Saturday, September 3, 2011

ANGAH REDA PEMERGIAN MAK;(





7 Julai 2011(KHAMIS)
Pukul 5 pagi mak bangun seperti biasa untuk mandi,sebelum masuk solat Subuh.Angah kagum pada mak dah bersedia di sejadah dengan zikir dan alunan kalamullah bermain di bibir mak.Tanpa di duga,rupa-rupanya pada hari ini,Allah SWT nak uji kesabaran kita semua tanda kasih sayang-Nya.
Seperti pagi yang biasa,Angah dan adik-adik lalui,tanpa di sangka dan mak tidak ada menunjukkan perubahan,Allah SWT uji kesabaran kita pada hari ini.Mak jatuh pengsan di bilik air,ya Allah sungguh Angah dan adik-adik lain sedih kerana ini di luar jangkaan kita semua,penyakit mak menyerang tiba-tiba.
Bila dapat berita mak jatuh di bilik air,pengsan dan tak sedar diri....tanpa Angah sedari,tudung Angah telah basah menangisi apa yang terjadi pada mak.
Saat itu Angah rasa ingin terus memeluk mak,menyuruh mak bangun dari pengsan yang lama.8 jam perjalanan,hanya Allah SWT yang tahu perasaan Angah ketika itu.




10.00 pm(7 Julai 2011)
Di saat airmata tidak boleh berhenti menangis,tanpa diduga,Allah SWT nak uji lagi dengan cabaran yang lebih mencabar,doktor memberi kata dua untuk mak hidup lama...iaitu operation atau tidak.Mak,Angah sayang sangat kat mak...
Ya Allah,Angah buntu saat itu.Paling Angah sedih,Angah tak dapat teman mak saat di operation kerana perjalanan Angah masih jauh,tapi Angah cuba pujuk diri dengan anak-anak mak yang lain masih ada di sisi mak untuk menemani mak saat ini.
Mak di beri kata putus untuk melakukan pembedahan malam ini kerana darah beku di kepala mak,uratnya telah pecah....Mak perlu menjalani operation malam ni juga jika anak-anak mak nak mak hidup lama...
Mak,maafkan Angah dan anak-anak mak yang lain kerana memilih jalan ni sebab kami tak nak kehilangan mak...kami belum puas lagi di jaga oleh mak;(





8 Julai 2011(JUMAAT)~6 am
Lamanya operation mak siap(8 jam).Sampai saja Angah di Kelantan,terus saja Angah mencari bas untuk ke HUSM.
Hancur luluh hati Angah dan tiada semangat bila Angah tengok mak terlantar tidak sedarkan diri di katil ICU dengan wayar yang menyerabutkan mata....sungguh besar ujian yang Allah SWT uji untuk Angah dan adik-beradik lain hadapi....
Manan seorang lelaki,namun hatinya juga luluh tengok mak sakit....




11 Julai 2011(ISNIN)
Mak start di beri susu sebagi makanan selepas pembedahan pada 7 Julai 2011.



12 Julai 2011(SELASA)
Alhamdulillah,kini mak boleh belajar hidup 50 % bergantung pada diri sendiri walaupun 50 % masih lagi dari bantuan mesin.




13 Julai 2011(RABU)
Bersyukur tidak terkira Angah dan adik-adik yang lain panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana telah menyedarkan mak dari tidur yang panjang(6 hari).Alhamdulillah,hari ini mak buka mata,ya Allah....Angah dan adik-beradaik lain gembira sangat.




18 Julai 2011(ISNIN)
SELAMAT HARI LAHIR MAK....Angah doakan mak cepat sembuh,panjang umur...tanpa Angah sedari,airmata Angah jatuh lagi saat Angah wish birthday mak.Angah sebenarnya tak kuat tengok mak saat ni.Maafkan Angah mak.
Syukran jazila mak sudi buka mata,tatap wajah Angah time Angah masuk baca Surah Yasin kat mak.Walaupun mak tengok tanpa bicara dah buat hati Angah cukup gembira....Angah tahu,mak tak larat lagi untuk cakap apa-apa.




20 Julai 2011(RABU)
Mak di bagi ubat tidur kerana doktor nak mak betul-betul rest.




24 Julai 2011(AHAD)
Saat Angah masuk melawat mak,doktor datang dekat Angah,beritahu leher mak perlu di tebuk untuk mengeluarkan kahak kerana mak tak mampu untuk keluarkan kahak sendiri....Angah tak berani untuk tandatangan surat pembedahan kerana Angah takut pada 'operation'.




27 Julai 2011(Rabu)
Pada pukul 3 petang,operation tebuk leher mak di lakukan....Ya Allah,kuatkan hatiku;(




29 Julai 2011(KHAMIS)
Sedang Angah tengah makan,tiba-tiba pengawal bilik peneman memanggil Angah mengatakan doktor ingin berjumpa.
Dengan langkah yang cepat dan hati yang berdebar-debar,Angah pergi berjumpa doktor di bilik ICU...Bila doktor kata mak mengalami pendarahan teruk kali kedua,di mana doktor sudah tak boleh buat apa-apa lagi untuk menyelamatkan mak.Angah terus menangis.Sakitnya mak saat tu,hanya mak dan Allah SWT yang tahu....
Angah takut sangat kehilangan mak,Angah takut sangat;(
Angah doakan mak kuat,Angah tahu mak boleh lawan sakit mak sebagaimana mak pernah kata kat anak-anak mak bila anak-anak mak sakit.....'lawan sakitmu anakku.'
Mak maafkan dosa-dosa Angah.




30 Julai 2011(JUMAAT)
Mak kuatkan hati,buka mata masa Angah dan abang masuk melawat.Mak,maafkan Angah,anak-anak mak yang lain dan doktor yang merawat mak kerana kami tak boleh lagi tolong mak lagi,bukan kami semua tak sayang mak tapi kami takut kehilangan mak....penyakit mak tidak boleh lagi di ubati;(
Badan mak panas sangat hari ni,darah mak tinggi,218.Mak sakit;(
Mak,abah telefon,abah pesan jangan sesekali tinggal mak sebab mak tak pernah tinggal kita,dari kecil sampai kita besar sekarang dan abah pesan suruh doa,jika Allah SWT nak ambil nyawa mak,abah suruh minta dengan Allah SWT supaya roh mak di ambil dengan selembut-lembut kelembutan.
Mak pun pernah cakap kat anak-anak mak,apa kesakitan yang paling sakit sekali;(
Angah kuatkan hati saat abah berpesan walaupun hakikatnya masa tu,Angah dah menangis;(




31 Julai 2011(AHAD)
Mak,doktor ada tanya Angah hari ni masa masuk melawat mak.Mak makan ubat apa sebab urat darah mak nipis,mudah pecah.
Walaupun hari ni badan mak dah tak pans,darah tinggi mak stabil.....Tiba-tiba Allah SWT nak uji pula kita semua melalui urat darah mak nipis,mudah pecah....
Mak,Allah sayangkan kita...sebab tu Dia uji kita sebab Dia nak bagi kita Syurga selepas tarbiyah-Nya datang bertimpa-timpa kepada kita jika kita sabar hadapi dugaan-Nya,betulkan mak Allah SWT nak bagi kita pahala dan tempatkan kita di Syurga;(




3 Ogos 2011(RABU)
Pagi ni Angah masuk melawat mak,ada cecair warna coklat di mulut mak.Badan mak dah tak nak menerima apa-apa lagi ubat.




4 Ogos 2011(KHAMIS)
Doktor telefon abang kata mak dah semakin nazak,mak makin slow,mak semakin lemah.




5 Ogos 2011(JUMAAT)
5 Ramadhan 1432 H.
2.40 petang
Setelah hampir sebulan mak melawan sakit,akhirnya mak pergi jua menghadap Ilahi.Ya Allah,kuatkan hati dan iman aku,adik-beradik dan keluargaku saat ini;(
Saat mak menghembuskan nafas mak yang terakhir,Angah betul-betul tak dapat tahan airmata yang laju jatuh di pipi lagi.
Mak,Angah doakan dan anak-anak mak yang lain kuat;(




5.00 petang
Jenazah mak di bawa pulang.



10.00 malam
Mak di kebumikan.



12.00 malam
Selesai majlis pengebumian mak;(



6~8 Ogos 2011@6~8 Ramadhan 1432 H
Buat majlis tahlil mak.....




Mak,
Angah tidak kuat tanpa mak di sisi;(Mak,Angah tahu,amat mustahil untuk mak hidup semula di alam ni;(Mak,Angah janji akan jaga adik-beradik,anak-anak mak dengan sebaiknya.Angah akan jaga adik-adik.Angah janji akan jadi anak yang solehah buat mak,Angah janji akan jadi anak dan kakak yang terbaik buat adik-adik;(

No comments:

Post a Comment