Saturday, November 23, 2013

MUDAHKAN,JANGAN SUKARKAN....

Seorang Badwi telah datang kepada Rasulullah SAW kerana hendak memeluk Islam.Rasulullah SAW bertanya kepadanya tentang Allah SWT.Lalu Badwi itu menunjukkan tangannya ke langit seolah-olah dia ingin menyatakan kepada Nabi SAW bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan.Pada wajahnya terbayang sifat ketulusan hati yang menyenangkan.


"Dan aku ini siapa?"Tanya Rasulullah SAW lagi.


"Tuan adalah Muhammad,pesuruh Allah SWT,"ujarnya.


Setelah mendapat jawapan yang sederhana itu,Nabi SAW lantas tersenyum lalu mengajak Badwi itu duduk dekat dengan baginda.Dengan itu rasmilah Badwi itu sebagai pemeluk Islam.


Demikianlah Nabi SAW telah menunjukkan contoh terbaik bagaimana menuntun manusia kepada Islam mengikut taraf akal seseorang.Yang lebih penting adalah melahirkan pembelaan dan kasih sayang kepada mereka supaya hati mereka tetap teguh dalam Islam.

No comments:

Post a Comment