Masyarakat kita pada hari ini sering menganggap bahawa hak memilih dan menilai itu hanya ada pada lelaki.SEbaliknya wanita hanya menunggu sahaja jodohnya datang.Sedangkan wanita juga mengimpikan sebuah keluarga sakinah,mawaddah dan rahmah.Oleh itu mereka juga berkah menilai lelaki yang mendatangi mereka untuk dijadikan suami dam pemimpin rumah tangga.
Untuk mengukuhkan hujah ini,marilah kita bersama-sama menghayati sebuah kisah dahulu kala yang berlaku pada seorang wanita di Tanah Arab.Nama gadis ini ialah Mawiyah binti Afzar,berketurunan bangsawan dan rupawan.Pada suatu hari,Mawiyah didatangi tiga orang lelaki hartawan yang ingin melamarnya sebagai isteri.Semua lelaki-lelaki itu nampak hebat-hebat belaka.Namun,kebijaksanaan Mawiyah membuatkan beliau tidak terus memilih.Sebaliknya,Mawiyah mengatur strategi dengan menyamar sebagai pengemis tua yang hodoh."Mawiyah datang ke rumah lelaki pertama daripada suku Nabit dan meminta sedekah kerana kelaparan.Lelaki itu memandangnya dengan jijik lalu menyerahkan tulang-tulang unta kepada Mawiyah.Mawiyah mendatangi rumah lelaki kedua daripada suku Nabighah.Mawiyah diberikan saki-baki ekor unta yang ada.Mawiyah mendatangi lelaki ketiga bernama Hatim.Apabila melihat pengemis itu,Hatim segera memberikan daging unta yang terbaik.Selepas menerima ketiga-tiga buah tangan tersebut,Mawiyah terus kembali ke rumah.Mawiyah memanggil letiga-tiga lelaki tersebut ke rumahnya.Mawiyah meminta ketiga-tiga lelaki tersebut mencipta sebuah syair untuk diperdengarkan kepadanya.Lelaki pertama membacakan puisinya.Puisi ciptaannya kosong tidak mengandungi apa-apa maksud.Kandungan puisi lelaki kedua pula,asyik memuji diri sendiri.Hatim pula telah menghasilkan puisi yang melambangkan akhlak dan kata-kata nasihat.
Selesai fasaa ujian tersebut,Mawiyah telah mengarahkan khadamnya membawa hidangan sup yang berbeza hasil daripada penyamarannya sebagai pengemis.Lelaki pertama mendapat hidangan sup tulang unta,sup ekor unta untuk elaki kedua,manakala Hatim disajikan dengan sup daging unta.Betapa malunya mereka,baharulah mereka sedar rupanya si pengemis tua itu sebenarnya adalah Mawiyah.
Di antara ketiga-tiganya,Hatimlah yang paling beruntung kerana terpilih lantaran layanan akhlaknya yang baik tanpa memilih bangsa dan keturunan.
Berdasarkan tauladan yang ditonjolkan Mawiyah ini,"Seorang wanita perlu meletakkan syarat untuk memilih bakal suami.Syarat dan penilaian itu semestinya dilihat dari sudut penghayatan agamanya,baik hubungan dengan kedua-dua ibubapa dan tanggungjawab terhadap orang di sekelilingnya."
No comments:
Post a Comment