KAMI HANYA BERBUAL-BUAL,
BERBINCANG,BERTANYA
KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE.
ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?
Na'am,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT KE ARAH ITU.
Hari ini ya.Esok mungkin kamu akan kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus.Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa.Iblis amat licik.Ingat,pesanan Rasulullah SAW:Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya,syaitan(Tabrani).Kita lemah menghadapi tipu daya syaitan.
TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG
BERCINTA MENJURUS KEPADA
PENZINAAN.ADA YANG BERCINTA
DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS
SAHAJA.TIDAK PERNAH BERSUA MUKA
PUN!!!
Betul.Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.Memang pada awalnya tidak bersua muka.Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah,ia akan berlanjutan.Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK
BOLEH?ITUPUN ZINA KE?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan iaitu berpegan-pegangan,ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan penuh berahi.Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW:Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh.Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan.Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman(Muslim dan Abu Daud).Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak.Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK
BOLEH KE?BINCANG PELAJARAN
SAHAJA!!!
*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu.Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya.Kita belajar nak keberkatan.Jika cemerlang sekalipun,jika tidak diberkati oleh Allah SWT,kejayaan tidak akan membawa kepada kebahagiaan.Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagilah.Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia.Allah SWT suka kepada orang yang berilmu.Jadi,belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah SWT.Belajar akan jadi ibadat.Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
SUNGGUH!BINCANG PELAJARAN SAHAJA.
NI STUDY GROUP.
*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)*
Study Group.....?Nampak lain macam saja,manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi.Takkan study group berdua sahaja?Ke mana-manapun berdua.Jika ya pun,carilah group study ramai sikit.Jika duduk berdua-duaan macam ni.....betul ke bincang pelajaran?Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu....banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!!!
TIDAKLAH.SUNGGUH BRBINCANG
PELAJARAN.
Baik sungguh ente&anta.Takkanlah ente dan anta berdua tak ada perasaan apa-apa?Ente kurang sihat ke?Ingat,kita ni malaikat,tak ada nafsu.Kita manusia.Jangan menafikan fitrah manusia.Kita ada nafsu,ada keinginan.Itulah manusia.
KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR,
SYUDY GROUP,SALING MEMBERI
SEMANGAT DAN MOTIVASI.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar?Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi?Jangan hina kaum sejenis kita.Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya belajar dengan kaum sejenis.Lebih tenang perasaan,tidak terganggu.dapat berkat dan rahmat pula.
TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG
RUANG YANG DIBENARKAN DALAM
ISLAM UNTUK BERCINTA?ADAKAH
ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.Naluri ingin memiliki dan suka jika dimiliki(sense of belonging)adalah fitrah.Jika naluri itu tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya.Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu,tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh paderi atau sami.Jangan nafikan naluri ini.Jangan berbohong pada diri sendiri.Bukan salah dan berdosa jika perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah.
*************a
tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah SWT.Jadilah manusia yang sihat nalurinya.Jangan jadi malaikat!Kerana Allah SWT jadikan kita sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM
Cinta secara Islam hanya satu,iaitu perkahwinan.Cinta berlaku setelah ijab kabul,cinta selepas kahwin.Itulah cinta sacral dan qudus.Cinta yang bermaruah.Bukan cinta murahan.Inilah kemuliaan Islam.Apabila Islam menegah sesuatu perkara,tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin,ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.Sabda Rasulullah SAW:Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia.Ia terlalu mulia.
JIKA BEGITU,CINTA REMAJA SEMUA
MENGHAMPIRI KEPADA PENZINAAN?
Na'am,jika lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.Kemudian perasaan dilayan.Kemudian teringat,rindu.Kemudian diatur pertemuan.Kemudian duduk berdua-duaan.Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.Hubungan makin akrab,dan berani pegang tangan,duduk makin dekat.Jika taid macam kawan,sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!!!
MASIH RAMAI ORANG BERCINTA
TETAPI TETAP SELAMAT TIDAK SAMPAI
BERZINA.KAMI TAHAN DIUJI!!!
Allah SWT yang mencipatkan manusia.Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.Manusia tidak tahan ujian.Oleh itu Allah SWT memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak dari awal penciptaan manusia.Allah SWT mentakdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah SWT tegah Adam dan Hawa supaya tidak makan buah khuldi dalam Syurga.Buah yang lain boleh dimakan.Allah SWT tahu kelemahan pada ciptaan manusia.Tidak tahan diuji.Oleh itu Allah SWT berpesan pada Adam dan Hawa,jangan menghampiri pokok khuldi itu.Firman Allah SWT:"Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai,dan janganlah kamu menghampiri pokok ini.(jika kamu menghampirinya)maka kamu adalah orang-orang yang zalim(al-A'araf:19).Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi.Jika menghampiri perkara tegahan,takut nanti mereka akan memakannya.Demikianlah dengan zina.Ditegah berzina.Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang.Takut apabila berhadapan dengan godaan zina,kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN
BANYAK MASALAH.KITA TAK KENAL
PASANGAN KITA SECARA DEKAT.
BERCINTA ADALAH UNTUK MENGENAL
HATI BUDI PASANGAN SEBELUM BUAT
KEPUTUSAN KAHWIN.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedamg bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik.Penyayang,penyabar,pemurah dan berbagai-bagai lagi.Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.Jangan harap lepas kahwin,bila merajuk akan ada yang pujuk.Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan jauh berbeza.Macam langit dan bumi.Masa bercinta,dia seorang yang amat penyabar,penyayang,sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam.Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit,dah kena tengking.Jadi,perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaab adalah suatu kepuraan atau hipokrit.Jika mahu mengetahui peribadi pasangan,itulah sebabnya Islam juga ada batasan yang sama seperti sebelum kahwin.Syarat-syarat semasa dalam pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin.Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan perkara-perkara yang haram antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.Jika mahu mengenali hati budi pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga masing-masing.Bukankah itu lebih baik?Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.
PERCAYALAH,KAMI BERCINTA DEMI
MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP
NANTI.
Bagaiman diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah SWT?Kebahagiaan adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang terpilih.Kebahagiaan bukan ciptaaan manusia.Manusia hanya merancang kebahagiaan.Allah SWT yang menganugerahkannya.Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah SWT.Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul.Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini,Allah SWT tidak meredhai percintaan ini.Cinta yang diredhai Allah SWT adalah cinta selepas kahwin.Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya?
TANYA SIKIT,ADIK ANGKAT,KAKAK
ANGKAT,ABANG ANGKAT BOLEH KE?
GANTI BERCINTA.
Semua ini adalah perangkap iblis dan syaitan.Hakikatnya adalah sama.Cinta yang diberi nafas baru.Kulitnya nampak berlainan,tetapi isinya adalah sama.Adik angkat,kakak angkat,abang angkat suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan.*****a menunggu masa untuk dikorbankan.Namakan apa nama sekalipun,abang angkat ke.motivator ke,semuanya adalah sama.Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG
BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.Manakala,bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin,akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi.Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci.Jika begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah SWT.
ADAKAH ORANG YANG BERCINTA
HILANG MARUAH?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya.Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan.Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.Allah SWT berfirman:"Lelaki yang berzina(lazimnya)tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik;dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur:3).Jadi,orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang pernah bercinta.Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA
LAYAK BERKAHWIN DENGAN ORANG
YANG PERNAH BERCINTA JUGA?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya.Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI.
Apa ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?Lelaki,jangan diharap pasa janji lelaki.Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja.Habis madu,sepah dibuang.Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN.DIA
LELAKI YANG PENYAYANG DAN
BERTANGGUNGJAWAB.
Tahukah hati budi lelaki?Sejahat mana lelaki apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya,dia akan memilih wanita yang baik.Tetap untuk berseronok dan berfoya-foya,lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.Itulah rahsia lelaki.
JADI PEREMPUAN YANG BERCINTA,
JATUH MARUAHNYA PADA PANDANGAN
LELAKI?(tidak mengikut syriat)
Tentu.Mana ada lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada.Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti mereka kereta yabng diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive.Ada pula yang kata;sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,bawalah ke hulu,ke hilir.Sedihkan.Itulah hakikatnya.
MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK
BERCINTA DI ZAMAN INI?
BAGAIMANA KAMI?
Kamu masih ada peluang.Bertaubatlah dengan taubat nasuha.Berdoalah serta mohon keampunan dariNya.Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN.
TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT
NASUHA.
Taubat yang murni.Tubat yang memenuhi tiga syarat:Tinggalkan perbuatan maksiat.Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah SWT ini.Menyesal.Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.Berazam.Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali seseorang yang bernama isteri atau suami.Saatnya adalah selepas ijab kabul.Ingatlah semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.
Ya Allah.HmbaMu ini telah tersesat jalan.Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat.Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat.Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah,anakmu berdosa.Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.Oh Tuhan,hambaMu ini berdosa.Amin,yarabbal alamin.Moga Allah SWT terima taubat mu.
KITA BERPISAH KERANA ALLAH SWT.
JIKA ADA JODOH,TIDAK KE MANA!!!
No comments:
Post a Comment