Sunday, February 17, 2013

DOAKANKU MENGAPAI REDHA ALLAH DARIMU




"Anakku,ada orang nak datang merisikmu?Sudikah duhai anakku kau menerima risikan dan lamarannya,"luah ayah di gagang telefon suatu petang.


"Siapakah pemuda itu ayahku?Dari mana ayah mengenali pemuda itu,"kataku?


"Semalam ayah dengan adik-adik pergi rumah Mak Lang,Mak Lang yang suruh tanya,"kata ayahku.


................................................



Bermain-main kata ayah tentang risikan petang tadi.Selesai sahaja solat Isyak dan witir,aku terus tertidur.



Jam loceng berbunyi mengejutkan aku untuk menyahut seruan Ilahi untuk bangun beribadat kepadaNya.Selesai sahaja mengerjakan solat-solat sunat,aku terus mengambil al-Quran untuk dibaca.


.................................................


Semenjak khabar risikan sampai kepada ayahku,ayah selalu bertanya jawapannya.Aku kelu setiap kali di minta bagi jawapan dan setiap kali di minta jawapan,aku pasti menangis selepas panggilan ayah dimatikan.



Aku kuatkan diri dan mencari jawapan melalui solat istikharah dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat.


AYAH YANG KU CINTAI SELAMANYA


Seorang ketua pemimpin pasti ingin yang terbaik buat orang yang dipimpinnya,seorang raja pasti ingin yang terbaik buat rakyatnya,begitu jua dengan ketua keluarga.


Ayahku,aku pasti kau juga ingin yang terbaik buatku dan anak-anakmu yang lain.



Ayahku,


Aku tidak sebijak Angkasawan Negara untuk dapat teman sebijak  Doktor Helina,aku tidak setabah Irma untuk dapat teman setabah Reza,aku tidak sesolehah Fatimah untuk dapat teman hidup sesoleh Farhan tapi akan aku berusaha menjadi sesolehah Fatimah,wanita Syuga dunia dan akhirat buat  bakal imamku.



SETIA MENANTI JAWAPAN


Aku terus memandu untuk pulang bertemu keluarga di Kelantan sempena cuti sekolah.Tak sabar rasanya bertemu dengan wajah-wajah yang sentiasa aku rindui.


.................................................


"Anakku,mari minum air tea sambil berbual-bual,"kata ayahku selepas siap membasuh pinggan di dapur.



Ayah bertanya hal-hal di sekolah dan bagaimana dengan tugasanku di sekolah.Banyak juga cerita yang kami bualkan.



"Anakku,bila kamu mahu kahwin?Anakku anak dara elok kahwin awal-awal,Nabi SAW pun pesan begitu.Anakku,banyak cabang untuk kutip pahala,salah satu dengan mengikut sunnah Nabi,iaitu bernikah,"kata ayahku memecah kesunyian malam.



Ayahku bertanya lagi,"Bagaimana dengan lamaran pemuda yang ingin merisikmu tempoh hari anakku?Adakah kau menerima lamarannya atau menolaknya anakku."



Perlahan-lahan airmataku jatuh di pipi.Ayahku segera menyapu airmataku dan bertanya kenapa aku menangis.



IMPIAN BUATMU,AYAH IBUKU


Ayah,


Sejujurnya aku masih menunggu pemuda yang menyuntingku suatu ketika suatu dulu.Ayahku,ketahuilah selepas aku dikecewakan,hatiku masih tawar untuk memikirkah hal kahwin dengan pemuda lain.





Ayahku,


Tiada apa yang aku dambakan sekarang melainkan membahagiakan dirimu ayah.Ayah,aku menyimpan impian untuk membawa ayah mengerjakan haji dan mengupah haji untuk mak dengan hasil peluhku sendiri.




Ayah,izinkan anakmu mengapai impian sebelum bernikah untuk membahagiakan dirimu.Dan izinkan aku untuk terus menghadiahkan pahala untuk mak di alam sana.





REDHA ALLAH SWT TERLETAK PADAMU



"Aku ingin menjadi anak solehah,kebanggaan di langit dan kebanggaan di bumi,"bisikku pada ayah.Airmata mengalir saat kami saling berpelukan,moga aku mampu membahagiakan ibubapaku.

No comments:

Post a Comment