Wednesday, August 3, 2011

HARGA 360 SENDI MANUSIA



Daripada Aisyah r.ha katanya,Rasulullah SAW bersabda:



"Dijadikan manusia ini di atas 360 sendi,oleh yang demikian mana-mana orang yang bertakbir kepada Allah SWT,bertasbih kepada Allah SWT,berzikir kepada Allah SWT,meminta ampun kepada Allah SWT dan membuang ranting atau duri-duri di jalanan,mereka menyeru yang makruf dan juga melarang yang mungkar,bererti orang itu berusaha untuk dirinya dari api neraka."(Riwayat Muslim).



Demikian sabda Rasulullah SAW menyatakan mengenai kejadian manusia yang mengandungi 360 sendi,dimana setiap sendi itu Allah SWT mengkehendaki dikenakan cukai.Sedekah dan zikir kepada Allah SWT adalah cukai sendi itu.



Jika tidak dengan bersedekah maka Allah SWT mengkehendaki kita bertakbir kepada Allah SWT,bertahmid,beristighfar dan bertasbih.Dengan demikian harga sendi yang Allah SWT ciptakan itu tidak semestinya dibayar dengan wang ringgit yang disedekahkan,tetapi juga hendaklah sentiasa dengan mengingati-Nya.



Dengan menyebut nama Allah SWT itu bereti mengekalkan ingatan makhluk terhadap Khaliq-Nya.Sebagai tanda syukur kerana dengan sendi yang berjumlah 360 ruas itu membolehkan manusia bergerak dengan sempurna,melangkah dengan teratur,menghayun tangan bagi mengimbangi langkah,menoleh ke kanan dan kiri menggerakkan jari bagi melakukan sebarang pekerjaan yang berat mahupun yang ringan.



Malah seribu satu macam pergerakan yang kesemuanya merupakan nikmat yang tidak terhingga.



Bayangkan jika manusia diciptakan tanpa sendi,sudah pasti sukar untuk melakukan pergerakan.Segalanya sentiasa terbatas.Tanpa sendi manusia persis bagai pohon kayu atau benda-benda yang kaku.Dan tidak lagi dinamakan sebaik-baik kejadian.



Harga yang Allah SWT kehendaki itu adalah mampu dibayar atau dilaksanakan oleh manusia.Bersedekah sama ada yang wajib(zakat) atau sedekah sunat adalah mampu dilakukan.Ini kerana rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada manusia adalah memudahkan kerja-kerja sedekah itu.



Bagaimanapun harga kepada setiap sendi itu masih ada lagi yang lebih mudah,iaitu mengingati Allah SWT dengan takbir,tahmid,istighfar dan juga tasbih.Dan mengingati Allah SWT itu boleh dilakukan di mana sahaja pada setiap saat dan ketika.



Mengingati Allah SWT bukan semata-mata di bibir,tetapi zikir atau mengingati Allah SWT sebenarnya ailah di dasar hati,pastilah kerja hati tidak siapa pun boleh menhalang.Dan yang paling penting dengan pengertian zikir atau mengingati Allah SWT ialah segala perlakuan hidup ini kesemuanya dalam lunas ketaatan dikawal syariat.Sesungguhnya segala maksiat dan sifat ingkar itu terjadi apabila manusia lupa kepada Allah SWT...



SELAMAT BERAMAL!!!

No comments:

Post a Comment