Saturday, November 23, 2013

8 PETUA BATALKAN AZAB

Azab vs nikmat.Yang mana satu pilihan fitrah?Jawapan spontan semua orang pastinya inginkan nikmat.Namun kita  sebagai manusia biasa tidak dapat lari daripada melakukan dosa dan kejahatan.Nauzubillah!Adakah ini bermakna kita sedang menjemput azab di akhirat kelak?Jika kita terlanjur melakukan kejahatan,maka akibat buruk dosa tersebut boleh dibatalkan dengan  lapan petua berikut:




  1. Taubat ekspres.Maksudnya apabila sedar kesilapan,segerakan bertaubat.Jangan bertangguh sekejap lagi atau esok,lusa dan sebagainya.Taubat yang terbaik semestinya taubat yang dilakukan sejurus setelah berbuat dosa dan kesilapan.Juga konsisten bertauat,setiap kali selepas solat misalnya,tidak kira ada melakukan dosa atau tidak.
  2. Istighfar dalam apa jua lafaz sekalipun.Hadirkan juga dalam hati,jangan pula hati dan anggota alpa sewaktu lidah beristighfar.Istighfar yang cantik semestinya istighfar yang datang daripada anggota badan yang serik melakukan maksiat lagi.
  3. Lakukan kebaikan.Jika sudah terlanjur melakukan kejahatan,berihkan kembali dengan melakukan kebaikan.Maksudnya,jika sudah terlanjur mencuri,cuba pula memberi sedekah.Mudah bukan?Hukama ada berpesan:"Jangan meninggalkan lokasi maksiat melainkan sebelum kamu lakukan kebaikan."Harus difahami,kenyataan ini tidak bermaksud tidak perlu keluar daripada daerah kejahatan selagi sebelum melakukan kebaikan.Ia tidak menafikan anjuran berhijrah.
  4. Mendoakan muslim lain.Abu al-Darda meriwayatkan sabda Rasulullah SAW ini,mafhumnya:"Tidakkah sesseorang Muslim berdoa untuk saudaranya tanpa diketahui oleh saudaranya itu melainkan malaikat akan berkata:"Engkau juga akan beroleh yang sama dengannya."(Riwayat Muslim)
  5. Memberi hidayah kepada orang lain.Apa istimewanya umat nabi Muhammad?Kita istimewa kerana ada tugas menyampaikan dakwah kepada manusia di sekeliling kita.Ibarat sebuah kapal,adakah kita rela dan reda andai ada yang rakus mengorek lubang pada lantai kapal?Jika karam,semua orang turut tenggelam.Usaha dakwah ini akan dinilai pahala.Ganjaran pahala itu mana tahu,mungkin dari segi volumnya melebihi dosa yang pernah kita lakukan.
  6. Merebut syafaat Nabi SAW.Cipta hubungan cinta yang erat dengan Rasullullah SAW,moga kelak kita mampu memperoleh syafaat Baginda.Cinta ini perlu dizahirkan,bukan sekadar rasa yang dipendam dalam hati.Jika cinta pada Rasullullah SAW,ungkaplah.Bagaimana?Perbanyakkan selawat.Jika cinta pada Rasullullah,buktikan.Bagaimana?Dengan mengikut sunnah Baginda.Itulah testimoni cinta kepada Rasullullah SAW.
  7. Gembiralah apabila ditimpa ujian dan musibah.Itu tanda Allah sayang akan kita dan ingin kafarah dosa kita.Pujuk hati:"Aku layak diuji.Aku hanya hamba-Mu ya Allah."Mengapa?Ini kerana kita tahu bahawa dosa kita akan gugur secara automatik.
  8. Ibadah yang menghapuskan dosa.Tanpa sedar,ada banyak perbuatan yang dikategorikan sebagai ibadah boleh menhapuskan dosa,sekaligus boleh membatalkan azab di akhirat kelak.Bayangkan.Semasa berwuduk,air sisa wuduk yang menitis itu akan turut menggugurkan dosa-dosa kecil.Semasa tawaf,dosa gugur tanpa kita sedar.

No comments:

Post a Comment