Saturday, February 5, 2011

TERTARIK&TERPIKAT PILIHLAH KERANA AKHIRAT





"Seorang lelaki yang mahu berkahwin perlu melihat perjalanan hidupnya di akhirat.Ini kerana,lelaki adalah pemimpin dan mereka akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang mereka pimpin."





Pun begitu,dalam membicarakan isu berkaitan pikat memikat dalam Islam,tidak dinafikan cita rasa lelaki berbeza-beza.Ada yang meletakkan syarat cantik rupa paras itu sebagai keutamaan.Namun,bagi sesetengah lelaki soleh dan beriman pula,cantik itu adalah subjektif.Mereka menilai cantik itu bukan hanya pada rupa paras,bahkan melihat cantik itu pada budi pekerti,tutur bicara dan akhlak wanita yang ingin dikahwininya.Tidak kurang juga ada golongan lelaki yang langsung tidak ambil peduli tentang keutamaan dalam memikat pasangan.Golongan ini adalah golongan yang rugi.Ada juga jejaka dan gadis yang menyerahkan soal mencari jodoh kepada ibubapa.Kelompok ini selalunya jarang terlibat dengan kesungguhan kerja pikat memikat pasangan.Sebaliknya ibubapa yang mengatur janji temu supaya hati kedua-duanya saling terpikat dan cenderung segera berumahtangga.






"Kebiasaannya,si lelaki dan si gadis yang terpikat dengan jodoh kedua ibubapa,insyaAllah rumahtangga mereka berkekalan restu dan keberkatan."





Perkemaskan Munajat



Kenapa Rasulullah SAW meletakkan agama sebagai syarat utama bagi seorang lelaki yang ingin memilih bakal isteri?




Baginda SAW bersabda;
"Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab:kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama,itulah yang terbaik."(Riwayat Bukhari&Muslim)





"Kenapa perlu kepada penghayatan agama?Kerana padanya ada kekayaan akhlak.Wanita pula jangan terlalu ;daring' dalam usaha memikat bakal suami.Jngan mudah 'offer' diri pada keluarga si lelaki untuk menyuruh mereka meminang kita.Ini tidak manis.Biar keluarga lelaki yang bekerja keras memikat kita.Di situlah mahalnya harga diri seorang wanita yang Allah SWT perintahkan dilindungi oleh bapanya dan keluarganya.Jangan terlalu berani bertempik-tempik,mengangkat suara dan mengangkat mata(pandangan tajam)bila bercakap dengan lelaki.Lelaki tidak berminat dengan perempuan begini kerana melambangkan keangkuhan.Tegas dan tegap biarlah bertempat."





Jalan yang terbaik mengungkai hati yang sudah terpikat dan mengharap terus diikat oleh jejaka pilihan,perkemaskan munajat dengan Allah SWT,perbanyakkan bangun malam dan minta AllahSWT diberi petunjuk dalam urusan jodoh.

No comments:

Post a Comment