Saturday, February 19, 2011

PESANAN AYAHANDA




Anakanda yang disayangi!


Ujian adalah satu hikmah dan hendaklah kamu menganggapnya sebagai rahmat daripada Allah SWT.Sesuatu yang kita peroleh dengan senang tiada nilainya.Tetapi,sesuatu yang kita peroleh dengan susah adalah sangat tinggi nilainya.Misalnya,seorang ketua keluarga yang memperoleh wang ringgit dengan hasil titik peluhnya.Apabila mendapat wang,maka wang itu amat bernilai baginya.Dia akan menjaga wang itu dan berbelanja dengan berhemah.Berlainan pula dengan si anak yang mendapat wang tanpa perlu bersusah-payah daripada ayahnya,maka dia akan boros berbelanja seperti wang itu tiada nilai baginya.



Anakanda yang disayangi!


Mencari ilmu adalah satu daripada Allah SWT.Berapa ramai antara penuntut yang mendapat ilmu dengan senang kerana Allah SWT mengurniakan mereka kecerdasan otak,kecerdikan,ketahanan jiwa,kekuatan semangat,dan kesihatan yang baik.Jadi,mereka akan lupa kepada Allah SWT apabila berjaya kerana mendapat semua itu dengan senang dan mudah tanpa menghadapi cabaran kini.Mahu tidak mahu,anakanda perlu tabah dan sabar serta mencari jalan untuk mengatasinya.Jangan sekali-kali berputus asa.Berdoalah kepada pentadbir,pengurus,penjaga dan pengawal semesta alam,iaitu(Rabbil alamin).Apabila anakanda dapat mengatasi segala cabaran dan mendapat ilmu yang diidamkan itu,itulah perkara yang paling bernilai buatmu.Anakanda tidak akan mensia-siakan ilmu itu dan tidak akan sombong kepada manusia dan tidak akan kufur nikmat Allah SWT.




Wahai anakanda yang dirahmati Allah SWT!


Ada yang Allah SWT kurniakan kepada kita tanpa kita perlu kita meminta kepadaNya dan begitu juga sebaliknya.Fikirkanlah,mengapa Nabi perlu bersusah payah berhijrah ke Madinah.Menghadapi cabaran,kesukaran,kesusahan dan kesedihan.Sepatutnya,Nabi tidak perlu menghadapi cabaran sebegitu berat kerana Nabi itu Rasulullah SAW dan kekasih Allah SWT.Baginda membawa Islam dan menyebarkannya ke seluruh alam tetapi,Allah SWT tidak memberi kemenangan begitu saja kepada baginda.Bahkan baginda perlu berusaha,berikhtiar dan berkorban untuk mencapainya.Ini menunjukkan bahawa Allah SWT ingin mengajar kepada kita supaya mengambil iktibar daripada sejarah perjuangan Rasulullah SAW.Wahai anakku,tiada sebab untukmu mengaku kalah.Tiada sebab untuk dirimu tidak mencontohi perjuangan Rasulullah SAW.Berjuanglah untuk Islam,Negara dan diri sendiri.




Pesanan daripada ayahandamu..........

No comments:

Post a Comment