Wednesday, August 24, 2011

JASA IBU


Ibu.
Kaulah ratu hatiku,
Kau adalah insan
yang mulia.




Ibu,
Pahit getir telah kau lalui,
Segalanya demi
membesarkan aku,
Untuk menjadi insan
yang berguna.




Ibu,
Kaulah permata hatiku,
Menemaniku di saat suka
dan duka,
Kaulah tempat aku
bermanja
dan bercerita.




Ibu,
Jika dibandingkan kau
dengan emas dan
permata,
Nyata kau lebih berharga,
Jika disuruh memilih
antara
kau dan kekayaan
Aku pasti memilihmu.




Ibu,
Aku sangat
menyayangimu,
Terima kasih kerana
mendidik
dan menjagaku tanpa
jemu,
Terima kasih atas
segalanya....

No comments:

Post a Comment