Sejak khatam semasa darjah enam,saya mula membaca al-Quran sendiri-sendiri.Setiap tahun insyaAllah saya akan khatam sekali.Selama itu saya merasakan bacaan saya sudah betul dan semakin lancar.Bahkan saya ada alunan bacaan yang tersendiri.
Astaghfirullah,betapa silapnya saya!Kejahilan diri terbongkar apabila saya mula berguru semula setelah anak lima.Masya-ALLAH teruknya bacaan al-Quran saya selama ini!
Saudara bagaimana?Bagaimana saudara membaca ayat 11,Surah al-Hujurat.
"Dan janganlah kamu mendedahkan keaiban sesama kamu.Dan janganlah kamu memanggil-manggil dengan gelaran yang buruk.Amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman."
Saudara seperti saya jika membaca "biksa alismul" atau "biksal ismul".Ayat ini sepatutnya dibaca secara NAQAL.Sebutan yang betul,"biksalismul".
Hanya satu tempat ini sahaja dalam qiraat kita.Oh ya,kita membaca al-Quran dengan qiraat Hafs'an Asim.
No comments:
Post a Comment