Saturday, January 18, 2014

KEJUTKAN SOLAT

Diceritakan bahawa dahulu ada seorang soleh yang begitu menjaga solatnya.Beliau tidak pernah gagal berqimullail.Solat Subuh pula jika tidak dibelakang imam,mesti dalam saf yang pertama juga.


Manusia tetap manusia.Suatu hari beliau tertidur hingga terlepas solat Subuh berjemaah.


Sedih dan sesalnya bukan main.Lalu beliau menggantikan kekesalannya dengan bersedekah setiap hari dan berpuasa selang sehari selama sebulan.


Beberapa bulan kemudian,sekali lagi beliau tertidur sementara menanti Subuh.Tiba-tiba seseorang mengejutkannya.Bukan setakat terjaga malah ketakutan.Beliau berseorangan,bagaimana ada orang lain di dalam rumah?


"Siapa kamu?Apa yang kamu mahu.Saya tiada harta!"


"Aku ini syaitan!"


"Syaitan datang mengejutkan aku untuk solat?"


"Ini kerana dahulu engkau pernah terlepas solat Subuh,lalu engkau gantikan dengan sedekah dan puasa sebulan.Aku takut jika engkau terlelap kali ini,engkau akan bersedekah dan berpuasa setahun juga!"


Pengajaran;
Istiqamah bukti keimanan.Jika benar istiqamah kita dalam menuju Allah SWT,Dia pasti akan membantu saat keperluan.

No comments:

Post a Comment