Sunday, January 26, 2014

AKIBAT 'MAHU MAKAN' PEMBERIAN SYAITAN,KENA PULAU

Dua ulama besar Imam Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Muin telah menjalin persahabatan dalam masa yang lama dan selalu bermesyuarat dalam pelbagai hal.Tiba-tiba pada suatu hari,Yahya bin Muin berkata;"Aku tidak akan meminta-minta sesuatu kepada sesiapa pun.Tapi jika ada yang memberi sesuatu kepadaku walaupun oleh syaitan,nescaya aku akan memakannya.

Sebaik saja mendengar prkataan demikian,Imam Ahmad bin Hanbal bertindak tidak mahu bercakap atau menegur Yahya bin Muin,kerana menganggapnya kawannya itu telah mempermain-mainkan soal agama.Yahya merasa menyesal kerana tidak menyangka ucapannya yang sekadar bergurau itu mebut Imam Ahmad memulaunya,ia pun meminta maaf.

"Mohon maaflah.Aku sekadar bermain-main sahaja,bukannya betul-betul,"kata Yahya bin Muin.

"Engkau bermain-main dalam masalah agama?,kata Imam Ahmad.

"Sama sekali aku tidak bermaksud demikian,"kata Yahya.

"Apakah engkau tidak tahu bahawa makanan itu termasuk urusan agama?Allah telah mendahulukan masalah makan daripada amal soleh,tahu.Cuba kau tengok firman Allah berkenaan dengan itu,"kata Imam Ahmad sambil membaca firman Allah yang ertinya:

"Makanlah daripada benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh."
                                                                                     (Surah al-Mukminun:55)

No comments:

Post a Comment