Saturday, November 23, 2013

BATU DAN PASIR

Di sebuah padang pasir yang panas terik kelihatan dua orang sahabat sedang berjalan.Aisha dan Khadijah sedang rancak berbual itu dan ini.entah apa yang dibualkan oleh mereka tidak diketahui.Apabila matahari kian memancarkan sinarnya,tekak mereka mula berasa kering,haus dan letih.Namun,dibiarkan saja sehingga berjumpa kawasan berair.

Mungkin kerana terlalu penat,perbualan mereka mula menyakitkan hati masing-masing.Tiba-tiba,Aisya menampar Khadijah kerana terlalu geram dan marah.Langkah positif,Khadijah hanya mendiamkan diri dan berjalan beriringin tanpa berkata sepatah pun.Tanpa disedari Aisya,Khadijah duduk dan menulis sesuatu di atas pasir "Hari ini kawan saya menampar saya."

Kemudian mereka meneruskan pejalanan sehingga melalui kawasan oasis.Di situ mereka mengambil keputusan untuk berehat seketika sambil minum dan menyejukkan badan.Khadijah lalu terjun ke Oasis untuk mandi,namun tidak pula Aisya yang lebih senang berehat sambil memerhatikan alam.Tiba-tiba Khadijah menjerit-jerit.Tubuhnya kejang dan tidak boleh boleh digerakkan.Dia lemas.

Serta-merta Aisha berlari ke arah sahabatnya lalu berenang menarik tubuh Khadijah dan diheretnya ke tebing.Dengan kudrat yang ada,Khadijah menulis sesuatu di atas batu berhampiran,"Hari ini ,kawan saya selamatkan hidup saya."Aisha yang menampar dan menyelamatkan Khadijah lalu bertanya,"Kenapa selepas aku menampar kau,kau tulis pada pasir?Dan kenapa bila aku selamatkan kau,kau tulis pada batu?"

Khadijah tersenyum dan menjawab,"Apabila kita disakiti,tulislah diatas pasir agar angin kemaafan boleh menghapuskannya.Tapi bila seseorang melakukan kebaikan kepada kita,tulislah di atas batu agar ia kekal selamanya."

No comments:

Post a Comment