Wednesday, August 24, 2011

TANGISAN AISYAH



Suatu waktu,Rasulullah SAW pulang ke rumah Aisyah dan mendapati Aisyah sedang duduk.Aisyah ingin bangun menghormati suaminya tetapi baginda SAW melarang Aisyah bangun."Aku ingin baring di pangkuanmu wahai isteriku,"kata Rasulullah SAW sambil meletakkan kepala di ribaan Aisyah.Beberapa ketika,baginda SAW tertidur.




Aisyah membelai rambut suaminya.Tangannya menyentuh helaian uban di kepala baginda.Apakah baginda akan meninggal dunia dan meninggalkan seluruh umat ini?Demikian detik hati Aisyah.Dia menjadi sedih.Air matanya mengalir dan jatuh ke wajah baginda.Suaminya itu terjaga daripada tidur.




"Mengapakah engkau menangis,wahai isteriku?"tanya baginda.Aisyah lalu menceritakan rasa hatinya.




"Isteriku,apakah keadaan sedih yang dialami oleh si mayat?"tanya Rasulullah SAW.Aisyah menunggu jawapan Rasulullah SAW."Sesungguhnya,keadaan yang paling dahsyat bagi si mayat adalah apabila tubuhnya dimandikan selepas sakaratulmaut.Kemudian saat tubuhnya dikafankan,rohnya meminta agar tidak diikat dengan kuat kerana mahu melihat wajah-wajah keluarganya yang akan ditinggalkan sehinggalah hari kiamat.Dan saat jenazahnya dibawa keluar dari rumah,rohnya berkata:'Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda,janganlah kalian menyakitinya.Anak-anakku menjadi yatim,janganlah kalian menyakiti mereka.Sesungguhnya pada hari ini aku meninggalkan segala yang aku miliki dan tidak akan kembali buat selama-lamanya.'Mayat juga berasa sedih saat tubuhnya diletakkan atas keranda.Maka rohnya berkata:'Janganlah kalian membawaku pergi segera sehingga aku mendengar suara ahli keluargaku.Sesungguhnya hari ini adalah perpisahanku dengan mereka selama-lamanya."

No comments:

Post a Comment