Sunday, March 6, 2011

CARA MAKAN RASULULLAH SAW





Nabi SAW bersabda:'Sesiapa yang mengikuti sunahku,bererti dia cinta kepadaku.Dan sesiapa yang cinta kepadaku,maka akan masuk syurga bersamaku."
Sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunah kerana pada setiap amalan sunah itu ada keberkatan.Siapa amal sunah,dia akan mendapat dua keuntungan.Apa keuntungan itu?Pertama,pahala yang berlipat ganda dan kedua keberkatan.





Jom ikut cara nabi SAW makan.......:)



Membaca Basmalah
Membaca basmalah ketika makan,dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah.Hikmah membaca basmalah dan alhamdulillah bagi seorang muslim adalah agar selalu ingat bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat,rezeki dan anugerah daripada Allah SWT.Ini secara langsung akan terhindar sikap berlebih-lebihan dan membazir.Seorang muslim juga sepatutnya sedar bahawa makan bukan tujuan utama,tetapi sebagai menambah kekuatan untuk menuju ketaatan kepada Allah SWT dan memakmurkan bumi.




Cuci Tangan
Kita sewajarnya mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.Ini kerana Nabi Muhammad SAW juga jika hendak makan selalu mencuci tangan terlebih dahulu,sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Nasa'i dari Aisyah r.a.





Duduk Tegak,Tidak Bersandar
Rasulullah SAW melarang seseorang makan sambil bersandar kerana membahayakan kesihatan dan mengganggu pencernaan usus.Justeru,cara duduk yang disarankan ialah duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan.Posisi duduknya ialah paha atau lutu t kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya.Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada tiga bahagian,iaitu satu pertiga untuk makanan,satu pertiga untuk udara dan satu pertiga lagi untuk air.





Guna Tangan
Makan dengan menggunakan tangan kanan.Ini kerana ada kajian membuktikan bahawa pada tangan kanan atau jari kita ini terdapat enzim yang sepuluh kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur.Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.





40 Kali Kunyahan
Rasulullah SAW akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproses makanan itu.






Makan Buah-Buahan
Mendahulukan makan buah-buahan sebelum makan daging yang merupakan makanan utama.Hal ini sebagai upaya untuk mengikuti apa yang dilakukan para penghuni syurga.Ini kerana Allah SWT berfirman:"Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih,dan daging burung dari apa yang mereka inginkan."
(Al-Waqiah:20-21)





Guna Tiga Jari
Makan dengan menggunakan tiga jari bererti kita telah bersikap seimbang.Sebagaimana dikatakan bahawa makan dengan lima jari menunjukkan kerakusan,sedangkan makan dengan satu atau dua jari menunjukkan kesombongan dan keangkuhan.





Jauhi Sikap Berlebihan Dan Gelojoh
Makan adalah kewajipan.Dengan makan seorang muslim memperoleh kekuatan untuk beribadat.Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah ibn Umar:"Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak yang harus kamu penuhi."
Namun demikian kita harus ingat batasan dalam makanan,iaitu menjauhi sikap berlebihan dan rakus.Allah SWT berfirman:"Makan dan minumlah,tapi janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
(Al-A'raf;31)





Tutup Makanan
Kita disarankan agar menutup makanan dan minuman diatas meja.Malah Nabi SAW mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya daripada pencemaran,sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi SAW:"Tutuplah makanan dan minuman."
(Riwayat al-Bukhari)





Berkumur Sebelum Dan Sesudah Makan
Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria.Rasulullah SAW juga menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu:"Berkumurlah kalian setelah minum susu,kerana didalamnya mengandungi lemak."
(Riwayat Ibnu Majah)





Menjilat Jari
Rasulullah SAW sendiri menjilat jari-jemaribaginda setelah makan.Baginda SAW bersabda:"Apabila salah seorang kalian selesai makan,hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatinya."
(Riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad dan Tabrani)





Tidak Tidur Setelah Makan
Nabi SAW menganjurkan seseorang berjalan-jalan setelah makan malam.Tetapi boleh juga digantikan dengan solat.Hal ini dimaksudkan agar makanan masuk ke perut dengan tepat sehingga boleh dicerna dengan baik.Diriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi SAW bersabda:"Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah SWT yang Maha Tingg dan solat,serta janganlah kalian tidur setelah makan,kerana da pat membuat hati kalian menjadi keras."
(Hadis Riwayat Abu Naim)





Tidak Tolak Undangan
Tidak pernah menolak undangan makan,bahkan jika yang dihidangkan nilainya sangat murah.Rasul tidak pernah menolak undangan makan selagi makanan yang dihidangkan itu halal,meskipun makanan itu sangat murah.Beliau berkata:"Jika kalian diundang untuk menghadiri jamuan makan,maka hadirilah.Jika suka makanlah ,jika tidak,tinggalkan."
(Riwayat Abu Daud)





Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya,kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaan-Ku dan sesiapa yang ditimpa kemurkaan-Ku,maka seseungguhnya binasalah ia. (Surah Taha:81)

No comments:

Post a Comment