Saturday, January 18, 2014

TERLEWAT...

"Kita lewat lagi hari ni!""Tak apa.Ustaz Mad akan tanya sahaja.Dia tidak pernah marah anak muridnya."


"Memanglah dia tak marah,tapi ustaz mudah terasa hati.Kau ingat tak dulu dia merajuk sebab kawan kita terlewat kerana terlupa ada kelas.Dia terus balik dan tiga minggu kuliah dia tak ada!"


"Tak apa.Jika ustaz tanya,biar aku yang jawab."


Utsman dan Ali bergegas menuju ke surau.


"Hah!Kamu berdua lewat lagi!Apa alasan kamu kali ini?"


Utsman mendapat satu akal.Lantas dia membaca firman Allah SWT;

"Sesiapa yang lambat,maka ia juga tidaklah berdosa."(Surah al-Baqarah :203)


Ali dan teman-teman yang lain kagum.Kena benar ayat itu dengan situasi.


Ustaz Mad terdiam.


"Betul.Tetapi cuba kamu sambung ayat itu sikit lagi,"ustaz Mad bersuara.


Utsman pula tergamam.Dia menyambung;

"Bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah SWT."(al-Baqarah 2,203)


"Ya,"kata ustaz Mad."Hanya orang yang bertaqwa sahaja.Jadi,kamu lewat ini ada kaitan dengan taqwa atau tidak?"


Ustman dan Ali tertunduk.


"Untuk makluman kamu juga,ayat ini tentang haji.Sudah!Pergi duduk.Kita sambung pengajian!"


Dan kuliah pada malam itu menjadi begitu rancak.


Ustaz Mad juga begitu ceria.


Pengajaran;
Seronok jika memahami al-Quran dan mengaitkannya dengan kehidupan.Namun jangan sekali-kali menjadikannya sebagai alasan di sebalik kesalahan.

No comments:

Post a Comment