"Aku mungkin bukan teman yang 'sempurna' yang engkau cari,bukan juga yang 'terbaik' di antara semuanya,tapi yang pasti aku akan selalu mendoakan dirimu......"Demikian ungkapan yang penulis terima melalui SMS dari seorang sahabat di ibu kota.Bagi penulis,setiap sesuatu akan dapat menjadi penyuluh dan pendoman sekiranya ia mahu dimanfaatkan oleh yang mahu berfikir.
Lalu fikir penulis,bagaimana jika mesej ini ditukarkan ayatnya menjadi,"Aku mungkin bukan hamba yang 'sempurna' yang Engkau cari,bukan juga yang 'terbaik' di antara semua hamba-Mu,tapi yang pasti aku hamba yang akan selalu mengabdikan diri pada-Mu....."Jika inilah yang mahu difikirkan bersama.
Renungkanlah sejenak dua ungkapan ini!Ungkapan pertama tadi menunjukkan kesetiaan seorang sahabat yang merasakan dirinya tidak sesempurna orang lain,yang dicari oleh sahabatnya.Dia juga merasakan dirinya dirinya bukanlah sahabat yang 'terbaik' jika dibandingkan dengan orang semuanya,tapi apa yang pasti sahabat ini akan tetap menjadi sahabat yang selalu mendoakan sahabatnya.Inilah kesetiaan seorang sahabatnya biarpun dia merasakan dirinya tidak 'sempurna' dan bukan juga di kalangan sahabat yang 'terbaik'.
Sedang ungkapan kedua pula menunjukkan kesetiaan seorang hamba yang juga merasakan dirinya tidak sesempurna hamba lain,yang dicari oleh Penciptanya.Dia juga terus-menerus merasakan dirinya bukanlah hamba yang 'terbaik' jika dibandingkan dengan hamba Pencipta semuanya,tapi apa yang pasti hamba itu akan tetap menjadi hamba yang selalu mengabdikan dirinya pada Penciptanya.
Sahabat dalam erti kata yang mudahnya,sebagaimana diisyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a. ialah,"Orang yang selalu menolong kamu(di waktu senang dan susah),dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu,daan ia sanggup menyelerakkan segala urusannya kerana menolong kamu dalam menghadapi bala dan ujian."
Dan sahabat juga sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW ertinya;"Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu ialah perumpamaan kedua belah tangan,di mana yang satu membasuh yang lain".-(Hadis riwayat Abu Mansor ad-Dilami dalam musnad Firdaus).Sabda baginda SAW lagi ertinya;"Tidak bersahabat dua orang yang bersahabat kecuali yang lebih dicintai di sisi Allah SWT ialah orang yang lebih lemah-lembut dengan sahabatnya."
Namun begitu,di antara yang bernama sahabat,ada lagi sahabat yang paling hampir dan setia,yang tidak pernah terpisah daripada kita,sama ada kita berada di kampung,di bandar,bermusafir,di waktu tidur atau jaga,bahkan di waktu hidup dan mati pun Dia akan tetap bersama,di setiap detik masa.Dialah Penghulu,Penolong dan Pencipta kita.Firman Allah SWT ertinya;"....dan Kami(Allah SWT)lebih dekat kepadanya(manusia)daripada urat lehernya....."-(Qaaf;16).
Berkata Imam al-Ghazali,apabila kita menyebutNya,Dia akan berada bersama dengan kita,sebagaimana firman-Nya dalam hadis Qudsi ertinya;"Aku sekedudukan bersama siapa yang mengingati-Ku dan Aku di sisi mereka yang hancur hatinya kerana mengingati-Ku."
Sedang hamba pula boleh sahaja diertikan sebagai budak suruhan atau orang yang diperbudakkan,atau orang suruhan yang diperintah oleh tuannya.Menjadi hamba di sisi manusia atas maksud sebagai orang suruhan,mungkin sahaja diri insan akan merasa terhina,juga barangkali akan dihina,dikeji,dicaci dan entah apalagi bentuk perhambaan yang lain.Begitupun,menjadi hamba kepada manusia akan ada tugas dan tanggungjawabnya.
Setiap arahan dan perintah mesti diikuti dan dituruti,tidak boleh dibantah walaupun sikit,sebab akibatnya mungkin buruk.Tugasnya ialah apa sahaja yang diperintah dan dilarang,dan tanggungjawabnya adalah menunaikan tugas itu dengan seesempurna mungkin sebagai memuaskan hati tuannya.Lalu,apalah nilai dan kehormatan hamba itu pada tuannya yang bernama manusia?
Nilai dan kehormatannya mungkin juga hamba itu akan diberikan upah atas ketaatan dan kesetiaan kepada tuannya,diberikan ia makan dan minum,itu pun jika nasibnya baik,atau mungkin juga tidak ada sama sekali upahnya,bahkan akibat yang buruk yang akan diperolehinya.Begitulah lazimnya apabila bertuankan manusia dan diperhambakannya.Sejarah hidup manusia tidak pernah sunyi dari kisah-kisah perbudakkan dan perhambaan ini.
Justeru,bagaimana pula ertinya hamba dan perhambaan kepada Pencipta yang Maha Esa dan Maha Agung?Maksud hamba di sisi Pencipta yakni Allah SWT amat berbeza dengan takrif di sisi manusia.Menjaadi hamba di sisi Allah SWT bukanlah menjadi hamba yang diperbudakkan dalam erti kata dihina,dikeji,dicaci dan sebagainya,tetapi hamba yang dimuliakan.Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran.
Apa yang membezakan antara hamba ialah sama ada manusia itu menjadi hamba yang taat atau ingkar.Taat dalam erti kata menunaikan segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT,sedang ingkar pula adalah tidak menunaikan perintah dan melanggar larangan-Nya.
Menjadi hamba di sisi Allah SWT,sebagaimana ungkapan kedua tadi,semua kita tidak sempurna apalagi hendak menjadi yang terbaik,tapi yang pastinya selaku hamba kita tidak boleh sama sekali meninggalkan pengabdian(perhambaan)sepenuhnya kepada Allah SWT selaku Pencipta dan Tuan yang memiliki sepenuhnya diri kita.
Ini sejajardengan firman Allah SWT yang bermaksud:"Tidaklah Aku(Allah)jadikan jin dan manusia melainkan supaya memperhambakan(mengabdikan)diri(hanya)kepada Aku(Allah)".(Az-Zariyaat:56).Firman Allah SWT lagi ertinya:".....dan beribadahlah hanya kepada-Nya dengan penuh ketekunan....tiada Tuhan(yang berhak disembah)selain Dia,maka ambillah Dia sebagai wakil(pelindung)"-(Al-Muzammil;8-9).
Firman-Nya jugaertinya:"Katakanlah,sesungguhnya,solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT,Tuhan semesta alam,tiada sekutu bagi-Nya,dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama yang menyerahkan diri(kepada Allah SWT)".-(Al-An-aam:162-163).Wallahu'alam.Al-Faqir Ila Awfi Rabbi.
No comments:
Post a Comment