Friday, November 22, 2013

IBUKU WANITA SYURGA

Suatu hari ana membawa ibu ke kedai untuk membeli ikan....tiba-tiba ikan yang nak di beli tiada.....ana terus mengajak ibu untuk pergi ke kedai yang tak berapa jauh dari kedai itu....sambil tersenyum ibu berkata,'tak apalah,kita balik dulu sebab mak minta dengan abah nak pergi kedai ni saja.'






Suatu hari ana memandu untuk pulang ke kampung bersama keluarga....ayah tiada bersama kerana ada urusan di Brunei....dalam perjalanan tersebut,adik ana meminta ana berhenti sekejap di KB MALL untuk beli barang....ibu tak benarkan...katanya,'kita terus bali kampung,sebab mak tak minta izin dengan abah untuk berhenti.'



Setiap hari,ayah akan memberikan wang belanja harian untuk membeli barang dapur....Suatu hari ibuku masuk ke bilikku dan terus menghampiriku serta berbisik....'ada duit lebih tak,mak nak pinjam dulu,sebab duit yang abah bagi dah habis di gunakan...mak nak beli santan....'Terus ana menghulurkan kepada ibu jumlah yang di minta....waktu makan selepas itu,ana dengar ayah tanya ibu...'Cukup  ke duit belanja dapur....'sambil tersenyum ibuku terus menjawab 'cukup'.Keadaan ini sering berlaku...dan belum penah ana lihat ibu minta apa-apa dari ayah,apa yang diberi....itulah saja yang digunakan...




Seringkali ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh....ana menjenguk ke luar bilik....kelihatan dalam samar-samar cahaya,dua insan berada di ruang tamu rumah sedang menunaikan solat tahajjud....dialah ibu dan ayah ana.




Seringkali ana melihat ibu tertidur dala pakaian 'seragam' solat...kerana dia yang ana perhatikan tak pernah meninggalkan solat dhuha,baca Quran dan zikir.....



Seringkali ana bermimpi ibuku hadir kepadaku dengan wajah berseri-seri dan menceritakan kepadaku bahawa...'Jika seorang zauj redha kepadanya,nescaya redha Allah jua mengiringinya,insyaALLAH.'



Di mana saja ada ayah,di situlah ibu akan ada bersama....sehingga ke hari ini....tiada satu pun kalimah yang lebih sesuai untuk ana lafazkan melainkan...'Ibuku Wanita Syurga.'



Ana coretkan  sedikit kisah ini untuk renungan bersama,kerana kita semua di antara kita tentunya semakin menghampiri gelaran 'zauj' atau 'zaujah'.....



Oleh yang demikian....



Berusahalah menjadi.....




Al-Fatihah buat allahyarham ibuku,
Rosnani binti Maryam....
Yang telah kembali ke rahmatullah pada,
5 Ramadhan 1432 H bersamaan 5 Ogos 2011
pada hari Jumaat,jam 2:40 pm.

No comments:

Post a Comment