Monday, January 28, 2013

WANITA SOLEHAH DALAM KENANGAN TERINDAH

SEDUTAN KISAH SITI HAJAR DALAM BLOG



13 JANUARI 2013
Malam itu,sedang saya(emak Siti Hajar)membacakan ayat-ayat suci kepadanya,dia kata "Mak dengar tak tu?Suara seruan itu?"Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
"Orang azan kot" tingkah saya.Dia jawab,"Mana pulak,azan mana ada Subhanallah.Orang tu sebut Subhanallah berkali-kali.Cuba tengok jam,bukan masa azan,kan?"katanya.




14 JANUARI 2013
Sesekali dia tersenyum manis.Kami tanya kenapa,dia jawab "ada bau wangi sangat".Selalu ke akak terbau macam tu?Jawabnya,"kadang-kadang aje,kadang-kadang masa nurse datang,kadang-kadang waktu sahabat ziarah."


16 JANUARI 2013
Mak tulis ya(dalam blog).Biar tak lupa.Nanti akak sendiri yang akan ceritakan.Tapi jika umur akak tak panjang,emak ceritakanlah bagi pihak akak."
Untuk adik-adik,dipesan agar ubah penampilan berpakaian.Untuk rakan-rakan,dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka.
Dia minta digantikan puasanya dan uruskan solat yang tertinggal sepanjang dia berada di hospital.




17JANUARI 2013
Menjelang Asar,Hajar mula rasa bahang dan semua badannya sakit.Saya rasa,dia dah mula nak nazak.Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap.Dia suruh saya beralih kedudukan.
Dia nak pandang keluar tingkap.Saya tanya,nak tengok apa?Katanya,"Nak tengok Allah".Saya terkedu lagi.Katanya,"Allah marah sebab tak dakwah sungguh-sumgguh.Tak mahu cari jalan lain,bila dakwah terhalang."
Tak lama lepas tu,dia kata,matanya dah mula kabur.Dalam termengah-mengah dia berkata,"Mak izinkan akak pergi dulu,tapi akak tak namapak jalan."Ya,mak izinkan,mak doakan agar Rasulullah SAW datang tunjukkan jalan,"kata saya.




18 JANUARI 2013
Menjelang waktu azan Zohor,untuk solat Jumaat,jantung Hajar berhenti berdenyut.Doktor segera melakukan CPR.Hati saya terguris teruk.Walaupun jantung dapat digerakkan kembali,namun jantung Hajar hanya bekerja satu peratus sementara mesin pernafasan yang bekerja lagi 99 peratus.




19 JANUARI 2013
Kami tidak membenarkan prosedur CPR dilakukan jika jantung terhenti lagi.Doktor bercakap dengan berhati-hati."Jika itu keputusan puan,puan sedarkah apa akibatnya nanti?"
Saya jawab,"Ya,saya sedar,saya akan kehilangan anak saya,dan saya redha."


20 JANUARI 2013
Tepat jam 9.20 pagi,Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah.Pergilah sayang,Tuhan lebih menyayangimu telah menunggu.Terima kasih ya Allah kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini.

No comments:

Post a Comment