Sunday, January 26, 2014

TANDA PROTES KEPADA ALLAH SWT

Orang warak kadang-kadang sampai ke peringkat tidak mahu memperlihatkan ujian yang ditimpakan Allah SWT kepadanya.Ini kerana nikmat Allah SWT sudah pasti lebih banya dan lebih lama masanya dibandingkan dengan ujian Allah SWT.Inilah yang ditegur oleh Rabiatul Adawiyah kepada seorang lelaki yang sedang sakit kepala.

Diceritakan bahawa pada suatu hari Rabiatul Adawiyah berjumpa dengan seorang lelaki yang kepalanya berbalut.

"Wahai saudar!Kenapa kepalamu berbalut begitu rupa?"Tanya Rabiatul Adawiyah.

"Aku merasa sakit kepala,"jawab lelaki itu.

"Sejak bila kamu kepalamu merasa sakit?"tanya Rabiah.

"Sejak malam tadi,"jawab lelaki itu.

"Berapakah umurmu sekarang?",tanya Rabiah lagi.

"30 tahun,"jawab lelaki itu.

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun?"tanya Rabiah.

"Alhamdulillah sentiasa sihat,"jawabnya.

Rabiah mencela:

"Masya-Allah.Selama 30 tahun engkau menikmati hidup yang sihat,engkau tidak memakai pembalut kesyukuran pun.Tetapi baru malam tadi kepalamu merasa sakit,engkau telah memakai pembalut keluh kesah."

Rabiah mencela orang yang baru kena penyakit sedikit itu telah menunjukkan penyakitnya kepada orang lain dengan membalutnya.Seolah-olah telah menaikkan bendera tanda berduka.Tetapi ketika sihat,ia tidak menaikkan bendera sebagai tanda bersyukur.

No comments:

Post a Comment