Tuesday, November 26, 2013

BERCAKAP BENAR HAKIS PERANGAI BURUK

Pada suatu hari,datang seorang lelaki  berjumpa Nabi Muhammad SAW.Dengan muka dia berkata,"Wahai Nabi Allah,aku punnyai banyak perangai buruk.Yang mana aku patut ubah dulu?"Nabi SAW pun bersabda,"Jangan bohong dan berusahalah untuk bercakap benar."Lelaki itu pun berjanji dengan baginda SAW untuk bercakap benar.Lalu,dia pun pulang ke rumah.

Malam itu,lelaki itu merancang untuk keluar mencuri.Sebelum memulakan langkahnya,tiba-tiba dia teringat janjinya dengan Nabi SAW siang tadi."Jika esok Nabi SAW tanya apa aku buat malam tadi,aku nak cakap apa?Tak mungkin aku nak mengaku keluar mencuri?Tak boleh,aku tak boleh cakap begitu.Tapi aku tak boleh menipu.Jika aku berkata benar,mesti semua orang akan benci aku dan panggil aku pencuri.Aku pasti akan dihukum mati,"bisik hatinya.Lelaki itu pun membatalkan niatnya untuk mencuri.

Hari berikutnya,lelaki itu terasa mahu minum arak.Ketika dia memgang botol tersebut untuk iminum,tiba-tiba dia berkata pada dirinya,"Apa aku nak cakap jika Nabi SAW tanya apa aku lakukan hari ini?Aku tak boleh menipu.Tapi aku tak boleh menipu.Tapi jika cakap benar,mesti semua orang benci aku sebab Islam tak boleh minum arak,"desis hatinya.Lelaki itu pun membatalkan niatnya untuk minum arak.

Pendek kata,setiap kali ingin melakukan apa saja kejahatan,dia pasti teringatkan janjinya dengan Rasullullah SAW.Sepanjang masa hanya itu yang diulang.Secara tidak langsung,satu-persatu perangai buruknya berjaya ditepis.Akhirnya,lelaki itu berjaya menjadi seorang Muslim yang baik dengan personaliti yang menarik.

No comments:

Post a Comment