Thursday, October 3, 2013

KUASA DOA

Masa Mustajab Doa
Menurut Ibn Atha',doa mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk di terima Allah SWT.Rukun yang utama ialah hadir hati dan memohon dengan penuh tawaduk.Sayap-sayap doa itu ialah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan waktu.Antara masa mustajab berdoa ialah pada waktu tengah malam,antara azan dan iqamat,ketika sujud,malam al-Qadr,sepanjang Jumaat,ketika musafir,ketika khatam 30 juzuk al-Quran,ketika sahur,ketika berpuasa,ketika hujan turun,waktu menerima ujian,selepas saat kematian seseorang dan lain-lain.


Tempat Mustajab Doa
Imam al-Hasan al-Basri seorang tabiin yang mahsyur menyebut dalam risalah kecil yan ditulis penduduk Mekah.Sesungguhnya di Mekah terdapat 15 tempat mustajab berdoa iaitu apabila berada hampir dengan kaabah,semasa tawaf,solat atau zikir di Multazam,dibawah pancuran emas,di dalam Kaabah,disisi telaga zam-zam,berhampiran maqam Ibrahim,di atas bukit Safa,di atas bukit Marwah,di kawasan Sa'i(Mas'a),di Arafah,di Muzdalifah,di Mina,di tiga tempat melontar,majlis ilmu,di dalam masjid,musolla dan tempat-tempat perhimpunan umat Islam.


(Rujuk:Buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih)



No comments:

Post a Comment