Tuesday, September 24, 2013

MARWA SHERBINI Terkorban Demi Maruah


Nama Marwa Sherbini,tidaklah sehebat Masyitah-si tukang sisir helaian puteri Firaun.Masyitah wanita pertama yang dijanjikan Syurga,adalah wanita mulia lantaran sanggup berkorban nyawa diri dan seisi keluarganya demi tidak menyekutui Allah SWT.

Namun Marwa Sherbini juga punya kisah mirip secebis daripada kisah Masyitah.Riwayatnya tamat di tangan seorang kafir kerana mempertahankan tudung yang di pakainya.

Marwa,32,seorang ahli farmasi di bunuh kejam dengan 18 tikaman oleh Alexander W,28, atau lebih dikenali sebagai Alex iaitu jirannya sendiri di mahkamah wilayah Dresden,Jerman.


Berasal dari Mesir,Marwa berkelana ke Jerman sejak 2003 mengikut suaminya Elwi Ali Okaz seorang siswazah yang menerima biasiswa untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejuteraan Genetik di Universiti Menufiya.



Kisahnya bermula apabila Marwa yang serimg diganggu jirannya itu menfailkan saman melalui mahkamah akibat tidak tahan dengan tohmahan Alex yang memakinya 'pengganas' dan 'pelacur' di depan khalayak.Alex juga pernah bertindak melulu ke arah Marwa secara tiba-tiba untuk merentap tudung yang dipakainya.

Alex,pemuda berketurunan Rusia dengan fahaman Neo-Nazi itu akhirnya didenda 780 Euro kerana kesalahan menghina Marwa.Namun atas alasan menganggur,Alex mengemukakan rayuan yang menyebabkan mereka terpaksa bersemuka semula di mahkamah.



Malangnya apabila perbicaraan dimulakan,Alex bertindak menerpa Marwa ketika wanita tersebut baru membuka mulut untuk memberikan keterangan.Sebilah pisau yang digenggam erat oleh Alex dihayunkan sebanyak 18 kali ke tubuh Marwa.

Lebih menyayat hati,Marwa hamil 3 bulan  semasa perbicaraan tersebut dan tragedi berlaku awal Julai lalu di hadapan anak lelakinya,Mustafa yang baru berusia tiga tahun.



Suami Marwa pula,yang bertindak menahan Alex telah ditembak beberapa das oleh pihak keselamatan yang berada dalam perbicaraan tersebut dengan alasan melakukan serangan.Akibatnya,Elwi mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital.Niat murninya untuk melindungi isteri menyebabkan dia terlantar koma selama tiga hari.

Sesedarnya Elwi dari koma,baharulah di amengetahui isterinya meninggal serta-merta didalam mahkamah akibat tikaman yang bertubi-tubi.Jenazah Marwa kemudian dihantar ke kampung halamannya di Iskandariah untuk di kebumikan.


Sungguh menakjubkan,selaut manusia menyambut dan sanggup mengusung jenazah mulia ini ke tanah perkuburan.Di internet dan media cetak sibuk membicarakan tentang Marwa Sherbini dengan julukan Srikandi Hijab.


Layakkah Marwa digelar Srikandi Islam alaf baru.Usaha mempertahankan tudung yang dipakainya bukan sekadar menggayakan fesyen warna-warni yang menutupi kepala,namun lambang maruah diri,akidah dan agama.

Semoga iman kita seperti beliau,insyaALLAH,Al-Fatihah.....

No comments:

Post a Comment