Setiap kali mengenangkan isterinya,Imam Ahmad selalu berkata:"Semoga Allah SWT merahmati Umi Soleh.Selama 20 tahun hidup bersama,kami tidak pernah berbeza pendapat walau satu kalimat pun."
Ucapan ini menceritakan kesefahaman tinggi yang terjalin antara mereka berdua.Sebab Imam Ahmad terkenal sangat miskin.Keluarga beliau sering tiada sesuatu untuk dimakan.Namun Imam Ahmad tidak pernah meminta-minta,bahkan sering menolak hadiah apabila diberi.
Jika isteri beliau tidak pernah bercanggah pendapat dengannya,itu menunjukkan kesabaran yang luar biasa.Kebanyakan isteri-isteri akan merayu bahkan memaksa suami untuk menerima pemberian dalam situasi seperti ini.
Pada masa yang sama,sikap ini memperlihatkan kepercayaan isteri kepada keputusan suaminya.Beliau percaya suaminya hanya akan memberi makanan halal untuk dirinya dan anak-anak.
Kisah ini mengingatkan ana kepada kisah pesanan isteri solehah kepada suaminya:
"Takutlah kepada Allah SWT dan jagalah kami.Jangan berikan makanan haram kepada kami.Sebab kami boleh bersabar menahan lapar,namun kami tidak boleh bersabar menahan seksa neraka."
No comments:
Post a Comment