui Khalifah Umar bin al-Khattab.Dengan wajah seribu harapan,wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.
"Wahai Amirul Mukminin,aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini.Bebaskanlah aku daripadanya,"ucap wanita itu penuh mengharap.
Tetapi Umar tidak segera mnejawab permohonan itu.Beliau memandang ke arah suami wanita itu.Rambutnya kusut-masai,kukunya panjang,janggutnya tidak terurus,wajahnya pula pucat lesi dan cara pemakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.
Lalu Umar memberi isyarat kepada lelaki itu.Beliau memerintahkan lelaki itu mandi,memotong kuku,memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi.Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.
Tidak berapa lama kemudian,lelaki itu datang kembali.Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tanga isterinya yang langsung tidak mengenali suaminya.Wanita itu terkejut kerana 'lelaki asing' itu memegang tangannya lantas berkata:"Wahai hamba Allah,subhanallah!Apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?"
Melihat adegan tersebut,Umar tersenyum lantas menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.
Dengan tersipu-sipu,wanita itu berkata kepada khalifah bahawa ia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini.Akhirnya pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.
"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri.Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka,sebagaiman suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka,"kata Umar mengakhirinya.
No comments:
Post a Comment