Di India,terdapat sebuah kawasan penempatan yang dibina khusus seperti kawasan perkampungan kecil untuk menempatkan pesakit-pesakit kusta,orang-orang miskin dan mereka yang mempunyai kekurangan atau kecacatan fizikal.Di situ disediakan pelbagai kemudahan untuk mereka termasuk ubat-ubatan dan makanan.
Suatu hari,datang seorang pelancong melawat tempat tersebut sambil menikmati keindahan negara India.Ketika sedang memotret kenangan sambil diberikan sedikit penerangan berkenaan tersebut,dia dikejutkan dengan paluan gong.Kata pemandu pelancongnya,bunyi tersebut dibuat sebagai tanda tibanya waktu untuk menjamu selera.
Setiap kali tiba waktu makan,pihak pengurusan akan mengetuk atau memalu gong besar yang terdapat di ruang tengah dewan makan supaya mudah didengari oleh penduduk disini.Bila saja terdengar bunyi paluan itu,semua penghuni akan datang dan makan makanan yang disediakan,terang pemandu pelancong.
Tiba-tiba semua orang mula ketawa sambil mata terarah ke luar dewan maka memerhatikan gelagat dua lelaki muda.Seorang berlagak seperti seekor kuda manakala seorang lagi duduk diatas belakangnya.
Masing-masing tidak langsung mempamerkan rasa janggal atau malu dengan aksi tersebut.Sebaliknya meneruskan langkahnya sehingga sampai ke ruang makan.
Pelancong tersebut tertanya-tanya mengapa mereka sanggup bekelakuan begitu kerana ia agak memalukan.Lalu,pamandu pelancong memberitahu bahawa lelaki yang berlagak seperti kuda itu buta.Manakala,penunggangnya pula cacat kakinya dan tidak boleh bergerak sendiri.Maka,si buta itu menggunakan penunggangnya sebagai mata,manakala yang cacat itu menggunakan si buta sebagai kakinya.
Begitulah kehidupan kita.Tanpa kita sedar sebenarnya kita memerlukan antara satu sama lain untuk hidup.Kerana itu Allah SWT menjadikan manusia mempunyai kelebihan yang berbeza-beza agar hidup kita saling bantu-membantu di bumi-Nya.Gunakan kekuatan masing-masing untuk menutup kelemahan masing-masing.
No comments:
Post a Comment