Tuesday, September 24, 2013

WASIAT 'PEDIH' UNTUK ISTERI TERSAYANG

Amran,43,seorang usahawan berjaya dan digelar jutawan berdasarkan hartanah dan rangkaian perniagaannya.Dia berkahwin dengan Amirah,40,kira-kira 15 tahun tahun lalu dan dikurniakan tiga orang cahaya mata,semuanya lelaki yang masih bersekolah.Namun takdir Allah SWT tiada siapa dapat menolaknya.Amirah meninggal dunia akibat barah serviks.


Dalam keadaan murung dan sedih kerana kehilangan isteri tercinta,Amran terus membangunkan perniagaannya hingga memiliki beberapa bidang tanah di Lembah Klang dan beberapa premis perniagaan di luar negara.Dia juga seorang pemurah dan kerap menderma kepada anak yatim,madrasah dan surau.Apa pun hidupnya terus diulit kesepian walaupun ramai wanita muda dan jelita cuba mendekatinya dan menawarkan diri untuk menjadi isteri baru.


Sekali lagi takdir tidak dapat dielakkan.Akhirnya dia berkahwin juga ketika berusia 46 tahun.Gadis pilihannya,Yanti,berumur 22 tahun lebih muda yang cukup manja dan jelita.Pada awal perkahwinan,Amran cukup sayang dan cinta.Apapun susah dan senang,bahagia atau merana,tiada siapa yang tahu.Orang tuanya di kampung dan adik-beradiknya,termasuk dua yang tinggal di Kuala Lumpur juga tidak bersikap menjaga tepi kain orang.

Tiga tahun selepas berkahwin,tanpa dikurniakan anak,Amran pula meninggal dunia kerana pelbagai penyakit kronik setelah sebulan terlantar di hospital.

Dipendekkan cerita,semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu banglonya di Gombak,sementara menunggu untuk dimandikan,kapan,sembahyang dan dikebumikan oleh saudara-mara dan jiran tetangga,isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazah suaminya sambil merungut-rungut.

Kakak Yanti turut berasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,lantas beliau melarangg adiknya berbuat demikian sambil bertanyakan sebabnya.Saya yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham.Antara jawapannya ialah,suaminya tidak sempat membuat surat wasiat(yang sebenarnya memang ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat bersama adik-adiknya kepada beliau.Itulah yang menyebabkan Yanti menangis dan kecewa kerana harapannya untuk mengaut harta Allahyarham suaminya tidak kesampaian.

Lima hari selepas dikebumikan,peguam Allahyarham memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah.Antara kandungan wasiat Allayarham ialah satu pertiga saham perniagaannnya diserahkan kepada adik-adiknya yang juga ahli perniagaan,satu pertiga lagi diserahkan kepada anak-anaknya dan bakinya kepada ibubapanya sebagai pemegang amanah.

Tanah seluas lima hektar di Bangi,Selangor dibahagikan sama rata kepada anak-anaknya,begitu juga dengan premis perniagaannya.Disebabkan belum cukup usia,Amanah Raya dijadikan pemegang amanah sebelum diuruskan mengikut hukum syarak.Banglonya diserahkan kepada kakaknya yang banyak menjaga anak-anaknya,manakala sebahagian wang tunai disalurkan kepada pembantu rumah kerana membalas jasanya.

Harta-hartanya yang lain iaitu tiga buah kereta mewah diberikan kepada tiga adik lelakinya dan manakala baki tanha 10 hektar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakak Allahyarham.

Setelah selesai surat wasiat dibaca,Yanti melenting kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya,kecuali sebuah kereta Honda Civic dan rumah pangsa dua bilik di Hulu Klang yang tidak di masukkan dalamwasiat tersebut.Belum sempat isterinya terus membantah,peguam Allahyarham membacakan satu lagi surat wasiat mengenai isterinya,Yanti.Antara kandungan wasiatnya ialah;


"Aku,Amran tidak akan berikan apa-apa kepada isteriku(Yanti) kecuali pengampunan daripada seorang suami.Terlalu banyak dosanya kepadaku.Jiwaku tertekan dan merana sejak tiga tahun berkahwin dengannya.Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun aku suarakn.Tiada belas kasihan Yanti terhadap aku,baik semasa aku sihat apa lagi sewaktu aku sakit.

Selama aku terlantar di hospital,hanya sekali dia menjengukku.Herdik,tengking dan sindiran terhadapku dan anak-anak adalah lumrah.Keluar rumah tidak pernah meminta izin.Makan minumku dan anak-anak adalah tanggungjawab orang gaji.Bukan saja makan minumku,malah pakaianku juga tidak pernah diuruskan dan yang paling menyedihkan,Yanti tidak mahu mendengar pandangan dan nasiahtku untuk kesejahteraan rumhatangga.Dia suka berfoya-foya bersama rakan sebayanya.Solatnya juga tidak menetu.Ajak ke tanah suci juga tidak mahu.Layanan di kamar tidur juga hanya apabila aku minta.Itupun antara sudi dan tidak.

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku,terutama kakakku yang sulung.Hidupku memang tidak bahagia dengan Yanti.Pengampunan adalah hadiah yang terbaik untuk isteriku.Semoga dia segera bertaubat."Demikianlah antara isi kandungan wasiat itu.

Saya teringat sepotong hadis Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada wanita.Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:"Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?:Baginda menjawab:"Tidak,mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah untuk menyakiti suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.


Wahai kaum Hawa,marilah kita sama-sama ambil iktibar.Semoga dengan apa yang terjadi diatas akan mewujudkan kesedaran dalam diri selain suatu pengajaran dan teladan yang berguna kepada setiap wanita yang bergelar isteri dan kepada kita semua umat Islam.

No comments:

Post a Comment