Tuesday, November 26, 2013

YANG BAIK JADIKAN PEDOMAN

Pemuda ini tidak begitu sempurna fizikalnya.Beliau juga dari golongan berada.

Namun yang membanggakan,beliau memiliki semangat dan keazaman tinggi untuk memajukan diri supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain.

Beliau berazam menghadiri satu seminar diluar yang padanya sangat bermakna dalam usaha mencapai cita-cita dalam hidupnya.

Halangan utama tidak lain dan tidak bukan adalah soal kewangan.Namun,halangan itu tidak sebesar mana yang boleh menggugat semangat dan iltizamnya.

Beliau bekerja keras dan berhasil mengumpul sejumlah wang diperlukan bagi membiayai yuran seminar.

Bersama seorang kawan baik,beliau berlepas ke sana dan mendaftarkan diri sebagai peserta program seminar itu bersamaa puluhan atau mungkin ratusan peserta dari pelbagai pelosok dunia yang pastinya bukan calang-calang orang.

Apabila meyertai seminar berprofil tinggi,tentu standard untuk peserta melepasi kelayakan bagi menerima sijilnya juga tinggi.Namun beliau dan rakannya tadi berusaha keras melakukan setiap tugasan dengan baik.

Menjelang akhir program,beliau dan rakannya tadi disenraikan sebagai antara peserta terbaik seminar itu dan layak menerima sijil.Gembiranya dia bukan kepalang.

Sudahlah berapa bulan atau tahun mengikat perut demi mengumpulkkan wang untuk menampung seminar,penat dan lelahnya juga berbayar.

Peserta yang layak meneriama sijil itu akan diraikan pada malam berikutnya.Ketika tiba malam itu,namanya serta rakannya dipanggil untuk naik ke pentas.

Simbolik upacara itu adalah setiap peserta akan beratur di pentas dan diberi segelas wain mahal tanda kejayaan.

Pemuda tadi beratur di depan rakannya.Apabila sampai gilirannya,pemuda itu menjadi serba salah,tetapi tanpa berfikir panjng,apabila disuakan gelas mengandungi wain,beliau menolaknya secara baik.

Hadirin yang menonton upacara itu terkesima dengan tindakan spontan pemuda berkenaan.Penganjur bertanya mengapa beliau enggan meneguk wain mahal itu.

Jawab si pemuda:"Minta maaf,agama saya tidak membenarkan saya  mengambil minuman ini."

Wakil penganjur tadi mula berang.Di depan orang ramai,dia menjawab:"Ini adalah syarat untuk menerima sijil daripada seminar ini.Anda hanya mempunyai dua pilihan,sama ada anda minum atau anda tidak layak menerima sijil ini."

Perasaannya berbelah bagi.Bayangkan,setelah beberapa lama menanti saat ini,lain pula jadi akhirnya.

Namun beliau tidak mengambil masa panjang dan dijawabnya dengan lembut:"Tidak mengapa jika saya hilang kelayakan untuk menerima apa yang saya idamkan selama ini,tetapi saya tidak rela hilang agama yang saya cintai."

Jawapan itu mngundang rasa hormat dan kagum penonton yang kemudian menepuk tangan sebagai tanda penghormatan mereka atas ketegasan prinsipnya.

Bayangkan jika kita di tempatnya pada saat itu.Ketika wang  habis dibelanjakan berpuluh ibu ringgit,ketika kita hanya selangkah untuk mengecapi apa yang sudah lama kita impikan.Adakah kita akan secekal pemuda berprinsip ini?

Atau kita akan tewas dengan seteguk minuman haram,kerana tidak mampu berpegang dengan prinsip yang mungkin kita letakkan di tempat kedua.Renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment