Wednesday, August 24, 2011

TIDUR WAKTU SUBUH




Syazwan tercengang mendengar apa yang diberitahukan oleh Firdaus kepadanya.Itulah pertama kali dia mendengarnya.Syazwan tidak tahu,adakah benar atau tidak apa yang disampaikan oleh Firdaus.



"Mana awak tahu,Firdaus?"tanya Syazwan.



Firdaus pun menjawab,"Entahlah,saya pun tidak pasti.Cuti sekolah yang lepas,saya pulang bercuti di kampung.Saya mendengar daripada mulut sepupu saya."



"Saya rasa lebih baik kita tanya ustaz,"kata Syazwan.



"Ya,pelik juga saya mendengarnya.Orang yang tidur semasa azan Subuh pada bulan Ramadhan,seakan-akan dia bersekimutkan kulit babi.Betulkah begitu?"



Tidur sewaktu azan dikumandangkan sama ada waktu Subuh,Zuhur,Asar,Maghrib dan Isyak dengan tidak bersegera membuat persiapan untuk solat berjemaah atau tidak menyahut seruan azan adalah akhlak orang yang malas.Dia tidak pandai menilai apa yang berharga dalam kehidupannya.



Orang yang bijaksana adalah orang yang menyahut atau bersegera melaksanakan apa jua yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya,termasuklah memenuhi seruan azan.Melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya boleh menghidupkan hati serta mendamaikan jiwa.



Memang terdapat hadis Nabi SAW berkenaan orang yang tidur semasa azan dilaungjan.Namun tidak pula disebut orang itu berselimutkan dengan kulit babi iaitu bagi orang tidur waktu azan Subuh pada bulan Ramadhan.Malah hadis yang lain pun tidak ada yang menyebut begitu.



Rasulullah SAW bersabda:"Orang yang tidak bangun daripada tidur sehingga luput waktu solat ialah orang yang telah dikencing oleh syaitan di dalam telinganya."



Mudah-mudahan kita semua dijadikan oleh Allah SWT dalam golongan orang yang suka,gemar dan rajin mengerjakan solat secara berjemaah.

No comments:

Post a Comment