Monday, August 1, 2011

SAYANGKU,RAMADHAN MENJELMA LAGI....






"Apabila ditanya kepada kamu tentang anak bulan,maka katakanlah bahawa(anak bulan)itu ialah penunjuk waktu-waktu kepada manusia dan waktu haji.Dan bukanlah bermakna kebajikan itu(datang kepada kamu)datang ke rumah-rumah kamu melalui belakangnya,tetapi kebajikan itu adalah untuk sesiapa yang bertakwa.Masuklah kamu ke rumah kamu melalui pintu-pintunya,dan bertakwalah kamu kepada Allah SWT,mudah-mudahan kamu semua beroleh kejayaan."(Al-Baqarah:189).



Walaupun ayat di atas bukan berkaitan dengan Ramadhan secara khusus,masih banyak kefahaman yang boleh kita ambil.Menyambut Ramadhan perlu selari dengan keimanan.Kita perlu mempunyai iktikad dan sentiasa berpesan-pesan dengan ketakwaan bahawa kita berpuasa pada bulan Ramadhan adalah kerana Allah SWT.Bukan kerana terpaksa,dipaksa ataupun mahu mendapatkan sesuatu yang luar biasa.Jangan ada yang hanya memberikanfokus kepda 10 malam terakhir Ramadhan sahaja sedamgkan di awal dan di pertengahannya mereka berpuasa dan beribadat sambil lewa.Semuanya semata-mata mahukan keajaiban Lailatulqadar.Hentikan kata-kata tentang luar biasa pada bulan Ramadhan.Tidak perlu kita kepada pokok-pokok yang sujud untuk kita beriman kepada kekuasaan Allah SWT.Hentikan budaya mencari keajaibam dalam beramal.Hakikatnya ialah setiap orang perlu menjalani ibadah pada bulan Ramadhan dengan lebih ikhlas dan tenteram.




CUBA RESEPI BARU




Bulan Ramadhan sepatutnya dijadikan buln melati kita memulakan satu pendekatan baru dalam kehidupan ini.Pada hari-hari lain,mungkin kita tidak perasan bahawa suami kita itu tidak suka dengan mulut kita yang selalu membebel dan bercakap tentang perkara-perkara yang menyakitkan hatinya.Jadi,apa salahnya apabila masuk sahaja bulan Ramadhan,kita menjaga lidah ini daripada menyakiti hati suami kita.Ini adalah kerana apabila masuk sahaj bulan Ramadhan,kita jangan menganggap bahawa bulan ini adalah bulan solat sahaja tanpa henti.Bulan Ramadhan ialah bulan mendidik kita.Tangan kaki dan lidah kita perlu ditahan daripada mendatangkan cubaan kepada keimanan orang lain.Jika boleh kita belajar memasak pada bulan Ramadhan ini,belajarlah.Jika tawar pun,suami kita akan kata,"Tak apalah sayang,puasa.Cekik sajalah."Jika masin pulak,"Tak apalah sayang,puasa.Cekik sajalah."Nampaknya suami pun tak dapat nak marah sebab dia pun tahu ini bulan puasa.Tawanlah hati suami dengan masakan kita yang enak-enak pada bulan Ramadhan ini.Sekali-sekala makan di luar itu tidak mengapa.Namun janganlah membazir.Belajar juga membuat kuih-muih dan biskut raya,masuk bulan Syawal nanti saudara-mara kita akan merasanya.Jika sedap sangat,maka boleh boleh juga komersialkan kuih-muih kita itu.Apa pun yang kita buat,hati perlu ikhlas dan niatkan bahawa apa yang kita buat ini adalah untuk memelihara keimanan dan keluarga kita.InsyaAllah berlipat-lipat ganda pahala kebaikan kita itu pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini.



AJAK KELUARGA MENGHIDUPKAN RAMADHAN



Pada bulan Ramadhan juga,setiap pasangan perlu ada rasa untuk meningkatkan amal dan hubungan kemesraan di kalangan mereka.Ana lebih suka menyebutkan hal ini kerana kita tidak akan mampu beribadat dengan tekun dan khusyuk seperti bersolat terawih,tadarus al-Quran dan solat berjemaah di masjid sekiranya hubungan sesama pasangan dan keluarga bermasalah.Justeru itu,kita perlu cuba mengajak keluarga agar sentiasa bersama-sama dengan kita menghidupkan Ramadhan dengan beramal.Ajak mereka ke masjid.Ajak mereka mengaji bersama.Berbuka di masjid sekali-sekala bersama keluarga amatlah di galakkan.Janganlah sehingga di hati mereka wujudnya perasaan riak dan geli melihat orang-orang yang berbuka di masjid.Orang kaya juga berbuka di masjid.Orang yang berbuka di masjid bukanlah kerana mereka adalah golongan yang tidak mampu tetapi mereka adalah golongan yang mengimarahkan masjid.Semangat mengimarahkan masjid perlu disemai di dalam diri pasangan dan anak-anak kita.

No comments:

Post a Comment