Saturday, November 23, 2013

MAHIR MEMBUAT KEPUTUSAN

Dua orang lelaki yang berselisih faham telah datang menghadap Rasulullah.Salah seorang daripadanya berkata:"Ya Rasulullah,saya pemilik keldai dan orang ini pemilik lembu.Lembunya telah membunuh keldaiku."


Seorang sahabat mencelah, ''Tidak ada ganti rugi atas binatang ternakan."


Baginda lalu memanggil Saiyidina Ali dan berkata:"Adililah antara kedua ini wahai Ali."


Saiyidina Ali pun bertanya:"Adakah kedua-dua binatang itu terikat atau bebas,atau salah seekor terikat dan yang seekor lagi bebas?"


Mereka menjawab:"Keldai itu terikat,sedang lembu itu bebas dan pemiliknya ada bersamanya."


Saiyidina Ali pun memutuskan pengadilan:"Jika begitu tuan punya lembu hendaklah menggantikan kerugian kepada pemilik keldai."


Kerana kebijaksanaannya,Rasulullah SAW bersabda,"yang paling mahir memutuskan sesuatu perkara dari kalangan kamu adalah Ali."

No comments:

Post a Comment