Saturday, November 23, 2013

PETANI DAN BATU HITAM

Di Bangladesh ada seorang petani yang sangat rajin bekerja.Setiap hari dia akan turun ke ladangnya untuk bercucuk tanam,membaja serta menyiram tanamannya.Tidak kira waktu panas atau hujan,dia tetap turun ke ladangnya.Bila tia musim memungut hasil,dia akan menjualnya di pasar berhampiran.

Suatu hari,dia merancang untuk melebarkan kawasan ladangnya kerana di sebelah ladang itu terdapat satu kawasan hutan kecil yang tidak berpenghuni.Lalu.si petani itu mula menebas semak-samun di tempat tersebut.Ketika sedang mencangkul,tiba-tiba cangkulnya terkena satu benda keras seperti batu yang berwarna hitam.Lalu diambilnya dan membaling ke tepi.

Sepanjang proses pembersihan kawasan itu,banyak sangat batu-batu hitam dijumpai.Sehingga menyukar kerja-kerjanya.Lalu,si petani itu mengumpulnya di tepi hingga mmbukit jadinya.Melihat batu hitam yang banyak itu,si petani terfikir untuk menggunakan batu tersebut sebagai senjata untuk membaling burung-burung yang memakan tanamannya apabila matang kelak.

Akhirnya,tibalah hari menuai.Maka banyaklah burung-burung perosak datang memakan hasil tanaman di ladang petani itu.Lalu,dikutipnya batu-batu hitam dan membalingnya ke arah burung-burung tersebut.

Ketika petani itu sedang asyik melepaskan geramnya kepada burung-burung perosak,lalulah seorang lelaki pejual batu-batu permata.Tiba-tiba,batu hitam itu terjatuh tepat ke kaki lelaki tersebut.Serta-merta lelaki itu mengambilnya sambil berlari-lari ke arah petani itu.Dengan rasa teruja,lelaki itu bertanya sekiranya petani itu ingin menjual batu-batu hitam itu kepadanya.

Encik nak jual batu ini kepada saya tak?Saya tawarkan $5000,tanya lelaki itu.Petani itu menggelang sambil mengerutkan dahinya kehairanan.

$50,000?Lelaki itu terus memujuk.Untuk apa kamu mahu membeli batu hitam ini?

Encik tahu tak batu ini adalah berlian asli,terangnya.Dengan rasa terkejut,petani itu menyambung,tapi batu ini hanya tinggal dua biji saja lagi.Yang lain,saya dah buang,katanya menyesal.

Sedarkah kita bahawa kehidupan di dunia sebenarnya amat bernilai.Namun,kita hanya membuangnya begitu sahaja.Hingga hari kiamat,barulah kita sedar betapa bernilainya kehidupan di dunia.Malangnya,saat itu sudah terlambat untuk menghargai masa itu.

No comments:

Post a Comment