Sunday, June 2, 2013

SEINDAH MAWAR BERDURI


Sungguh cantik mawar itu.Kelopaknya berseri,harum mewangi,kembangnya mekar di taman larangan menggamit mata yang memandang.Kecantikannya mengundang kekaguman sang kumbang.


Pada mawar yang indah ini,dititipkan duri tajam.Sebagai benteng pertahanan,untuk melindungi keindahannya.Agar tidak sewenangnya dipetik atau diganggu sang kumbang.


Tajamkanlah duri itu,kerana ia pagar sang mawar.Yang melindungi keindahannya dan memartabatkan nilainya.Suburkanlah duri itu dengan akhlak,iman dan takwa.Semakin tajam duri itu,semakin kuat ia menjaga kesucian sang mawar.


Jangan sesekali dibuang duri itu.Hilang duri,hilanglah pelindung menjadikan si mawar cantik pada luaran,tetapi tiada bernilai.Sesiapa saja boleh menyentuh dan memetiknya sehingga layu sebelum sampai waktunya.




Sebaliknya,mawar berduri akan sentiasa terpelihara,tidak akan sekadar dipegang atau dipermainkan.Sehingga datang si kumbang yang benar-benar berani menghadapi duri itu untuk memetik si mawar idaman.


Mawar berduri.....harumnya kerana ketinggian agamanya,pesonanya kerana keluhuran akhlaknya,anggunnya kerana perhiasannya.


Janganlah mengeluh kerana duri itu.Tajamnya duri itu kerana keteguhan menjaga maruah,kerana manis bicara,kerana ketinggian takwa dan kekuatan iman.


Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri tajamIndah dipandang tapi sukar dipetik.


Rasullullah SAW bersabda;"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah."(Hadis riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment