Tuesday, November 26, 2013

SI GADIS RUPAWAN

Apabila si gadis di puji dengan kata-kata,"Awak ni cantiklah",maka menguntumlah sebuah senyuman indah bibirnya dan berbungalah jua hatinya.Tersipu-sipu malu dia.Ah!Siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?Begitulah resam manusia,seronok bila dipuji dan kecewa bila dikeji.

Wanita yang selalu cantik ditimpa perasaan 'perasan' kerana sedar dirinya punya banyak kelebihan.Kata orang lagi,wanita cantik banyak ragamnya.Seakan seluruh dunia mahu digenggamnya.Andai dia seorang gadis,diri sanggup jadi tukaran dengan wang yang beribu.Bahkan ada pula yang rela menjadi andartu.Hidup liar bak merpati,senang di dekat tetapi ditangkap lari.

Apabila dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikan,maka suamilah yang akan menjadi sasaran.Sanggu melutut dan kalah dengan belaian.Menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.Ke mana diarah disitulah langkahnya.Si isteri yang cantik rupawan,merajuk dan meragam andai kemahuan tidak tercapai.Mengugut,merajuk hendak balik kampung ataupun meminta cerai.


Dunia ini ialah perhiasan.Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.Jadilah seperti bunga mawar yang berduri.Dipandang cantik dihidu wangi,apabila disentuh terluka jari.Wanita,dirimu begitu berharga.Kamu dilihat pada akhlaknya,dinilai dari kesabarannya,diperhatikan melalui kesetiaannya,ditinjau dengan sifat keibuannya malah dibesarkan dengan solatnya.

Sesungguhnya nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya.Akal mengatakan wanita cantik atas kepandaiannya.Manakala hati mengakui kecantikan wanita atas dasar akhlaknya.Oleh itu sebagai wanita,peliharalah dirimu dari api neraka,kerana menurut Nabi SAW kamulah yang paling ramai didalamnya.Ingat pesan baginda SAW.Apabila cukup solat lima wakt,berpuasa di bulan ramadhan,memelihara kehormatan dan patuh dengan perintah suami,maka masuklah kamu dari mana-mana pintu di dalam Syurga.

No comments:

Post a Comment