Saturday, November 23, 2013

HATINYA MELIHAT YANG TERSIRAT

Pada suatu hari,Sayidina al-Hasan r.a. cucu Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dengan memakai pakaian cantik dan serba baru.Dalam perjalanan,beliau terserempak dengan seorang meminta sedekah Yahudi.Pakaiannya kasar dan diperbuat daripada kulit lusuh dan bertampal-tampal.

Dia membawa sebuah bekas air daripada kulit yang sudah usang.Keadaan dirinya tidak terurus dan langkahnya tidak teratur.

Apabila melihat al-Hasan yang begitu gagah dan kemas,dia terpegun.Kemudian dengan lantang dia menyuruh Saiyidina al-Hasan berhenti lalu berkata;

"Wahai cucu Rasulullah SAW,saya ingin mengajukan satu pertanyaan kepada anda."

"Apa itu?"tnya al-Hasan.

"Datukmu pernah berkata bahawa dunia ini penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir.Engkau seorang mukmin dan aku seorang kafir.Tetapi aku tidak melihat dunia ini melainkan syurga bagimu dan engkau bersenang-lenang dengannya.Dan aku tidak melihat dunia ini melainkan penjara bagiku,"kata Yahudi itu.

Saiyidina al-Hasan tersenyum,kemudian berkata:"Wahai saudara,seandainya engkau tahu apa yang Allah SWT janjikan kepadaku di akhirat kelak(yakni nikmat Syurga),maka engkau akan dapati keadaan aku sekarang ini seperti dalam penjara.Dan sekiranya engkau dapat melihat apa yang Allah SWT janjikan kepada engau di akhirat(yakni seksa yang pedih),maka engkau akan merasakan bahawa engkau sekarang ini berada di dalam syurga yang sangat luas."

No comments:

Post a Comment