Tuesday, November 26, 2013

KATA-KATA MENGGAMBARKAN PERIBADI

Mahmud adalah seorang lelaki yang sangat soleh,pun begitu dia bukanlah seorang yang tampan,jauh skali memiliki wajah yang menarik.Oleh sebab itu dia sering menjadi bahan ketawa penduduk kampungnya.

Suatu hari,Mahmud keluar berjalan-jalan seorang diri.Apabila tiba di sebatang jalan,tiba-tiba datang seorang perempuan melewatinya sambil memaki hamun Mahmud dan berkata sesuatu dengan kata-kata yang keji.

Wanita itu terus memaki hamunnya dengan perkataan yang kurang sopan.Namun,Mahmud tetap membisu dan hanya mendengar.Akhirnya,selepas penat mengeji,wanita itupun diam sambil memandangnya penuh kebencian.Namun,dia hanya tersenyum dan berkata,"Terima kasih."Lalu meneruskan perjalanannya.

Kenapa Mahmud berkelakuan begitu?Sedangkan dia mampu melawan wanita tersebut.Jawapannya,kerana dia tahu apa saja yang diluahkan wanita itu sebanarnya haya menggambarkan siapa diri wanita itu sendiri.

Jika kita sering bercakap menggunakan bahasa-bahasa kesat atau kurang sopan,sebenarnya kita memberitahu orang lain sejauh mana jarak kita dengan Allah.Awas!Kata-kata menggambrkan peribadi.

No comments:

Post a Comment