Friday, February 18, 2011

CEGAH PERBUATAN SAMBUT HARI KEKASIH


Mana satu pilihan hati?


Boleh dikatakan,tarikh 14 Febuari setiap tahun yang sinomin dengan sambutan Hari Kekasih atau 'Valentine's Day' ditunggu kebanyakan pasangan kekasih dengan alasan bagi menzahirkan rasa cinta yang bersemi.




Malah,seiring dengan sambutan Hari Kekasih,banyak ulama yang tanpa putus asa mengingatkan umat Islam,khususnya remaja,tidak terikut-ikut dengan sambutan itu,apatah 'meraikan' dengan kekasih hingga terlanjur kerana ia bertentangan dengan agama Islam dan menjurus kepada maksiat dan penzinaan.




Budaya menyambut Hari Kekasih di negara ini boleh dikatakan meluas apabila masih ramai pasangan kekasih menggunakannya untuk 'menzahirkan' rasa cinta hingga terlanjur dan paling teruk menghasilkan benih anak luar nikah.




Sungguh menyedihkan melihat anak muda Islam beria-ria menyambutnya penuh bangga,malah sentiasa menunggunya setiap tahun.




Rasulullah SAW pernah berpesan yang bermaksud:"Setiap melakukan perbuatan menyerupai sesuatu kaum,ia termasuk bersama golongan itu."





Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan:"Kita adalah satu bangsa dan golongan yang dimuliakan Allah SWT apabila kita berpegang kepada ajaran Islam.Namun jika kita mencari kemuliaan selain dari Islam,sudah tentu Allah SWT akan menimpakan kepada kita kehinaan."





Generasi muda sepatutnya sedar dan insaf beramal dan mengikut budaya selainIslam,terutama dalam meraikan hari tertentu,boleh menjejaskan akidah dan menhakis keluhuran budaya tempatan.



Bercintalah selepas kahwin



Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Faathir,ayat 8 yang bermaksud:"Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya(oleh syaitan)lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik."





Sesungguhnya generasi muda akan mengalami kerencatan pada masa depan jika mereka hanyutkan dalam budaya yang tidak mendatangkan manfaat.





Sama-samalah kita mencegah perbuatan menyambut Hari Kekasih bagi mengelak maksiat yang mengundang perzinaan yang dikhuatiri menambah bilangan anak luar nikah yang akhirnya mengundang jenayah lain seperti pembuangan bayi.

No comments:

Post a Comment