Sunday, February 17, 2013

BERTUNANG JANGAN LAMA

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita di akhbar tentang kehilangan seorang bakal pengantin perempuan ketika membeli barang membeli barang pekahwinan.Selang beberapa hari kemudian,gadis tersebut ditemui.Rupa-rupanya dia lari dari rumah kerana tertekan dan enggan berkawin.


Dalam tempoh kehilangan itu,ibubapa gadis tersebut dikatakan menunding jari pada pihak lelaki.



Selepas beberapa hari,seorang lagi bakal pengantin perempuan hilang sebelum ke tempat kerjanya.Persiapan  perkahwinan sudah dibuat dan ini menimbulkan perasaan sedih dalam keluarganya.



LAMANYA TEMPOH BERTUNANG


Salah satu sebab yang mungkin disebabkan berlakunya kejadian ini mungkin disebabkan oleh faktor lamanya  tempoh alam bertunang.Apabila cincin disarungkan,ada ibubapa yang menetapkan tempoh pertunangan dua tiga tahun.Ataupun anak-anak masih belajar,maka tempoh pertunangan dilanjutkan sehingga tamat belajar.Mungkin kerana tempoh yang lama sebeginilah,ada yang jatuh hati setelah berkenalan dengan lelaki atau perempuan lain.



Apa yang ana tak faham,jika kedua-dua belah sudah ada persetujuan anak-anak disatukan,mengapa dibiarkan bertunang lama-lama?Segerakan pernikahan kerana ia adalah dituntut dalam Islam.Hal ini supaya anak-anak tidak timbul berbagai-bagai dugaan kepada anak-anak yang  dengan pelbagai cabaran bersosial di luar sana.



BERTUNANG BUKAN LESEN BERGAUL BEBAS



Ada ibubapa yang mengizinkan anak-anak mereka keluar dengan tunangan mereka.Alasannya supaya mereka boleh mengenal hati budi.Maka anak gadis tadi "diangkut" ke sana sini,diambil dihantar ke tempat kerja dan entak ke mana-mana arah yuju yang sentiasa berdua.Apakah ada jaminan mereka berkelakuan baik semasa berdua-duaan?Syariat tidak membenarkannya,apa tah lagi menyentuh,berpegangan tangan malah berbuat lebih daripada itu.


Sodiqoh-sodiqohku.....


Jika anda sudah punya perasaan cinta dan naluri ingin berkongsi hidup dengan orang lain,itu adalah normal.Sekiranya anak-anak ingin berkahwin,janganlah ditentang atau meletakkan hantaran tinggi-tinggi.Tidak rugi berkorban untuk kebahagiaaan anak-anak.Bantuan yang kita hulurkan umpama rakit yang akan menyelamatkan anak-anak daripada tenggelam dalam kekacauan pemikiran,keruntuhan akhlak dan gangguan jiwa.



Mudahkanlah pernikahan anak-anak anda sebagaimana Sayidina Abu Bakar mengahwinkan perempuannya Aisyah dengan Nabi SAW.Ringankan perkahwinan anak-anak sebagaiman Nabi SAW sendiri mengahwinkan Saiyidina Fatimah r.ha.dengan Saidina Ali yang miskin.Keberkatan dari Allah SWT yang lebih utama.


Pandangan masyarakat terhadap perkahwinan yang mesti mengikut adat harus diketepikan.Misalnya menetapkan wang hantaran yang tinggi,perhiasan majlis kahwin yang menelan belanja yang banyak bukanlah agenda yang wajib mengikut syariat.Tidak dinafikan,ada yang membebankan kedua belah pihak.Perkahwinan tetap sah walaupun dihadiri oleh daudara-mara dan kenalan rapat dalam majlis yang sederhana.


Apa yang yang diharapkan adalah berkat dan perkawinan yang direstui orang tua.

No comments:

Post a Comment