Friday, March 11, 2011

JANGAN TINGGAL SOLAT!!!



Semua orang tahu perbuatan meninggalkan solat adalah suatu dosa besar.Bahkan,perbuatan meninggalkan solat adalah satu perbuatan yang sangat keji,lebih keji daripada khinzir.Lihatlah betapa Allah SWT memandang hina mereka yang sanggup meninggalkan solat.




Ada suatu kisah pada zaman Nabi Musa a.s. mengenai penghinaan Allah SWT kepada mereka yang meninggalkan solat.Ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga,namun dia tidak dikurniakan zuriat.Terdetik di hatinya,sekiranya dia mendapat seorang anak,dia akan minum air kencing anjing hitam.




Hendak dijadikan cerita,Allah SWT mengurniakan isteri si lelaki tadi hamil.Apabila cukup tempohnya,dia selamat melahirkan seorang anak.Selepas mendapat anak yang diidamkan,si lelaki tadi berasa runsing kerana teringatkan nazar yang sudah dibuatnya,iaitu meminum air kencing anjing hitam.




Syariat pada zaman Nabi Musa a.s. berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad SAW.Jika umat zaman Nabi Muhammad SAW,sekiranya kita bernazar sesuatu benda yang haram,kita tidak perlu melaksanakannya.Sebaliknya kita perlu menggantikannya dengan benda ataupun kifarah.Berbeza dengan syariat pada zaman Nabi Musa a.s,sesiapa yang bernazar,walaupun ianya suatu yang haram,nazar itu perlu dilaksanakan juga.





Si lelaki yang sudah mendapat seorang anak itu,dengan rasa susah hati pergi menemui Nabi Musa a.s.Dia menceritakan kepada baginda apa yang sudah terjadi kepada dirinya.





Nabi Musa a.s. menyatakan kepadanya bahawa dia tidak perlu meminum air kencing anjing hitam,sebaliknya menggantikannya dengan air yang lebih hina daripaada itu.Baginda memerintahkan lelaki itu supaya menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu.Lalu,lelaki itu dengan senang hati,menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa kepadanya.



********************************************





Lihatlah betapa hinanya darjat orang yang meninggalkan solat sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina daripada air kencing anjing hitam.Itu baru air dari bumbung rumah,belum air tangan lagi yang tentunya lebih hina.




Menyentuh isu air tangan ini,pada kebiasaannya kita sangat suka memakan masakan yang dimasak oleh ibu dan isteri kita.Jadi,kepada muslimat sekalian,peliharalah solat,kerana jika puan meninggalkan solat bukan kerana uzur,air tangan yang menitik ke dalam basuhan makanan yang dimasak,akan menggelapkan hati ahli keluarga kita yang memakannya.




Sebagai ibu dan isteri,pastinya puan tidak tergamak menggelapkan hati ahli keluarga sendiri,sehinnga mereka jauh daripada hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT.Oleh itu,peringatkan kepada diri supaya sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat,supaya diri dan ahli keluarga kita terpelihara dan sentiasa mendapat hidayah petunjuk daripada Allah SWT.





Bagaimana pula halnya merekaa yang gemar makan di luar,terutama di kedai-kedai makan?Pagi,petang,siang ataupun malam,pasti kita akan singgah di mana-mana kedai untuk menjamu selera.Pesan sahaja apa menunya,pasti akan membangkitkan selera.Kita akan dapat menikmati hidangan tanpa perlu bersusah payah menyediakannya.Apa akan jadi kepada kita sekiranya orang yang menyediakan juadah untuk kita menjamu selera itu selain tidak menjaga kebersihan,mereka juga tidak mendirikan solat.Sebab itu apa yang kita kerjakan sehari-hari tidak ikhlas,bahkan untuk melakukan amalan kebaikan pun kita tidak mahu.Ini semua berpunca daripada apa yang kita makan kerana ia sudah menjadi darah daging dalam diri kita.Oleh itu,pastikan terlebih dahulu di mana lokasi yang biasa kita menjamu selera,sama ada daripada segi kebersihan.Begitu juga daripada segi amal ibadatnya.





Lihatlah,betapa beratnya amalan solat ini,sehinggakan Allah SWT mensyariatkannya terus kepada Rasulullah SAW melalui peristiwa Isra'Mikraj,sedangkan kewajipan-kewajipan yang lain memadai sekiranya ia diutuskan melalui malaikat JibrilA.S.Ketika Rasulullah SAW nazak sebelum baginda wafat,baginda sempat berpesan kepada Saidina Ali dan untuk seluruh umat Islam,




"Solat.....solat,jangan sesekali kamu abaikannya
dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggungnmu."







Jadi,sama-samalah berusaha memelihara ibadat solat,sama ada daripada segi zahir dan juga batinnya kerana amalan solat adalah amalan yang mula-mula sekali akan ditanya di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment